web statsweb stats

Berita Terkini

1 bulan yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 bulan yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 6 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 7 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 8 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Beban Tugas: KKM Pusat, Negeri Telah Diarah Lihat Semula Sumber Tenaga - Menteri

Semasa Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 26 Apr 2024 9:47AM

Beban tugas PPS khususnya di hospital daerah dikatakan semakin meningkat sehingga menyebabkan mereka semakin tidak berdaya - gambar hiasan

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Pengurusan Kementerian Kesihatan (KKM) di peringkat pusat dan negeri telah diarahkan untuk melihat situasi sumber tenaga di semua hospital.

Mengesahkan perkara itu, Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad berkata, pihak berkenaan juga telah diarah menilai semula tindakan yang dibuat melibatkan penempatan dan cara kerja Pegawai Perubatan Siswazah (PPS) sekiranya perlu.

Menurut beliau,  negara pernah menempuh fasa lambakan graduan perubatan yang mencecah enam hingga tujuh ribu setahun.

“Kini jumlah graduan kita lebih sikit, sekitar tiga ribu menyebabkan jumlah PPS di hospital semakin jauh berkurangan.

“Maka yang bekerja sekarang merasa terbeban dengan bebanan kerja dan kekurangan anggota,” katanya menerusi ciapan hari ini.

Dr Dzulkefly Ahmad - gambar fail
Dr Dzulkefly Ahmad - gambar fail

Dr Dzulkefly menyatakan demikian sebagai respon terhadap ciapan seorang PPS, yang mengeluh mengenai lambakan kerja di hospital milik KKM.

Menggunakan akaun @MaryamSophiaK dia berkata, beban tugas di hospital daerah semakin bertambah dan ia diburukkan dengan peningkatan jumlah PPS yang meletakkan jawatan. 

“Salam @KKMPutrajaya @DrDzul memang taknak tambah HO (PPS) dekat district hospital ke? Kerja cam (macam) nak mati dah ni dengan baki-baki HO yang ada dengan sorang-sorang quit nya..come on la, seminggu lebih jaga ward sorang2 lama2 boleh mental gak (juga) ni.

“Kalau boleh nak ada sayap boleh terbang sambil buat active plan..bukannya lemah tapi PENAT SANGAT SANGAT tau tak,” keluhnya.

Jelas Dr Dzulkefly, KKM sememangnya menyedaei bebanan kerja yang terpaksa ditanggung petugas perubatan ketika ini. 

“Perubahan dan penambahbaikan lebih tuntas dan mapan akan mengambil sikit masa. 

“(Ia) Juga perlu penglibatan pemegang taruh lain yg sedang kami berunding contoh Suruhanjaya Perkhidmatan Awam, Jabatan Perhidmatan Awam, Kementerian Pengajian Tinggi dan beberapa yang lain,” katanya. - Getaran, 26 April 2024

Berita Berkaitan

1

Semasa 3 bulan yang lalu

Hospital Lambang Sebenar Perpaduan - Annuar

2

Semasa 9 bulan yang lalu

Langgar Syarat Berpakaian, Wanita Tak Puas Hati Dihalang Masuk Hospital

3

Semasa 2 tahun yang lalu

Banjir Sarawak: 1,361 Mangsa Masih Ditempatkan Di 12 PPS

4

Semasa 2 tahun yang lalu

Kesihatan Raja Harald V Semakin Baik - Istana Norway

Sorotan

1

Tok Mat Tiba Di Pusat Penamaan Calon DUN Rantau, Zahid Jadi Pengiring

2

PRN Negeri Sembilan: 4 Calon PH, 3 Calon BN Tiba Di Pusat Penamaan Calon

3

Mayat Kanak-Kanak Perempuan Hilang Ditemukan, 2 Lelaki Ditahan

4

Dituduh Rogol Remaja Bawah Umur, Pempengaruh Media Sosial Mengaku Tidak Bersalah

5

Diperdaya ‘Love Scam’ Di Telegram, Pelajar Universiti Rugi Lebih RM56,000

6

Tarik Diri Daripada Kerajaan Negeri, DAP Melaka Beralih ke Blok Pembangkang 

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Gaji Semasa: Hanya 49 peratus Pekerja Malaysia Berpuas Hati 

oleh Sophia Ahmad

Semasa 16 jam yang lalu

Campak Bayi Dari Tingkap Hotel, Gadis Rohingya Berdepan Hukuman Mati 

oleh Sophia Ahmad

Politik 1 jam yang lalu

PRN Negeri Sembilan: 4 Calon PH, 3 Calon BN Tiba Di Pusat Penamaan Calon

oleh Amirah Abu Bakar

Politik 1 jam yang lalu

Tok Mat Tiba Di Pusat Penamaan Calon DUN Rantau, Zahid Jadi Pengiring

oleh Amirah Abu Bakar