web statsweb stats

Berita Terkini

1 bulan yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 bulan yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 6 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 7 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 8 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Belum Sempat Sampai Rumah Dari KLIA, Suami Sarjan Faridah Terima Berita Pemergian Isteri

Semasa Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 19 May 2024 9:43PM

Faridah Abd Rahman - Gambar ATM

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

PENDANG - Berita mengenai pemergian anggota tentera, Sarjan Faridah Abd. Rahman, 39, di Lubnan semalam, diterima ahli keluarganya ketika mereka dalam perjalanan pulang ke rumah di Kampung Sungai Mati, Mukim Tobiar di sini.

Terdahulu, keluarga berkenaan menghantar arwah ke Lapangan Terbang Kuala Lumpur (KLIA) untuk menyambung tugasnya di Lubnan.

Menurut suaminya, Noor Azmi Ariffin, 39, berita itu nyata mengejutkan kerana isterinya tidak mempunyai sebarang sejarah penyakit sebelum ini.

"Selepas sebulan Faridah berada di tanah air kerana bercuti, saya bersama anak-anak menghantar isteri ke KLIA untuk menaiki penerbangan ke Lubnan Jumaat lalu, bagi meneruskan tugasnya di sana.

"Sesudah menghantarnya di KLIA, saya singgah di rumah abang terlebih dulu, sebelum bertolak ke Kedah. Namun belum sempat kami tiba di rumah, saya menerima panggilan menyatakan isteri meninggal dunia di Lubnan," katanya ketika dihubungi Getaran.

Noor Azmi yang juga bekas anggota tentera menambah, setakat ini dia dan keluarga belum tahu bila jenazah isterinya akan dibawa pulang kerana banyak prosedur yang perlu dilalui di sana. 

"Kami memiliki empat anak berusia antara empat hingga 13 tahun. Anak ketiga kami merupakan seorang orang kurang upaya (OKU).

"Mereka sudah mengetahui mengenai pemergian ibu tetapi buat anak yang msih kecil itu, dia mungkin masih belum memahami. Setakat ini kami merancang untuk mengebumikan arwah di Tanah Perkuburan Masjid Kampung Tualang dekat sini," katanya, tenang.

Menerusi kenyataan dikeluarkan Markas Angkatan Tentera Malaysia (ATM), Bahagian Risikan Dan Komunikasi Strategik Pertahanan petang tadi, Allahyarham yang merupakan seorang Pegawai Tidak Tauliah Kanan (PTTK) Malaysian Battallion 850-11 (MALBATT 850-11) bagi  Pasukan Interim Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNIFIL), disahkan meninggal dunia pada 2.25 pagi waktu Lubnan atau 7.25 pagi waktu Malaysia, semalam.

Allahyarham yang bertugas sebagai Penyelia Kanan Hal Ehwal Islam MALBATT 850-11 di Kem Marakah, dilaporkan rebah tiba-tiba setelah turun dari bas di kem tersebut.

Jenazah Allahyarham kemudiannya dihantar ke Hospital Hammoud, Saida untuk proses bedah siasat bagi mengenal pasti punca kejadian. - Getaran, 19 Mei 2024.

Sorotan

1

Tok Mat Tiba Di Pusat Penamaan Calon DUN Rantau, Zahid Jadi Pengiring

2

PRN Negeri Sembilan: 4 Calon PH, 3 Calon BN Tiba Di Pusat Penamaan Calon

3

Mayat Kanak-Kanak Perempuan Hilang Ditemukan, 2 Lelaki Ditahan

4

Dituduh Rogol Remaja Bawah Umur, Pempengaruh Media Sosial Mengaku Tidak Bersalah

5

Diperdaya ‘Love Scam’ Di Telegram, Pelajar Universiti Rugi Lebih RM56,000

6

Tarik Diri Daripada Kerajaan Negeri, DAP Melaka Beralih ke Blok Pembangkang 

Disyorkan untuk anda

Semasa 16 jam yang lalu

Najib Jalani Prosedur Jantung Minggu Depan 

oleh Wartawan Getaran

Politik 3 jam yang lalu

PRN Negeri Sembilan: Saingan Bermula, Proses Penamaan Calon Mengambil Tempat

oleh Sophia Ahmad

Politik 1 jam yang lalu

PRN Negeri Sembilan: 4 Calon PH, 3 Calon BN Tiba Di Pusat Penamaan Calon

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 1 hari yang lalu

Jadi Tonto Ah Long, 2 Lelaki Dipenjara 18 Bulan, Denda RM20,000

oleh Sophia Ahmad