web statsweb stats

Berita Terkini

1 bulan yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 bulan yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 6 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 7 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 8 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Gajah Liar Ganggu Penduduk Ditangkap

Semasa Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 03 May 2024 9:26PM

Gambar - PERHILITAN

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

TANAH MERAH - Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (PERHILITAN) Kelantan menangkap seekor gajan liar di Kampung Tal Tujuh, Jerangau, semalam.

Pengarahnya Mohamad Hafid Rohani berkata tangkapan itu dilakukan selepas pihaknya menerima aduan mengenai gangguan gajah liar di kawasan kampung berkendan.

"Seramai enam anggota dari PERHILITAN Daerah Jeli dan Unit Tangkapan Gajah (UTG) Negeri Kelantan telah menjalankan pemantauan dan seterusnya berjaya menangkap seekor gajah liar jantan itu semalam.

"Tangkapan Gajah liar ini sedikit sebanyak melegakan penduduk di kawasan kampung terbabit seterusnya dapat mengelakkan kerugian berterusan akibat kemusnahan tanaman dan harta benda disebabkan konflik gajah berkenaan," katanya dalam kenyataan hari ini.

Mengulas lanjut, Mohamad Hafid berkata operasi pemindahan dan pelepasan gajah liar ke habitat yang lebih sesuai dan selamat akan dijalankan dalam masa terdekat dengan bantuan kakitangan Pusat Konservasi Gajah Kebangsaan Kuala Gandah, Lanchang di Pahang dan kakitangan Perhilitan Kelantan.

"Kita ingin menjelaskan bahawa tindakan bagi mengurangkan konflik yang berlaku di kawasan berkendan juga telah dijalankan dengan memberi kidmat nasihat kepada penduduk khususnya pekebun agar mengambil langkah mitigasi.

"Tangkapan dan pemindahan gajah liar itu bukan penyelesaian jangka panjang memandangkan kawasan kebun berkendan berhampiran dengan kawasan Hutan Simpan Kekal (HSK) Sokor Taku dan dipercayai anggaran populasi gajah liar yang berada di HSK ini adalah lebih daripada 20 ekor.

"Justeru itu, pekebun dinasihatkan mengambil langkah yang lebih efektif seperti pembinaan parit gajah bagi mengurangkan gangguan konflik yang berlaku," katanya.

Beliau meminta orang ramai lebih berhati-hati dan berwaspada sekiranya terserempak dengan hidupan liar dan tidak mengambil tindakan sendiri yang boleh mendatangkan bahaya keselamatan kepada diri sendiri.

"Sebarang aduan serta maklumat berkendan hidupan liar boleh disalurkan kepada Jabatan PERHILITAN melalui talian hotline 1-800-88-5151 atau e-aduan di laman web www.wildlife.gov.my," katanya. - BERNAMA

Berita Berkaitan

1

Semasa 1 minggu yang lalu

Lelaki Rohingya Suspek Kes Rogol Ditahan Di Bachok

2

Semasa 1 minggu yang lalu

SUV Rempuh Surau Sekolah, 2 Wanita Indonesia Maut

3

Semasa 4 minggu yang lalu

Remaja 15 Tahun Diserang Dan Disamun, Polis Gerak Unit K9 Buru Suspek 

4

Semasa 4 minggu yang lalu

Menjijikkan, Datuk 79 Tahun Rogol Cucu Bawah Umur

Sorotan

1

Tok Mat Tiba Di Pusat Penamaan Calon DUN Rantau, Zahid Jadi Pengiring

2

PRN Negeri Sembilan: 4 Calon PH, 3 Calon BN Tiba Di Pusat Penamaan Calon

3

Mayat Kanak-Kanak Perempuan Hilang Ditemukan, 2 Lelaki Ditahan

4

Dituduh Rogol Remaja Bawah Umur, Pempengaruh Media Sosial Mengaku Tidak Bersalah

5

Diperdaya ‘Love Scam’ Di Telegram, Pelajar Universiti Rugi Lebih RM56,000

6

Tarik Diri Daripada Kerajaan Negeri, DAP Melaka Beralih ke Blok Pembangkang 

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Mayat Kanak-Kanak Perempuan Hilang Ditemukan, 2 Lelaki Ditahan

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 22 jam yang lalu

Najib Jalani Prosedur Jantung Minggu Depan 

oleh Wartawan Getaran

Politik 7 jam yang lalu

Tok Mat Tiba Di Pusat Penamaan Calon DUN Rantau, Zahid Jadi Pengiring

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 1 hari yang lalu

Ambil Ubat Tertentu Untuk Jangka Masa Panjang? Hati-Hati Dengan Pendarahan Dalaman Serius 

oleh Sophia Ahmad