web statsweb stats

Berita Terkini

1 bulan yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 bulan yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 6 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 7 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 8 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Pemegang MyKad Lama Tidak Diwajibkan Tukar MyKad Baharu Menjelang 1 Jun - Saifuddin

Semasa Dikemaskini 2 bulan yang lalu · Diterbitkan pada 08 May 2026 5:00PM

Gambar BERNAMA

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

JOHOR BAHRU - Semua pemegang Mykad lama di negara ini tidak diwajibkan untuk menukar kepada Mykad baharu menjelang pelancarannya pada 1 Jun depan, kata Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail.

"Memiliki MyKad adalah satu kewajipan, tetapi tidak disebut semua rakyat perlu menukar kad secara serentak (pada tarikh pelancaran kad baharu itu). Jadi saya minta jangan berpusu-pusu pergi ke JPN (Jabatan Pendaftaran Negara) untuk tukar, ambillah sedikit masa.

"Undang-undang tidak mengatakan mulai 1 Jun apabila Mykad baharu dikeluarkan, pemegang Mykad lama wajib terus menukar kad mereka," katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas lawatannya ke Kompleks Kastam, Imigresen dan Kuarantin (CIQ) Bangunan Sultan Iskandar (BSI) dan Stesen Bukit Chagar bagi meninjau projek Sistem Transit Rapid (RTS) Link Johor Bahru-Singapura, di sini, hari ini.

Saifuddin Nasution berkata pemilikan MyKad diwajibkan bagi individu apabila mencapai usia 12 tahun, dan ketika ini terdapat lebih 20 juta rakyat di negara ini memiliki kad pengenalan tersebut.

Sebelum ini, Ketua Pengarah Pendaftaran Negara Datuk Badrul Hisham Alias dilaporkan berkata MyKad baharu itu akan dilengkapi dengan 53 ciri keselamatan berbanding 23 ciri pada Mykad sedia ada.

Beliau berkata antara ciri keselamatan itu ialah turihan laser, ultraungu, hologram, guilloche, teks mikro, kod respons pantas (QR) bagi tujuan penguatkuasaan dan cip dengan tahap enkripsi yang dipertingkatkan.

Katanya, selain Mykad, MyPoCA dan MyTentera turut akan menampilkan versi baharu pada bulan depan. - BERNAMA

Berita Berkaitan

1

Semasa 1 bulan yang lalu

Kerajaan Tolak Desakan Beremosi, Tangani Isu Pelarian Dengan Berhemah - Saifuddin

2

Semasa 1 bulan yang lalu

‘Pengedaran Dadah Di Langkawi Bukan Seperti Sindiket Pablo Escobar’ - Saifuddin

3

Semasa 2 bulan yang lalu

MyKad, Pasport Baharu Dilancar Jun Depan - Saifuddin Nasution

4

Semasa 10 bulan yang lalu

Budak 12 Tahun Antara Terbabit Bina Laman Web Lucah - Saifuddin

Sorotan

1

Syed Saddiq Bebas, Mahkamah Persekutuan Kekal Keputusan Lepas Dan Bebas 

2

PRN Negeri Sembilan: Ada Perbincangan Positif Dengan BN - PAS

3

Misteri Bau Busuk Terbongkar, Mayat Wanita Reput Ditemui Dalam Apartment

4

Pub Popular Terbakar, 27 Maut, Puluhan Cedera Parah 

5

Keputusan Kes Syed Saddiq: Bella Astillah, Keluarga Hadir Di Mahkamah Persekutuan 

6

Menang 8 Kerusi, ADUN PH Sedia Jalankan Tugas Pembangkang Dengan Penuh Integriti - Amirudin

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Syed Saddiq Bebas, Mahkamah Persekutuan Kekal Keputusan Lepas Dan Bebas 

oleh Sophia Ahmad

Politik 1 hari yang lalu

Ikrar Letak Jawatan Jadi Perhatian, Nga Kor Ming Tak Tergugat, Fokus Tugas Rasmi

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Wanita Maut, 2 Cedera Nahas 2 Kenderaan 

oleh Sophia Ahmad

Semasa 18 jam yang lalu

Agong Sambut Presiden Singapura, Beri Sambutan Negara Di Istana

oleh Sophia Ahmad