web statsweb stats

Berita Terkini

1 bulan yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 bulan yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 6 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 7 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 8 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Remaja 13 Tahun Mengaku Salah Bakar Anak Kucing

Semasa Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 03 May 2024 5:18PM

Aksi tertuduh bersama dua rakannya yang masih bebas membakar anak kucing itu dirakam oleh CCTV - gambar BERNAMA

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Masih muda, tapi sudah boleh bertindak kejam ke atas haiwan.

Itu yang dilakukan seorang remaja lelaki berusia 13 tahun sehingga dia dihadapkan ke Mahkamah Majistret Kajang hari ini, atas tuduhan membakar anak kucing hidup-hidup di sebuah pangsapuri, minggu lalu. 

Dia yang mengaku bersalah membuat pengakuan tersebut sebaik pertuduhan dibacakan di hadapan Majistret Nik Siti Norazlini Nik Mohamed Faiz.

Harian Metro melaporkan, tertuduh yang merupakan anak tunggal bersama dua rakan secara kejam telah menyebabkan kesakitan kepada seekor anak kucing dengan membakar haiwan itu di sebuah pangsapuri di sini.

Kesalahan itu dilakukan pada jam 1.08 petang, 22 April lalu.

Untuk kesalahan berkenaan, tertuduh didakwa mengikut 29(1)(e) Akta Kebajikan Haiwan 2015 yang dibaca bersama Seksyen 34 Kanun Keseksaan.

Jika sabit kesalahan, dia boleh didenda sehingga bernula RM20,000 dan maksimum RM100,000 atau dipenjara selama tempoh tidak lebih daripada tiga tahun atau kedua-duanya.

Timbalan Pendakwa Raya, Nurul Afigah Abdul Ghaffar memohon jaminan RM10,000 berikutan kesalahan itu membabitkan penganiayaan haiwan dan berkepentingan awam.

Bagaimanapun, ibu tertuduh yang berusia 30 tahun merayu agar ikat jamin dikurangkan berikutan hanya berpendapatan RM1,500 sebulan sebagai pekerja kilang di sebuah syarikat elektronik dan berstatus ibu tunggal.

Mendengar hujah kedua-dua pihak, Nik Siti Norazlini membenarkan jaminan RM1,000 dengan seorang penjamin dan menetapkan 27 Jun ini bagi mendapatkan laporan akhlak daripada Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) sebelum menjatuhkan hukuman. - Getaran, 3 Mei 2024

Berita Berkaitan

1

Semasa 10 jam yang lalu

Campak Bayi Dari Tingkap Hotel, Gadis Rohingya Berdepan Hukuman Mati 

2

Semasa 15 jam yang lalu

Dituduh Rogol Remaja Bawah Umur, Pempengaruh Media Sosial Mengaku Tidak Bersalah

3

Semasa 1 hari yang lalu

Jadi Tonto Ah Long, 2 Lelaki Dipenjara 18 Bulan, Denda RM20,000

4

Semasa 4 hari yang lalu

Syed Saddiq Bebas, Mahkamah Persekutuan Kekal Keputusan Lepas Dan Bebas 

Sorotan

1

Mayat Kanak-Kanak Perempuan Hilang Ditemukan, 2 Lelaki Ditahan

2

Dituduh Rogol Remaja Bawah Umur, Pempengaruh Media Sosial Mengaku Tidak Bersalah

3

Diperdaya ‘Love Scam’ Di Telegram, Pelajar Universiti Rugi Lebih RM56,000

4

Tarik Diri Daripada Kerajaan Negeri, DAP Melaka Beralih ke Blok Pembangkang 

5

Polis Siasat Kes Lelaki Dipaksa Masuk Dalam Kereta 

6

PRN Negeri Sembilan: Jangan Jadikan Institusi Diraja Bahan Kempen Parti Politik - PM

Disyorkan untuk anda

Semasa 15 jam yang lalu

Dituduh Rogol Remaja Bawah Umur, Pempengaruh Media Sosial Mengaku Tidak Bersalah

oleh Amirah Abu Bakar

Singapura 10 jam yang lalu

Singapura: Ketua Hakim Negara Sundaresh Menon Bersara Feb 2017, Hakim Sushil Nair Jadi Pengganti

oleh Sophia Ahmad

Semasa 10 jam yang lalu

Campak Bayi Dari Tingkap Hotel, Gadis Rohingya Berdepan Hukuman Mati 

oleh Sophia Ahmad

Semasa 15 jam yang lalu

Diperdaya ‘Love Scam’ Di Telegram, Pelajar Universiti Rugi Lebih RM56,000

oleh Sophia Ahmad