web statsweb stats

Berita Terkini

1 bulan yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 bulan yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 6 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 7 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 8 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Elak Ketirisan, Perkukuh Tatakelola, Boleh Beri Upah Lumayan Kepada Pekerja - PM

Semasa Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 26 Apr 2024 4:59PM

gambar BERNAMA

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

SEPANG - Pengurusan syarikat penerbangan yang baik dapat memberi pendapatan lumayan kepada pekerja setimpal dengan khidmat mereka, kata Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Beliau berkata, justeru Kementerian Pengangkutan (MOT), Khazanah Nasional Bhd dan Malaysia Aviation Group (MAG) harus memberi fokus kepada pengurusan Malaysia Airlines (MAB) supaya sebarang ketirisan dapat dielak dan tatakelola diperkukuh.

"Saya harap kerjasama MAG, Khazanah dan MOT diteruskan kerana kesediaan kita kerja sebagai pasukan dengan prinsip ketelusan mengelak pembaziran. Kita boleh selamatkan negara dan beri habuan dan pulangan upah kepada staf.

"Jangan kita remehkan soal ini kerana (pekerja) ada keluarga dan berhak diberi perhatian dan pertimbangan. Oleh kerana keputusan kita cermat, berhemah, urus dengan baik dan telus akan menjamin masa depan lebih baik kepada mereka," katanya.

Anwar berkata demikian pada majlis pelancaran kampus dan majlis pecah tanah Pusat Simulasi Penerbangan MAB Academy, di sini hari ini.

Mengimbas sejarah Penerbangan Malaysia (MAS) pada 90-an, Anwar berkata, pihak pengurusan perlu belajar daripada kesilapan lepas, supaya beri komitmen dari segi tatakelola, integriti dan nilai.

Anwar berkata, sehingga kini masih ada pihak tertentu, termasuk suara dalam kalangan pembangkang, yang mempertikai peranan dan pendirian kerajaan yang menekankan aspek tatakelola, ketelusan dan usaha perangi rasuah.

Beliau berkata, keutamaan terhadap gedung yang indah, pejabat yang luar biasa hebat, pameran dan lukisan terkenal di dunia dalam keadaan syarikat itu hampir muflis, tidak masuk akal sekiranya pengurusan tidak dipantau dan tiada komitmen dari segi tatakelola dan nilai integriti.

Oleh itu, beliau berkata, pentadbiran MADANI wajib memperbetulkan amalan tatakelola agar memberi MAG membetulkan kesilapan dahulu dan menaikkan keupayaan serta imej syarikat.

Sementara itu, Anwar berkata, kampus dan Pusat Simulasi Penerbangan MAB bukan sahaja memberi latihan canggih dan memenuhi pelbagai keperluan, tetapi mampu menjadi pusat melatih syarikat penerbangan luar negara, sekali gus memberikan kepercayaan kepada keupayaan negara.

"Saya harap latihan itu diberikan penekanan, selain daripada latihan teknikal simulasi tentunya ada kepakaran. Sekarang kerana teknologi digital, soal inovasi moden itu menuntut kita sentiasa mengikuti perkembangan.

"Jadi saya harap MAG dan Akademi (MAB) terus memantau dan tidak terikat dengan kerangka lama. Jadi harus ada tenaga baru yang punyai kelebihan lebih dari sudut transformasi digital dan inovasi yang boleh melonjakkan keupayaan," katanya.

Turut hadir di majlis hari ini adalah Menteri Pengangkutan, Anthony Loke dan Pengerusi MAG, Tan Sri Wan Zulkiflee Wan Ariffin. - BERNAMA

Berita Berkaitan

1

Semasa 2 hari yang lalu

Forest  City: Usir Segera Warga Israel Jika Dakwaan Terbukti - PM

2

Politik 2 hari yang lalu

PRN Negeri Sembilan: Jangan Jadikan Institusi Diraja Bahan Kempen Parti Politik - PM

3

Politik 6 hari yang lalu

PRN Johor: Kerajaan Persekutuan Komited Pastikan Agenda Pembangunan Rakyat Diteruskan - PM

4

Politik 1 minggu yang lalu

‘Johor Akan Lebih Baik Jika Ditadbir Pemimpin Yang Berani’ - Anwar

Sorotan

1

Mayat Kanak-Kanak Perempuan Hilang Ditemukan, 2 Lelaki Ditahan

2

Dituduh Rogol Remaja Bawah Umur, Pempengaruh Media Sosial Mengaku Tidak Bersalah

3

Diperdaya ‘Love Scam’ Di Telegram, Pelajar Universiti Rugi Lebih RM56,000

4

Tarik Diri Daripada Kerajaan Negeri, DAP Melaka Beralih ke Blok Pembangkang 

5

Polis Siasat Kes Lelaki Dipaksa Masuk Dalam Kereta 

6

PRN Negeri Sembilan: Jangan Jadikan Institusi Diraja Bahan Kempen Parti Politik - PM

Disyorkan untuk anda

Semasa 17 jam yang lalu

Dituduh Rogol Remaja Bawah Umur, Pempengaruh Media Sosial Mengaku Tidak Bersalah

oleh Amirah Abu Bakar

Singapura 12 jam yang lalu

Singapura: Ketua Hakim Negara Sundaresh Menon Bersara Feb 2017, Hakim Sushil Nair Jadi Pengganti

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Jadi Tonto Ah Long, 2 Lelaki Dipenjara 18 Bulan, Denda RM20,000

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Gaji Semasa: Hanya 49 peratus Pekerja Malaysia Berpuas Hati 

oleh Sophia Ahmad