web statsweb stats

Berita Terkini

1 bulan yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 bulan yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 6 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 7 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 8 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Malaysia Berdepan 30,000 Kekurangan Jurutera, Perlu Tampung Dengan TVET

Semasa Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 03 May 2024 9:26AM

Perdana Menteri ketika berucap pada Majlis Sambutan Aidilfitri MADANI Tahun 2024 Peringkat Negeri Kelantan Darul Naim di RTC Tunjong. - gambar BERNAMA

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KOTA BHARU - Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata program Pendidikan Teknikal dan Latihan Vokasional (TVET) akan dipertingkat bagi menampung kekurangan 30,000 jurutera di negara ini. 

Beliau berkata, selain itu, menjadi tuntutan pada zaman sekarang untuk memberi tumpuan dalam bidang kecerdasan buatan (Al) supaya tidak ketinggalan.

“Saya menyebutnya di hadapan semua kepimpinan dalam negara apa kebimbangan kita mengenai nilai soal akhlak, soal entiti kita sebagai rakyat Malaysia dan soal budaya kita supaya dalam mempertahankan teknologi baru ini. 

"Kita juga berupaya mempertahankan akidah dan akhlak kepada kefahaman agama kita," katanya ketika berucap pada Majlis Sambutan Aidilfitri MADANI Tahun 2024 Peringkat Negeri Kelantan Darul Naim di RTC Tunjong di sini semalam.

Perdana Menteri berkata, teknologi Al juga akan diterap dalam kalangan pelajar di maahad tahfiz atau di TVET untuk menguasai ilmu baharu itu agar tidak ketinggalan.

Beliau berkata, bagi merealisasikan usaha itu, syarikat Microsoft telah menyuarakan minat untuk turut melabur sebanyak RM10.5 bilion bagi pembangunan teknologi Al di Malaysia. 

Anwar turut member jaminan bahawa kenaikan gaji penjawat awam lebih 13 peratus yang diumumkan semalam akan mendapat sokongan semua Ahli Parlimen.

"Saya fikir tiada masalah dalam meluluskan tambahan bagi kenaikan gaji penjawat awam berkuat kuasa 1 Disember ini.

"Ahli Parlimen mana yang mahu bangkang usaha kerajaan untuk menaikkan gaji penjawat awam malah Kelantan juga sudah menyatakar sokongan dan memaklumkan ia adalah cadangan yang baik," katanya.

Kelmarin, Perdana Menteri berkata, kenaikan itu merupakan usaha untuk mengimbangi pendapatan antara pekerja gred rendah dan tinggi.

Beliau berkata, di bawah Sistem Saraan Perkhidmatan Awam yang sedang diperinci,kerajaan juga akan meningkatkan gaji bagi memastikan jumlah pendapatan minimum penjawat awam melebihi RM2,000 sebulan berbanding ketika ini yang menyaksikan jumlah pendapatan minimum meliputi gaji dan elaun tetap penjawat awam RM1,795 sebulan. - BERNAMA

Sorotan

1

Mayat Kanak-Kanak Perempuan Hilang Ditemukan, 2 Lelaki Ditahan

2

Dituduh Rogol Remaja Bawah Umur, Pempengaruh Media Sosial Mengaku Tidak Bersalah

3

Diperdaya ‘Love Scam’ Di Telegram, Pelajar Universiti Rugi Lebih RM56,000

4

Tarik Diri Daripada Kerajaan Negeri, DAP Melaka Beralih ke Blok Pembangkang 

5

Polis Siasat Kes Lelaki Dipaksa Masuk Dalam Kereta 

6

PRN Negeri Sembilan: Jangan Jadikan Institusi Diraja Bahan Kempen Parti Politik - PM

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Gaji Semasa: Hanya 49 peratus Pekerja Malaysia Berpuas Hati 

oleh Sophia Ahmad

Semasa 16 jam yang lalu

Ambil Ubat Tertentu Untuk Jangka Masa Panjang? Hati-Hati Dengan Pendarahan Dalaman Serius 

oleh Sophia Ahmad

Semasa 17 jam yang lalu

Dituduh Rogol Remaja Bawah Umur, Pempengaruh Media Sosial Mengaku Tidak Bersalah

oleh Amirah Abu Bakar

Politik 1 hari yang lalu

‘Saya Tak Lari, Keputusan Bertanding Di Linggi Pilihan Sendiri’ - Aminuddin

oleh Sophia Ahmad