web statsweb stats

Berita Terkini

1 bulan yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 bulan yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 6 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 7 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 8 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Malaysia Guna Hubungan Baik Pelbagai Negara Bantu Henti Kekejaman Di Gaza - PM

Semasa Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 02 May 2024 8:14AM

gambar BERNAMA

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

PUTRAJAYA - Malaysia akan menggunakan hubungan baik dengan semua negara untuk bersama-sama membantu menghentikan penindasan rejim Isarel ke atas penduduk di Gaza, Palestin, kata Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Bercakap dalam program 'Soal Jawab Perdana Menteri' bersama empat stesen televisyen tempatan malam ini, beliau berkata, strategi melibatkan pelbagai negara harus dirangka dalam isu berkenaan, kerana penindasan di Gaza bukan lagi isu yang hanya melibatkan Pertubuhan Kerjasama Islam (OIC), negara-negara Arab dan Islam.

"Saya tak fikir ini isu negara Islam atau negara Arab. Kenyataan positif China, Rusia lebih-lebih lagi Kesatuan Afrika, Brazil, Sepanyol dan Ireland (dalam isu Palestin), saya usulkan kita harus rangka strategi yang melibatkan negara ini.

"Walau keadaan itu agak berat, kita dapatkan dukungan secara menyeluruh. Kita sampaikan kepada Presiden Brazil, Lula da Silva dan Perdana Menteri Sepanyol, Pedro Sanchez bahawa kita mendukung dan menghormati sikap mereka (yang menyokong Palestin) kerana ini (penindasan di Gaza) adalah masalah kemanusiaan," katanya.

Temu bual khas hampir sejam bersama Perdana Menteri Malaysia Ke-10 itu dikendalikan penyampai RTM, Sayed Munawar Sayed Mustar, Pasha Abdul Rahim (BERNAMA TV), Muhammad Zulfitri Yusof (Astro Awani) dan Azaria Tagaya (TV3).

Anwar yang jelas tidak dapat menyembunyikan rasa sebak bila menyentuh isu Palestin berkata, dalam pertemuan dengan beberapa pemimpin di luar Mesyuarat Khas Forum Ekonomi Sedunia (WEF) di Riyadh, Arab Saudi baru-baru ini beliau turut mengulangi pendirian supaya penindasan penduduk Gaza oleh Israel dihentikan.

Semasa di Riyadh, selain bertemu Putera Mahkota merangkap Perdana Menteri Arab Saudi, Mohammed bin Salman, Anwar juga sempat bertemu Perdana Menteri Iraq, Mohammed Shia' Al Sudani dan Perdana Menteri Qatar, Sheikh Mohammed bin Abdulrahman bin Jassim Al Thani.

"Secara umumnya semua sependapat bahawa kezaliman dihentikan, tapi seolah-olah tiada keupayaan untuk melakukan itu kerana kekuatan Israel yang didukung oleh Amerika Syarikat dan sebahagian besar negara Eropah.

"Sebelum saya pulang nampak seolah-olah ada kebimbangan serius Israel akan dibenarkan melanggar dan menakluk Rafah dan Gaza, jika ini berlaku satu malapetaka jauh lebih besar daripada yang kita bayangkan akan berlaku," katanya.

Anwar berkata, ketegasan Malaysia dalam mendesak Israel menghentikan keganasan ke atas penduduk Gaza bukan untuk menunjukkan kekuatan negara ini, sebaliknya ia dilakukan atas dasar kemanusiaan.

"Kita faham, kita dari Malaysia negara sederhana, bukan besar. Saya tiada pilihan untuk berdepan dengan Presiden Amerika Syarikat, Joe Biden; Perdana Menteri Australia, Anthony Norman Albanese dan Canselor Jerman, Olaf Scholz, berikan hujah di pemikiran saya kerana itu yang mampu saya lakukan," katanya. - BERNAMA

Berita Berkaitan

1

Semasa 2 hari yang lalu

Forest  City: Usir Segera Warga Israel Jika Dakwaan Terbukti - PM

2

Politik 3 hari yang lalu

PRN Negeri Sembilan: Jangan Jadikan Institusi Diraja Bahan Kempen Parti Politik - PM

3

Politik 6 hari yang lalu

PRN Johor: Kerajaan Persekutuan Komited Pastikan Agenda Pembangunan Rakyat Diteruskan - PM

4

Politik 1 minggu yang lalu

‘Johor Akan Lebih Baik Jika Ditadbir Pemimpin Yang Berani’ - Anwar

Sorotan

1

Tok Mat Tiba Di Pusat Penamaan Calon DUN Rantau, Zahid Jadi Pengiring

2

PRN Negeri Sembilan: 4 Calon PH, 3 Calon BN Tiba Di Pusat Penamaan Calon

3

Mayat Kanak-Kanak Perempuan Hilang Ditemukan, 2 Lelaki Ditahan

4

Dituduh Rogol Remaja Bawah Umur, Pempengaruh Media Sosial Mengaku Tidak Bersalah

5

Diperdaya ‘Love Scam’ Di Telegram, Pelajar Universiti Rugi Lebih RM56,000

6

Tarik Diri Daripada Kerajaan Negeri, DAP Melaka Beralih ke Blok Pembangkang 

Disyorkan untuk anda

Politik 3 jam yang lalu

PRN Negeri Sembilan: Saingan Bermula, Proses Penamaan Calon Mengambil Tempat

oleh Sophia Ahmad

Semasa 21 jam yang lalu

Mayat Kanak-Kanak Perempuan Hilang Ditemukan, 2 Lelaki Ditahan

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 16 jam yang lalu

Najib Jalani Prosedur Jantung Minggu Depan 

oleh Wartawan Getaran

Politik 1 hari yang lalu

‘Saya Tak Lari, Keputusan Bertanding Di Linggi Pilihan Sendiri’ - Aminuddin

oleh Sophia Ahmad