web statsweb stats

Berita Terkini

1 bulan yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 bulan yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 6 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 7 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 8 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


3 Lemas, 3 Masih Hilang Dalam Kejadian Kepala Air Di Lahad Datu

Semasa Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 06 May 2024 2:01PM

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

LAHAD DATU - Tiga lemas, sembilan berjaya diselamatkan manakala tiga lagi individu masih hilang dalam kejadian kepala air di sungai di kawasan Lembah Maksina, Makuau, Tungku dekat sini malam tadi. 

Jurucakap Pusat Gerakan Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia Negeri Sabah, berkata mayat mangsa iaitu seorang lelaki, seorang wanita dan satu lagi belum dikenal pasti ditemukan tertimbus di bawah kayu balak awal pagi tadi.

"Operasi mengeluarkan mayat mangsa sedang giat dijalankan pada masa ini," katanya ketika dihubungi di Kota Kinabalu hari ini. 

Sementara itu, Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Lahad Datu, Sumsoa Rashid, berkata kesemua mangsa sebelum itu menjalankan aktiviti meredah sungai dan maklumat awal yang diterima terdapat 17 individu terlibat dengan aktiviti itu, namun dua daripadanya keluar lebih awal sebelum kejadian kepala air.

"Kami menerima panggilan kecemasan berhubung perkara itu pada 8.28 malam tadi dan seramai 11 pegawai serta anggota bergegas ke lokasi kejadian yang terletak kira-kira 55 kilometer dari bandar Lahad Datu,"katanya ketika dihubungi Bernama di sini hari ini.

Menurutnya operasi mencari dan menyelamat mangsa diaktifkan sebaik tiba di lokasi dan sembilan individu berjaya diselamatkan pada 12tengah malam tadi dengan dua daripadanya cedera. 

Beliau berkata operasi mencari dan menyelamat mangsa diteruskan pada 6 pagi selepas ditangguhkan pada 1.40 pagi tadi.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Lahad Datu ACP Dzulbaharin Ismail ketika dihubungi mengesahkan menerima laporan berhubung kejadian berkenaan. - BERNAMA

Sorotan

1

Mayat Kanak-Kanak Perempuan Hilang Ditemukan, 2 Lelaki Ditahan

2

Dituduh Rogol Remaja Bawah Umur, Pempengaruh Media Sosial Mengaku Tidak Bersalah

3

Diperdaya ‘Love Scam’ Di Telegram, Pelajar Universiti Rugi Lebih RM56,000

4

Tarik Diri Daripada Kerajaan Negeri, DAP Melaka Beralih ke Blok Pembangkang 

5

Polis Siasat Kes Lelaki Dipaksa Masuk Dalam Kereta 

6

PRN Negeri Sembilan: Jangan Jadikan Institusi Diraja Bahan Kempen Parti Politik - PM

Disyorkan untuk anda

Politik 2 jam yang lalu

Pimpinan PH Melaka Undur Diri Daripada Kerajaan Negeri - Adly

oleh Sophia Ahmad

Semasa 18 jam yang lalu

Ambil Ubat Tertentu Untuk Jangka Masa Panjang? Hati-Hati Dengan Pendarahan Dalaman Serius 

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Jadi Tonto Ah Long, 2 Lelaki Dipenjara 18 Bulan, Denda RM20,000

oleh Sophia Ahmad

Semasa 43 minit yang lalu

Network School Forest City: Kerajan Johor Arah Tutup 1 Premis Langgar Peraturan

oleh Sophia Ahmad