web statsweb stats

Berita Terkini

1 bulan yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 bulan yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 6 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 7 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 8 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Serangan Balai Polis Ulu Tiram: Jenazah 2 Mangsa Disolatkan Di Masjid Tunku Laksamana Abdul Jalil

Semasa Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 18 May 2024 12:51PM

Gambar BERNAMA

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

JOHOR BAHRU - Jenazah Konstabel Ahmad Azza Fahmi Azhar, 22, dan Konstabel Muhamad Syafiq Ahmad Said, 24, yang meninggal dunia dalam kejadian serangan di Balai Polis Ulu Tiram semalam, selesai disolatkan di Masjid Tunku Laksamana Abdul Jalil lou Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Johor di sini.

Kedua-dua jenazah yang selesai dibedah siasat malam tadi, dibawa menaiki van daripada Hospital Sultan Ismail (HSI) dan tiba di masjid berkenaan kira-kira 9.20 pagi.

Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail dan Ketua Polis Negara Tan Sri Razarudin Husain bersama ratusan jemaah terdiri daripada pegawai dan anggota Polis Diraja Malaysia (PDRM) serta waris kedua-dua mangsa bersama-sama melaksanakan solat jenazah berkenaan. 

Solat berkenaan diimamkan oleh Imam Daerah Johor Bahru Mohd Nazri Ali.

Dalam kejadian 2.45 pagi itu, dua anggota polis maut selepas diserang seorang lelaki bertopeng dan bersenjatakan parang manakala seorang lagi anggota Koperal Mohd Hasif Roslan cedera ditembak dan dilaporkan stabil selepas dirawat di Hospital Sultan Ismail (HSI).

Razarudin mengesahkan suspek lelaki berusia 21 tahun ditembak mati dalam insiden berkendan disyaki ahli Jemaah Islamiyah. - BERNAMA

Berita Berkaitan

1

Semasa 1 tahun yang lalu

Masjid Seliaan JAKIM Adakan Solat Jenazah Ghaib Ismail Haniyeh Malam Ini

2

Semasa 2 tahun yang lalu

5 Ahli Keluarga Penyerang Balai Polis Ulu Tiram Ditahan Bawah SOSMA – KPN

3

Semasa 2 tahun yang lalu

Keluarga Penyerang Balai Polis Ulu Tiram Tidak Bercampur Masyarakat, Kata Menteri

4

Semasa 2 tahun yang lalu

Ucapan Perkauman, Agama Punca Serangan ‘Lone Wolf’

Sorotan

1

Mayat Kanak-Kanak Perempuan Hilang Ditemukan, 2 Lelaki Ditahan

2

Dituduh Rogol Remaja Bawah Umur, Pempengaruh Media Sosial Mengaku Tidak Bersalah

3

Diperdaya ‘Love Scam’ Di Telegram, Pelajar Universiti Rugi Lebih RM56,000

4

Tarik Diri Daripada Kerajaan Negeri, DAP Melaka Beralih ke Blok Pembangkang 

5

Polis Siasat Kes Lelaki Dipaksa Masuk Dalam Kereta 

6

PRN Negeri Sembilan: Jangan Jadikan Institusi Diraja Bahan Kempen Parti Politik - PM

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Jadi Tonto Ah Long, 2 Lelaki Dipenjara 18 Bulan, Denda RM20,000

oleh Sophia Ahmad

Semasa 35 minit yang lalu

Anak Trauma Bapa Disambar Buaya Depan Mata

oleh Sophia Ahmad

Singapura 14 jam yang lalu

Singapura: Ketua Hakim Negara Sundaresh Menon Bersara Feb 2017, Hakim Sushil Nair Jadi Pengganti

oleh Sophia Ahmad

Semasa 18 jam yang lalu

Mayat Kanak-Kanak Perempuan Hilang Ditemukan, 2 Lelaki Ditahan

oleh Amirah Abu Bakar