web statsweb stats

Berita Terkini

1 bulan yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 bulan yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 6 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 7 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 8 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Kesihatan Raja Harald V Semakin Baik - Istana Norway

Semasa Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 29 Feb 2024 1:50PM

Raja Norway, Raja Harald V. gambar BERNAMA

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Raja Norway, Raja Harald V yang kini sedang menjalani rawatan di Hospital Sultanah Maliha (HSM) di Langkawi, Malaysia semakin pulih daripada jangkitan, kata pihak Istana Norway.

Pihak istana menerusi laman sesawang www.royalcourt.no pada Rabu berkata, keadaan kesihatan Raja Harald V yang semakin pulih disahkan oleh doktor peribadinya di Langkawi.

"Baginda dirawat dengan baik di hospital dan menerima rawatan yang baik," menurut kenyataan itu.

Menurut Istana Norway, Raja Harald V akan berada di hospital untuk beberapa hari lagi dan belum ada keputusan dibuat berhubung keberangkatan pulang baginda ke tanah air.

"Kedutaan Norway di Kuala Lumpur telah menawarkan bantuan praktikal semasa lawatan ini," menurut kenyataan itu.

Kenyataan itu juga menyatakan bahawa program rasmi bagi seluruh kerabat diraja akan diteruskan seperti yang dirancang.

Pada Rabu, BERNAMA melaporkan Raja Harald V sedang menerima rawatan di Wad Diraja hospital itu selepas gering semasa bercuti di Malaysia.

Raja Harald V yang sedang dalam lawatan peribadi ke Malaysia dijadual menyambung semula tugas rasminya pada 8 Mac, apabila baginda dijangka bertemu dengan anggota Kabinet di Istana Diraja di Oslo.

Dilahirkan pada 21 Februari 1937, Raja Harald V menaiki takhta Norway pada tahun 1991. - BERNAMA

Berita Berkaitan

1

Semasa 1 bulan yang lalu

Penyalahgunaan Dadah: ‘Bagok’ Mengaku Tak Bersalah

2

Semasa 2 bulan yang lalu

‘Pengedaran Dadah Di Langkawi Bukan Seperti Sindiket Pablo Escobar’ - Saifuddin

3

Semasa 3 bulan yang lalu

Hospital Lambang Sebenar Perpaduan - Annuar

4

Semasa 7 bulan yang lalu

Budak Rusia Maut Disengat Obor-Obor Kotak, Pengusaha Pelancongan Langkawi Desak Tindakan Segera

Sorotan

1

Tok Mat Tiba Di Pusat Penamaan Calon DUN Rantau, Zahid Jadi Pengiring

2

PRN Negeri Sembilan: 4 Calon PH, 3 Calon BN Tiba Di Pusat Penamaan Calon

3

Mayat Kanak-Kanak Perempuan Hilang Ditemukan, 2 Lelaki Ditahan

4

Dituduh Rogol Remaja Bawah Umur, Pempengaruh Media Sosial Mengaku Tidak Bersalah

5

Diperdaya ‘Love Scam’ Di Telegram, Pelajar Universiti Rugi Lebih RM56,000

6

Tarik Diri Daripada Kerajaan Negeri, DAP Melaka Beralih ke Blok Pembangkang 

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Dituduh Rogol Remaja Bawah Umur, Pempengaruh Media Sosial Mengaku Tidak Bersalah

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 7 jam yang lalu

Network School Forest City: Kerajan Johor Arah Tutup 1 Premis Langgar Peraturan

oleh Sophia Ahmad

Semasa 7 jam yang lalu

Anak Trauma Bapa Disambar Buaya Depan Mata

oleh Sophia Ahmad

Semasa 21 jam yang lalu

Campak Bayi Dari Tingkap Hotel, Gadis Rohingya Berdepan Hukuman Mati 

oleh Sophia Ahmad