web statsweb stats

Berita Terkini

1 bulan yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 bulan yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 6 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 7 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 8 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Malaysia Kekal Pendirian Tak Benar Syarikat Berdaftar Di Israel Jalan Aktiviti Dalam Negara

Semasa Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 07 May 2024 5:53PM

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim (tengah) menunjukkan buku Strategi Pembanterasan Rasuah Nasional (NACS) 2024-2028 pada Majlis Peluncuran NACS 2024-2028 di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC) hari ini. - gambar BERNAMA

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

PUTRAJAYA - Malaysia kekal dengan pendirian untuk tidak membenarkan mana-mana syarikat berdaftar di Israel untuk menjalankan sebarang aktiviti di negara ini. 

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, tiada syarikat Israel yang dibenarkan masuk atau beroperasi di Malaysia sejak Kerajaan Perpaduan mengambil alih pentadbiran negara.

"Tak ada, kita tak benarkan. Ingat, tahun 2002, yang benarkan kapal Israel masuk adalah Tun Dr Mahathir Mohamad semasa jadi Perdana Menteri. 

"Itu diteruskan sehingga kita batalkan, itu pendirian kita," kata beliau kepada media selepas Majlis Peluncuran Strategi Pembanterasan Rasuah Nasional (NACS) 2024-2028 di sini hari ini.

Beliau mengulas gesaan Dr Mahathir agar kerajaan segera mengusir dua syarikat yang didakwa membekalkan senjata kepada tentera rejim Zionis iaitu Lockheed Martin dan BAE System yang kini berada di Malaysia untuk Pameran Perkhidmatan Pertahanan Asia (DSA) dan Pameran Keselamatan Kebangsaan (NATSEC) Asia 2024 di ibu negara.

Pameran DSA dan NASTEC Asia 2024 berlangsung selama tiga hari bermula semalam di Pusat Pameran Perdagangan Antarabangsa (MITEC), Kuala Lumpur. 

Dr Mahathir dalam catatan di laman media sosial menggesa Kementerian Pertahanan agar mengarahkan kedua-dua syarikat pembekal senjata untuk segera keluar dari Malaysia.

Beliau berkata, kedua-dua syarikat adalah pembekal senjata terbesar kepada rejim Zionis yang melakukan serangan dan pengeboman ke atas rakyat Palestin sejak 7 Okt tahun lepas.

Dr Mahathir mendakwa tindakan membenarkan kehadiran syarikat sedemikian memperolok dan mempersenda segala usaha negara menentang kekejaman rejim Tel Aviv seolah-olah bersekongkol dengan mereka untuk menumpahkan darah rakyat Palestin termasuk bayi dan kanak-kanak. - BERNAMA

Sorotan

1

Tok Mat Tiba Di Pusat Penamaan Calon DUN Rantau, Zahid Jadi Pengiring

2

PRN Negeri Sembilan: 4 Calon PH, 3 Calon BN Tiba Di Pusat Penamaan Calon

3

Mayat Kanak-Kanak Perempuan Hilang Ditemukan, 2 Lelaki Ditahan

4

Dituduh Rogol Remaja Bawah Umur, Pempengaruh Media Sosial Mengaku Tidak Bersalah

5

Diperdaya ‘Love Scam’ Di Telegram, Pelajar Universiti Rugi Lebih RM56,000

6

Tarik Diri Daripada Kerajaan Negeri, DAP Melaka Beralih ke Blok Pembangkang 

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Mayat Kanak-Kanak Perempuan Hilang Ditemukan, 2 Lelaki Ditahan

oleh Amirah Abu Bakar

Singapura 22 jam yang lalu

Singapura: Ketua Hakim Negara Sundaresh Menon Bersara Feb 2017, Hakim Sushil Nair Jadi Pengganti

oleh Sophia Ahmad

Politik 7 jam yang lalu

Tok Mat Tiba Di Pusat Penamaan Calon DUN Rantau, Zahid Jadi Pengiring

oleh Amirah Abu Bakar

Politik 9 jam yang lalu

PRN Negeri Sembilan: Saingan Bermula, Proses Penamaan Calon Mengambil Tempat

oleh Sophia Ahmad