web statsweb stats

Berita Terkini

1 bulan yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 bulan yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 6 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 7 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 8 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Raghad Nafi Bawa Keluar Abdul Taib Tanpa Kebenaran

Semasa Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 06 Feb 2024 8:14AM

gambar FB raghadtaib

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Toh Puan Raghad Kurdi Taib, isteri bekas Yang di-Pertua Negeri Sarawak, Tun Abdul Taib Mahmud menafikan dakwaan bahawa beliau 'melarikan' suaminya dari sebuah hospital swasta di Kuching, tanpa kebenaran doktor.

Penafian itu dibuat dalam satu hantaran di akaun Instagramnya semalam, bersama sekeping surat tulisan tangan iaitu bukti beliau membawa keluar Abdul Taib dengan kebenaran pihak hospital.

Terdahulu, pegawai perubatan, Dr Mohd Nazrin Jefri membuat laporan polis susulan Raghad mengeluarkan Abdul Taib daripada Unit Rawatan Rapi, Pusat Pakar Rawatan Normah di Kuching tanpa kebenaran.

Mengikut laporan polis yang tular di media sosial, Raghad tiba di hospital itu pada jam 11.56 malam Sabtu lalu, diiringi pengawal peribadi dan pembantunya.

"Walaupun sudah diberitahu mengenai keadaan pesakit yang memerlukan rawatan rapi di hospital, saya dimaklumkan oleh jururawat bahawa beliau (Ragad) tetap bertegas untuk menanggalkan segala alat perubatan yang dipasang ke badan pesakit tanpa pengetahuan kakitangan ICU yang bertugas," menurut laporan polis Dr Mohd Nazrin yang bertugas ketika kejadian.

Pesuruhjaya Polis Sarawak, Datuk Mancha Ata dalam satu kenyataan semalam turut mengesahkan pihaknya sudah menerima laporan berhubung isu berkenaan

Katanya, kes itu kini sedang disiasat mengikut Sesyen 336 Kanun Keseksaan iaitu perbuatan cuai sehingga membahayakan nyawa atau keselamatan orang lain.

Sementara itu, memetik laporan Malaysiakini, menurut nota yang dikongsi Raghad, pada jam 1.40 tengah hari Sabtu, doktor dimaklumkan yang Raghad ingin membawa Taib pulang dan seorang doktor mengambil maklum permintaan itu.

Kemudian pada pukul 1.45 tengah hari, seorang doktor berkata, infusi perlu dilakukan sebelum Taib dibawa keluar.

Pada pukul dua petang, nota tersebut mencatatkan vital Taib ketika itu, dan mengakhiri nota itu dengan catatan 'awaiting to discharge (menunggu untuk dikeluarkan)'. - Getaran, 6 Februari 2024

Berita Berkaitan

1

Semasa 1 hari yang lalu

Mayat Kanak-Kanak Perempuan Hilang Ditemukan, 2 Lelaki Ditahan

2

Semasa 1 hari yang lalu

Diperdaya ‘Love Scam’ Di Telegram, Pelajar Universiti Rugi Lebih RM56,000

3

Semasa 2 hari yang lalu

PDRM mohon Notis Merah Interpol Kesan Tamim Dahri

4

Semasa 3 hari yang lalu

Polis Siasat Kes Lelaki Dipaksa Masuk Dalam Kereta 

Sorotan

1

Tok Mat Tiba Di Pusat Penamaan Calon DUN Rantau, Zahid Jadi Pengiring

2

PRN Negeri Sembilan: 4 Calon PH, 3 Calon BN Tiba Di Pusat Penamaan Calon

3

Mayat Kanak-Kanak Perempuan Hilang Ditemukan, 2 Lelaki Ditahan

4

Dituduh Rogol Remaja Bawah Umur, Pempengaruh Media Sosial Mengaku Tidak Bersalah

5

Diperdaya ‘Love Scam’ Di Telegram, Pelajar Universiti Rugi Lebih RM56,000

6

Tarik Diri Daripada Kerajaan Negeri, DAP Melaka Beralih ke Blok Pembangkang 

Disyorkan untuk anda

Semasa 7 jam yang lalu

Network School Forest City: Kerajan Johor Arah Tutup 1 Premis Langgar Peraturan

oleh Sophia Ahmad

Politik 7 jam yang lalu

PRN Negeri Sembilan: Saingan Bermula, Proses Penamaan Calon Mengambil Tempat

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Jadi Tonto Ah Long, 2 Lelaki Dipenjara 18 Bulan, Denda RM20,000

oleh Sophia Ahmad

Politik 1 hari yang lalu

‘Saya Tak Lari, Keputusan Bertanding Di Linggi Pilihan Sendiri’ - Aminuddin

oleh Sophia Ahmad