web statsweb stats

Berita Terkini

6 hari yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 6 hari yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Menjijikkan, Datuk 79 Tahun Rogol Cucu Bawah Umur

Semasa Dikemaskini 1 jam yang lalu · Diterbitkan pada 18 Jun 2026 8:04PM

Gambar hiasan

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Nafsu syaitan! 

Itu ungkapan paling tepat untuk menggambarkan perbuatan seorang warga emas yang tergamak mencabul dan memperkosa cucunya yang berusia 12 tahun.

Lelaki berusia 79 tahun itu didakwa di Mahkamah Sesyen, Kota Bharu, hari ini atas lima pertuduhan merogol dan melakukan amang seksual terhadap cucu perempuannya di Bachok, antara Januari hingga bulan ini.

Berita Harian melaporkan, tertuduh bagaimanapun mengaku tidak bersalah selepas kesemua pertuduhan dibacakan di hadapan Hakim Zulkifli Abllah.

Bagi pertuduhan pertama, ketiga, keempat, dan kelima, tertuduh didakwa merogol mangsa di dalam sebuah bilik di sebuah rumah di Kampung Panchor Gunong Timor, Bachok, antara jam 8.28 pagi hingga 1.30 tengah hari, bermula 11 Januari hingga 4 Jun 2026.

Tertuduh didakwa mengikut Seksyen 376(2)(d) Kanun Keseksaan (Akta 574) dan boleh dihukum di bawah Seksyen 376(2) akta yang sama, yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga 30 tahun dan sebatan, jika sabit kesalahan.

Bagi pertuduhan kedua, tertuduh didakwa melakukan persetubuhan dengan memasukkan objek iaitu terung ke dalam kemaluan mangsa yang sama tanpa kerelaannya, di lokasi sama pada jam 1.30 tengah hari, 11 Januari lalu.

Untuk kesalahan itu, tertuduh didakwa mengikut Seksyen 377CA Kanun Keseksaan (Akta 574) yang membawa hukuman penjara sehingga 30 tahun dan sebatan.

Pendakwaan dikendalikan oleh Timbalan Pendakwa Raya, Nur Syafiqah Mohamad, manakala tertuduh tidak diwakili peguam.

Terdahulu, Nur Syafiqah tidak mencadangkan sebarang jaminan terhadap tertuduh.

Mahkamah tidak membenarkan tertuduh diikat jamin dengan mengambil kira faktor keselamatan mangsa yang masih di bawah umur.

Mahkamah kemudian menetapkan 19 Julai depan sebagai tarikh sebutan semula kes dan penyerahan dokumen. - Getaran, 18 Jun 2026

Berita Berkaitan

1

Semasa 3 jam yang lalu

Jurujual Mengaku Salah Tetak Penunggang Motosikal Di Lebuh Raya Persekutuan

2

Semasa 8 jam yang lalu

CEO Perbadanan Stadium Malaysia Didakwa Minta, Terima Rasuah RM1.45 Juta

3

Semasa 2 hari yang lalu

Bedah Siasat Bongkar Punca Sebenar, Wanita Didakwa Bunuh Anak Tiri

4

Semasa 3 hari yang lalu

Bunuh, Bakar Teman Wanita Hamil: Pendakwa Mohon Kekal Hukuman Mati Tertuduh 

Sorotan

1

Jurujual Mengaku Salah Tetak Penunggang Motosikal Di Lebuh Raya Persekutuan

2

Onn Hafiz Dijangka Pertahan Kerusi Machap, Kekal Fokus Bangunkan Johor

3

Rombakan Barisan Pemimpin PN: Azmin Ali, Radzi Jidin Gugur Daripada Senarai 

4

CEO Perbadanan Stadium Malaysia Didakwa Minta, Terima Rasuah RM1.45 Juta

5

PRN Johor: Calon Dipilih Berdasarkan Khidmat Terbaik - Onn Hafiz 

6

Memacu Masa Depan Lestari: Transformasi Tenaga Dan Aspirasi Sifar Bersih Malayssia

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Kes Dera Pembantu Rumah: 2 Pasangan Suami Isteri Ditahan Semula 

oleh Wartawan Getaran

Semasa 3 jam yang lalu

Jurujual Mengaku Salah Tetak Penunggang Motosikal Di Lebuh Raya Persekutuan

oleh Amirah Abu Bakar

Luar Negara 50 minit yang lalu

Malaysia Teguh Dengan Pendirian, Diplomasi Mekanisme Utama Tangani Konflik Antarabangsa - PM

oleh Sophia Ahmad

Politik 1 hari yang lalu

‘Adakah Saya Angkuh Jika Dengar Suara Majoriti Bangsa Johor?’ - Onn Hafiz

oleh Sophia Ahmad