web statsweb stats

Berita Terkini

2 minggu yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 2 minggu yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 6 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 8 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


‘Pengedaran Dadah Di Langkawi Bukan Seperti Sindiket Pablo Escobar’ - Saifuddin

Semasa Dikemaskini 1 bulan yang lalu · Diterbitkan pada 16 May 2026 9:05AM

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Jenayah melibatkan pengedaran dadah di Langkawi masih terkawal dan tidak seperti yang digambarkan sesetengah pihak.

Menegaskan perkara itu, Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail berkata, ia sama sekali tidak setanding dengan operasi kartel dadah antarabangsa atau berada pada tahap membimbangkan seperti yang didakwa.

Menurut beliau, perbandingan dengan sindiket dadah global yang pernah diketuai pengedar terkenal seperti Pablo Escobar adalah keterlaluan dan tidak mencerminkan keadaan sebenar.

“Situasi di Langkawi tidak sampai ke tahap itu,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas menghadiri sebuah program di pusat khidmat masyarakatnya di Taman Sejahtera, Langkawi malam tadi. 

Jelas Saifuddin, siasatan terhadap kegiatan pengedaran dadah di Langkawi sedang dijalankan secara menyeluruh dan ia melibatkan pelbagai aspek.

"Siasatan turut melihat kepada kemungkinan kewujudan rangkaian jenayah terancang serta dakwaan penglibatan anggota penguat kuasa,” katanya.

Tegas beliau, Polis Diraja Malaysia tidak akan berkompromi atau melindungi mana-mana individu yang terlibat dalam kegiatan jenayah tersebut, termasuk jika membabitkan anggota pasukan keselamatan.

“Kertas siasatan akan dibuka dan tindakan sewajarnya akan diambil mengikut peruntukan undang-undang sedia ada,” katanya.

Sementara itu, mengulas cadangan Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor supaya polis menembak pengedar dadah, Saifuddin berkata, isu berkaitan penyalahgunaan dan pengedaran dadah perlu ditangani secara rasional serta berlandaskan undang-undang.

“Pendekatan yang diambil perlu bersifat berhemah bagi memastikan tindakan penguatkuasaan dilaksanakan secara adil dan berkesan,” katanya. - Getaran, 16 Mei 2026

Berita Berkaitan

1

Semasa 3 minggu yang lalu

Kerajaan Tolak Desakan Beremosi, Tangani Isu Pelarian Dengan Berhemah - Saifuddin

2

Semasa 1 bulan yang lalu

Penyalahgunaan Dadah: ‘Bagok’ Mengaku Tak Bersalah

3

Semasa 1 bulan yang lalu

Pemegang MyKad Lama Tidak Diwajibkan Tukar MyKad Baharu Menjelang 1 Jun - Saifuddin

4

Semasa 1 bulan yang lalu

MyKad, Pasport Baharu Dilancar Jun Depan - Saifuddin Nasution

Sorotan

1

 ‘Double Standard’ Norway Dikecam, Batal Penghantaran Peluru Berpandu Selepas Malaysia Bayar 95 Peratus Kontrak

2

Gara-Gara Memotong Barisan, 2 Lelaki Akhirnya Bertumbuk

3

Pengecualian Caj RM1 Di ATM: 84 Peratus Mesin Terlibat Seluruh Negara - Fahmi 

4

Wajib Isytihar Aset, Perkukuh Agenda Integriti - Abd Halim

5

PRN Johor: Perpecahan Dalaman PN Mampu Beri Kelebihan Kepada BN - Penganalisis 

6

Malaysia Yang Mana Mahu Kita Wariskan Untuk Anak Cucu?

Disyorkan untuk anda

Semasa 9 jam yang lalu

Pengecualian Caj RM1 Di ATM: 84 Peratus Mesin Terlibat Seluruh Negara - Fahmi 

oleh Sophia Ahmad

Politik 1 hari yang lalu

PRN Johor: Perpecahan Dalaman PN Mampu Beri Kelebihan Kepada BN - Penganalisis 

oleh Wartawan Getaran

Semasa 7 jam yang lalu

Sarjan Polis Maut Kemalangan, Polis Buru Pemandu Lori

oleh Sophia Ahmad

Semasa 6 jam yang lalu

Gara-Gara Memotong Barisan, 2 Lelaki Akhirnya Bertumbuk

oleh Sophia Ahmad