web statsweb stats

Berita Terkini

1 bulan yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 bulan yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 6 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 7 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 8 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Gaji Polis, Bomba Patut Naik Lebih Tinggi - Teresa Kok

Semasa Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 07 May 2024 9:50PM

Teresa Kok semasa menghadiri Majlis Terima Borang Ahli DAP Melayu di Kuala Kubu Bahru.

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

HULU SELANGOR - Naib Presiden DAP, Teresa Kok hari ini mencadangkan kerajaan untuk memberi kadar kenaikan gaji yang lebih tinggi kepada pegawai polis dan anggota bomba khususnya yang berpangkat rendah.

Ahli Parlimen Seputeh itu berkata, pelaksanaan kenaikan gaji penjawat seperti yang diumum Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim memang langkah yang sangat baik, namun beliau berpendapat wujud keperluan untuk kerajaan menyemak dan menambah baik pelaksanaan tersebut terutama membabitkan anggota penguatkuasa yang bergaji rendah.

“Mengikut pengetahuan saya, gaji permulaan bagi pegawai polis kelulusan Sijil Peperiksaan Malaysia (SPM) hanyalah RM1,441.

“Selepas tambahan elaun, gaji bulanannya hanyalah RM2,000 lebih. Pendapatan ini terlalu rendah berbanding dengan pekerjaan lain.

“Ia adalah tidak mencukupi bagi mereka yang bekerja di bandar besar, khususnya di Lembah Klang,” katanya dalam satu sidang media di Pusat Khidmat Kuala Kubu Bahru.

Tambahnya lagi, gaji polis bagi yang berpangkat rendah adalah tidak setimpal dengan pekerjaan mereka kerana terdedah dengan risiko keselamatan diri semasa menjaga keselamatan masyarakat.

Beliau berkata, begitu juga dengan anggota bomba yang gaji permulaan bagi Gred KB19 berkelayakan SPM hanyalah RM1,360.

“Anggota bomba juga sering bekerja dalam waktu yang tidak tentu di samping sentiasa berkhidmat dalam keadaan yang bahaya bila menjalankan tugas penyelamatan.

“Saya berharap cadangan saya akan diterima pakai oleh kerajaan,” katanya.

Sebelum ini, perdana menteri mengumumkan kenaikan gaji penjawat awam lebih 13 peratus iaitu kadar tertinggi dalam sejarah perkhidmatan awam negara.

Anwar dilaporkan berkata, kenaikan gaji itu akan berkuatkuasa pada 1 Disember depan.

Sementara itu, pengundian awal Pilihan Raya Kecil (PRK) Kuala Kubu Bahru yang berjalan hari ini mencatatkan sebanyak 97 peratus kehadiran selepas tamat tempoh pengundian.

Sebanyak dua pusat mengundi dibuka hari ini, iaitu di Dewan Serbaguna Maktab PDRM, Kuala Kubu Bahru dan Rejimen Semboyan Divisyen Keempat Infantri, Kem Erskine yang bermula pada jam 8 pagi sehingga 5 petang.

Menurut Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) proses mengundi awal bagi PRK Dewan Undangan Negeri Kuala Kubu Bahru melibatkan seramai 769 orang pengundi awal yang terdiri daripada anggota polis dan tentera serta pasangan.

DUN Kuala Kubu Bahru memiliki sebanyak 40,226 pengundi berdaftar.

SPR menetapkan hari pengundian bagi PRK berkenaan pada Sabtu ini. – Getaran, 7 Mei 2024

Sorotan

1

Tok Mat Tiba Di Pusat Penamaan Calon DUN Rantau, Zahid Jadi Pengiring

2

PRN Negeri Sembilan: 4 Calon PH, 3 Calon BN Tiba Di Pusat Penamaan Calon

3

Mayat Kanak-Kanak Perempuan Hilang Ditemukan, 2 Lelaki Ditahan

4

Dituduh Rogol Remaja Bawah Umur, Pempengaruh Media Sosial Mengaku Tidak Bersalah

5

Diperdaya ‘Love Scam’ Di Telegram, Pelajar Universiti Rugi Lebih RM56,000

6

Tarik Diri Daripada Kerajaan Negeri, DAP Melaka Beralih ke Blok Pembangkang 

Disyorkan untuk anda

Politik 5 jam yang lalu

Tok Mat Tiba Di Pusat Penamaan Calon DUN Rantau, Zahid Jadi Pengiring

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 20 jam yang lalu

Najib Jalani Prosedur Jantung Minggu Depan 

oleh Wartawan Getaran

Semasa 1 hari yang lalu

Diperdaya ‘Love Scam’ Di Telegram, Pelajar Universiti Rugi Lebih RM56,000

oleh Sophia Ahmad

Semasa 6 jam yang lalu

Network School Forest City: Kerajan Johor Arah Tutup 1 Premis Langgar Peraturan

oleh Sophia Ahmad