web statsweb stats

Berita Terkini

1 bulan yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 bulan yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 6 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 7 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 8 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Kerajaan Tolak Desakan Beremosi, Tangani Isu Pelarian Dengan Berhemah - Saifuddin

Semasa Dikemaskini 1 bulan yang lalu · Diterbitkan pada 08 Jun 2026 4:18PM

Gambar fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Kerajaan akan terus mengamalkan pendekatan seimbang dalam pengurusan pelarian dan menolak desakan yang semakin meningkat untuk melaksanakan penghantaran pulang golongan terbabit secara besar-besaran.

Namun begitu jelas Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail, aspek keselamatan negara kekal menjadi keutamaan.

Berucap pada perhimpunan bulanan Kementerian Dalam Negeri (KDN) di Putrajaya hari ini, Saifuddin mengakui kebimbangan masyarakat terhadap kehadiran pelarian di Malaysia semakin meningkat.

Bagaimanapun tegas beliau, pembentukan dasar tidak boleh dipengaruhi oleh emosi atau sentimen popular semata-mata.

“Saya sedar sentimen awam mengenai pengurusan pelarian semakin meningkat. Di media sosial, mesej yang disampaikan kebanyakannya sama.

“Pandangan umum adalah supaya pelarian dihantar pulang atau ditolak kemasukan mereka. Namun sebagai sebuah kerajaan, kita tidak boleh bertindak berasaskan emosi. Kita perlu mempertimbangkan konteks yang lebih luas dan mengimbangi keselamatan negara dengan nilai kemanusiaan,” katanya.

Kenyataan itu dibuat ketika perdebatan mengenai dasar pelarian, khususnya melibatkan komuniti Rohingya, semakin hangat diperkatakan, susulan kemunculan petisyen awam yang menggesa agar pelarian dihantar pulang ke negara asal atau ditempatkan semula di negara ketiga.

Saifuddin menegaskan, tanggungjawab kerajaan melangkaui keperluan untuk memenuhi tekanan awam semata-mata, sebaliknya memerlukan pertimbangan teliti terhadap kepentingan keselamatan Malaysia, komitmen antarabangsa serta prinsip kemanusiaan.

Beliau turut menafikan dakwaan pihak berkuasa sewenang-wenangnya mengeluarkan dokumen pengenalan kepada pelarian, sambil menyifatkan tuduhan tersebut sebagai mengelirukan dan tidak berasaskan fakta.

“Terdapat tuduhan yang menggambarkan kerajaan seolah-olah dengan mudah memberikan identiti kepada pelarian, seakan-akan kita tidak mempunyai undang-undang atau sistem yang mengawal perkara ini…seolah-olah negara ini sebuah ‘negara koboi’. Itu tidak benar dan kita tidak akan berkompromi dalam soal keselamatan,” katanya.

Menurut beliau, pengurusan isu pelarian oleh KDN dibuat berpandukan pertimbangan keselamatan ketat serta kerangka perundangan sedia ada, selain mengambil kira kebajikan golongan rentan yang memerlukan perlindungan.

“Kita tidak boleh mengelak daripada menguruskan isu ini. Ia mesti ditangani secara bijaksana dan berperikemanusiaan, sambil memastikan keselamatan negara, kepentingan rakyat dan reputasi Malaysia di peringkat antarabangsa terus terpelihara,” tambahnya.

Petisyen yang mendesak pihak berkuasa ‘mengusir’ etnik Rohingya sehingga kini berjaya mengumpul 430,339 tandatangan.

Petisyen yang dilancarkan 29 Mei menerusi platform Aku Anak Malaysia itu menyasarkan satu juta tandatangan dan menggesa penyelesaian alternatif bagi menangani kemasukan pelarian berterusan ke Malaysia. - Getaran, 8 Jun 2026

Berita Berkaitan

1

Semasa 2 bulan yang lalu

‘Pengedaran Dadah Di Langkawi Bukan Seperti Sindiket Pablo Escobar’ - Saifuddin

2

Semasa 2 bulan yang lalu

Pemegang MyKad Lama Tidak Diwajibkan Tukar MyKad Baharu Menjelang 1 Jun - Saifuddin

3

Semasa 2 bulan yang lalu

MyKad, Pasport Baharu Dilancar Jun Depan - Saifuddin Nasution

4

Semasa 11 bulan yang lalu

Budak 12 Tahun Antara Terbabit Bina Laman Web Lucah - Saifuddin

Sorotan

1

Belanjawan 2027 Mula Dirangka, PM Berdepan Cabaran Subsidi, Tekanan Fiskal & Kos Sara Hidup

2

4 Rumah Musnah Kebakaran Di Taiping, Tiada Kemalangan Jiwa

3

Muhyiddin ‘Sound’ Khaled, Bersatu Bukan Bertanding Sekadar ‘Kacau Daun’

4

PETROS Mula Pengeluaran Minyak Pertama, Hasilkan 800 Tong Sehari

5

Diperdaya Pelaburan Palsu, Pengarah Syarikat Rugi RM10 Juta

6

Lesen Di Malaysia Batal, Network School Pindah Ke Kazakhstan

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Diperdaya Pelaburan Palsu, Pengarah Syarikat Rugi RM10 Juta

oleh Sophia Ahmad

Semasa 23 jam yang lalu

Berbeza Parti & Ideologi; Anwar, Zahid Tetap Tonjol Semangat Perpaduan

oleh Sophia Ahmad

Politik 2 jam yang lalu

UMNO Tolak Cadangan ‘PBN’ Hamzah, Kerjasama BN-PN Bukan Pembentukan Gabungan Baharu

oleh Sophia Ahmad

Semasa 23 jam yang lalu

Taktik Makin Canggih, Sindiket Antarabangsa Eksploitasi Daftar Masuk Saat Akhir Untuk Keldai Dadah

oleh Sophia Ahmad