web statsweb stats

Berita Terkini

1 bulan yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 bulan yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 6 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 7 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 8 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


5 Ahli Keluarga Penyerang Balai Polis Ulu Tiram Ditahan Bawah SOSMA – KPN

Semasa Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 24 May 2024 5:00PM

Razarudin Husain berkata lima beranak itu ditahan semula di bawah SOSMA selepas tempoh reman mereka tamat hari ini. – Gambar fail BERNAMA

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR – Lima ahli keluarga lelaki yang menyerang Balai Polis Ulu Tiram minggu lepas kini ditahan di bawah Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-langkah Khas) 2012 (SOSMA), kata Ketua Polis Negara, Tan Sri Razarudin Husain.

Beliau berkata kelima-lima individu berkenaan ditahan semula di bawah SOSMA selama 28 hari selepas tempoh reman mereka tamat hari ini.

Selain siasatan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh, kes itu juga disiasat di bawah Seksyen 8 Akta Senjata Api (Penalti Tambahan) kerana polis menemui beberapa batang paip dipercayai digunakan untuk membuat pistol angin, tambah Razarudin sidang media hari ini.

Dalam kejadian serangan pada 2.54 pagi Jumaat lalu, dua anggota polis, Konstabel Ahmad Azza Fahmi Azhar, 22; dan Konstabel Muhamad Syafiq Ahmad Said, 24, maut diserang seorang lelaki bersenjata parang di Balai Polis Ulu Tiram.

Manakala seorang lagi anggota polis, Koperal Mohd Hasif Roslan cedera akibat tembakan di bahu kiri dan pinggul. Beliau masih dirawat di Hospital Sultan Ismail (HSI).

Suspek ditembak mati di tempat kejadian.

Susulan serangan tersebut, polis menahan reman tujuh individu termasuk lima ahli keluarga berusia 19 hingga 62 tahun bagi membantu siasatan.

Dua pelajar institusi pengajian tinggi yang turut direman telah dibebaskan tanpa syarat pada Rabu lalu. – The Vibes, 24 May, 2024

Berita Berkaitan

1

Semasa 2 tahun yang lalu

Balai Polis Beroperasi Seperti Biasa Walau Pintu Pagar Tutup - KPN

2

Semasa 2 tahun yang lalu

Kertas Siasatan Kes OKU Dipukul Pengiring Kenamaan Dirujuk Ke AGC

3

Semasa 2 tahun yang lalu

Kes Faisal Halim: Polis Siasat Kaitan 3 Lagi Serangan

4

Semasa 2 tahun yang lalu

Keluarga Penyerang Balai Polis Ulu Tiram Tidak Bercampur Masyarakat, Kata Menteri

Sorotan

1

Tok Mat Tiba Di Pusat Penamaan Calon DUN Rantau, Zahid Jadi Pengiring

2

PRN Negeri Sembilan: 4 Calon PH, 3 Calon BN Tiba Di Pusat Penamaan Calon

3

Mayat Kanak-Kanak Perempuan Hilang Ditemukan, 2 Lelaki Ditahan

4

Dituduh Rogol Remaja Bawah Umur, Pempengaruh Media Sosial Mengaku Tidak Bersalah

5

Diperdaya ‘Love Scam’ Di Telegram, Pelajar Universiti Rugi Lebih RM56,000

6

Tarik Diri Daripada Kerajaan Negeri, DAP Melaka Beralih ke Blok Pembangkang 

Disyorkan untuk anda

Semasa 21 jam yang lalu

Najib Jalani Prosedur Jantung Minggu Depan 

oleh Wartawan Getaran

Semasa 7 jam yang lalu

Anak Trauma Bapa Disambar Buaya Depan Mata

oleh Sophia Ahmad

Politik 1 hari yang lalu

‘Saya Tak Lari, Keputusan Bertanding Di Linggi Pilihan Sendiri’ - Aminuddin

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Jadi Tonto Ah Long, 2 Lelaki Dipenjara 18 Bulan, Denda RM20,000

oleh Sophia Ahmad