web statsweb stats

Berita Terkini

1 bulan yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 bulan yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 6 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 7 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 8 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Budak 12 Tahun Antara Terbabit Bina Laman Web Lucah - Saifuddin

Semasa Dikemaskini 11 bulan yang lalu · Diterbitkan pada 19 Aug 2025 9:32PM

Saifuddin Nasution Ismail - Gambar fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR — Polis dengan kerjasama beberapa kementerian berjaya menumpaskan satu operasi tidak bermoral membabitkan sekumpulan pelajar sekolah, termasuk seorang kanak-kanak perempuan berusia 12 tahun yang bertindak membina laman web lucah.

Menteri Dalam Negeri (KDN), Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail, mendedahkan perkara itu ketika sesi Waktu Pertanyaan Menteri (MQT) di Dewan Rakyat, hari ini.

“Kita telah membongkar satu kegiatan tidak bermoral melibatkan sekumpulan pelajar sekolah.

“Yang mencipta laman web itu ialah seorang budak perempuan berusia 12 tahun yang bekerjasama dengan empat rakannya,” katanya.

Menurutnya lagi, aplikasi WhatsApp yang mereka tubuhkan itu memiliki 762 ahli. 

Lebih mengejutkan, setiap ahli perlu mengambil gambar, termasuk anggota badan sebelum foto berkenaan dijual kepada peminat.

“Pelajar itu berhenti sekolah kerana pendapatannya jauh lebih tinggi daripada ibu bapanya. Jadi pada dia, kenapa perlu lagi bersekolah,” katanya ketika menjawab soalan Sabri Azit (PN-Jerai) mengenai sejauh mana KDN menyelaras usaha dengan kementerian lain bagi membendung jenayah dalam talian seperti aktiviti ‘swinger’ daripada menjadi budaya.

Dalam pada itu, beliau turut mengakui wujud cabaran besar dalam mengambil tindakan undang-undang kerana pelaku masih berstatus kanak-kanak.

“Mereka tidak boleh dibawa ke mahkamah terbuka. Jadi bagaimana tindakan boleh diambil? Undang-undang kita pelbagai. Jika tindakan diambil, SUHAKAM akan kata mereka hanya kanak-kanak. 

“Satu lagi persoalan, bagaimana dengan masa depan mereka? Jadi, dalam penguatkuasaan undang-undang, bila berdepan kes seperti ini, kita masih perlu mendapatkan pandangan daripada pelbagai agensi lain. Itulah modus operandi kita,” katanya. - Getaran, 19 Ogos 2025

Berita Berkaitan

1

Semasa 1 bulan yang lalu

Kerajaan Tolak Desakan Beremosi, Tangani Isu Pelarian Dengan Berhemah - Saifuddin

2

Semasa 2 bulan yang lalu

‘Pengedaran Dadah Di Langkawi Bukan Seperti Sindiket Pablo Escobar’ - Saifuddin

3

Semasa 2 bulan yang lalu

Pemegang MyKad Lama Tidak Diwajibkan Tukar MyKad Baharu Menjelang 1 Jun - Saifuddin

4

Semasa 2 bulan yang lalu

MyKad, Pasport Baharu Dilancar Jun Depan - Saifuddin Nasution

Sorotan

1

Sultan Terengganu Dalam Keadaan Sihat, Teruskan Rawatan Susulan Di Luar Negara 

2

‘BN, PN, Sila Hentikan Retorik Perkauman; Tumpu Politik Berasaskan Isu’ - DAP

3

Kanak-Kanak Autistik Maut Terjatuh Dari Tingkat 13

4

PM Pertahan Subsidi RON 95, Kerajaan Tanggung Kenaikan Kos Bahan Api Global 

5

187 Jenis Ubat Berisiko Tinggi, Jumlah Stok Kurang 60 Hari - MOH

6

Kebakaran Pasar Borong Selangor Dipadam Sepenuhnya, Operasi Beralih Kepada Fasa Baik Pulih

Disyorkan untuk anda

Semasa 13 jam yang lalu

Kanak-Kanak Autistik Maut Terjatuh Dari Tingkat 13

oleh Sophia Ahmad

Semasa 13 jam yang lalu

PM Pertahan Subsidi RON 95, Kerajaan Tanggung Kenaikan Kos Bahan Api Global 

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Operasi Banteras PATI Diperhebat, 109 Warga Asing Ditahan Di Ampang

oleh Sophia Ahmad

Politik 1 hari yang lalu

Sentimen Pengundi Melayu Di Negeri Sembilan, Johor Tak Boleh Dibandingkan - Aminuddin

oleh Sophia Ahmad