web statsweb stats

Berita Terkini

1 bulan yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 bulan yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 6 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 7 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 8 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Pertuduhan Terhadap Muhyiddin Jelas, Tidak Samar-Samar - Mahkamah Persekutuan

Semasa Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 06 May 2024 8:09PM

Muhyiddin Yassin - gambar BERNAMA

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

PUTRAJAYA- Empat pertuduhan salah guna kuasa berhubung projek Jana Wibawa yang dikenakan terhadap bekas perdana menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin adalah jelas dan tidak samar-samar, kata Mahkamah Rayuan dalam alasan bertulisnya yang dikeluarkan minggu lepas.

Hakim Datuk Hadhariah Syed Ismail berkata pertuduhan telah menyenaraikan semua butir-butir yang diperlukan bagi membuktikan kesalahan di bawah Seksyen 23(1) Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) 2009.

"Pada pendapat kami, butir-butir yang terkandung di dalam setiap satu dari empat pertuduhan tersebut adalah mencukupi untuk memberi notis kepada Muhyiddin mengenai perkara yang dia didakwa," katanya dalam alasan keputusannya sebanyak 32 muka surat bertarikh 16 April tahun ini yang disiarkan di laman web Badan Kehakiman.

Beliau berkata Muhyiddin tidak tertipu dengan apa cara sekalipun hanya kerana kekurangan butiran.

Hakim Hadhariah berkata, oleh itu tidak ada keperluan bagi pihak pendakwaan untuk memberikan butiran lanjut tentang bagaimana kesalahan itu dilakukan.

Pada 28 Februari, panel tiga hakim Mahkamah Rayuan diketuai Hakim Hadhariah membenarkan rayuan pihak pendakwaan dan mengembalikan semula pertuduhan yang sebelum ini dibatalkan oleh Mahkamah Tinggi.

Dua lagi hakim ialah Datuk Azmi Ariffin dan Datuk S.M.Komathy Suppiah.

Dalam alasan keputusannya, Hakim Hadhariah berkata hakim Mahkamah Tinggi terkhilaf apabila beliau berpegang bahawa pertuduhan itu sebagai tidak jelas dan Muhyiddin telah diperdayakan.

Bellau berkata kesemua empat unsur untuk kesalahan mengikut Seksyen 23 (1) Akta Pencegahan Rasuah Malaysia dinyatakan dalam pertuduhan.

Hakim Hadhariah berkata Muhyiddin didakwa atas kapasitinya sebagai perdana menteri dan presiden Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) justeru itu memenuhi unsur pertama kesalahan bahawa dia adalah "pegawai awam".

Hakim Hadhariah berkata, unsur kedua kesalahan itu telah dinyatakan kerana pertuduhan juga mendakwa bahawa Muhyiddin telah menggunakan kedudukannya.

Bagi unsur ketiga dan keempat kesalahan itu, beliau berkata, pertuduhan yang dikenakan terhadap Muhyiddin telah menyatakan perkataan suapan dan suapan itu adalah untuk sekutunya iaitu PPBM.

Muhyiddin, 76, sebagai Perdana Menteri dan presiden PPBM ketika itu telah didakwa menggunakan kedudukannya untuk mendapatkan rasuah berjumlah RM232.5 juta daripada tiga syarikat iaitu Bukhary Equity Sdn Bhd, Nepturis Sdn Bhd dan Mamfor Sdn Bhd dan Datuk Azman Yusoff untuk pihak berkendan.

Dia didakwa melakukan perbuatan itu di Pejabat Perdana Menteri, Bangunan Perdana Putra, Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan di Putrajaya antara 1 Mac 2020 dan 20 Ogos 2021.

Muhyiddin turut menghadapi dua pertuduhan menerima wang hasil daripada aktiviti haram berjumlah RM195 juta daripada Bukhary Equity Sdn Bhd yang dimasukkan ke dalam akaun Bank CIMB BERSATU.

Dia didakwa melakukan perbuatan tersebut di Bank CIMB Cawangan Menara KL, Jalan Stesen Sentral antara 25 Februari dan 16 Julai 2021 dan antara 8 Februari dan 8 Julai 2022.

Permohonan Muhyiddin untuk mendapatkan kebenaran menyemak semula keputusan Mahkamah Rayuan pada 28 Feb untuk mengembalikan semula pertuduhan akan didengar oleh panel lima hakim Mahkamah Rayuan pada 9 Julai. - BERNAMA

Berita Berkaitan

1

Semasa 10 jam yang lalu

Campak Bayi Dari Tingkap Hotel, Gadis Rohingya Berdepan Hukuman Mati 

2

Semasa 15 jam yang lalu

Dituduh Rogol Remaja Bawah Umur, Pempengaruh Media Sosial Mengaku Tidak Bersalah

3

Semasa 1 hari yang lalu

Jadi Tonto Ah Long, 2 Lelaki Dipenjara 18 Bulan, Denda RM20,000

4

Semasa 4 hari yang lalu

Syed Saddiq Bebas, Mahkamah Persekutuan Kekal Keputusan Lepas Dan Bebas 

Sorotan

1

Mayat Kanak-Kanak Perempuan Hilang Ditemukan, 2 Lelaki Ditahan

2

Dituduh Rogol Remaja Bawah Umur, Pempengaruh Media Sosial Mengaku Tidak Bersalah

3

Diperdaya ‘Love Scam’ Di Telegram, Pelajar Universiti Rugi Lebih RM56,000

4

Tarik Diri Daripada Kerajaan Negeri, DAP Melaka Beralih ke Blok Pembangkang 

5

Polis Siasat Kes Lelaki Dipaksa Masuk Dalam Kereta 

6

PRN Negeri Sembilan: Jangan Jadikan Institusi Diraja Bahan Kempen Parti Politik - PM

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Jadi Tonto Ah Long, 2 Lelaki Dipenjara 18 Bulan, Denda RM20,000

oleh Sophia Ahmad

Semasa 10 jam yang lalu

Campak Bayi Dari Tingkap Hotel, Gadis Rohingya Berdepan Hukuman Mati 

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Gaji Semasa: Hanya 49 peratus Pekerja Malaysia Berpuas Hati 

oleh Sophia Ahmad

Semasa 10 jam yang lalu

Najib Jalani Prosedur Jantung Minggu Depan 

oleh Wartawan Getaran