web statsweb stats

Berita Terkini

1 bulan yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 bulan yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 6 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 7 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 8 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Hospital Lambang Sebenar Perpaduan - Annuar

Semasa Dikemaskini 3 bulan yang lalu · Diterbitkan pada 04 Apr 2026 6:31PM

Mohd Annuar Zaini

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Hospital disifatkan sebagai ruang paling jelas memperlihatkan perpaduan rakyat Malaysia apabila perbezaan kaum, agama dan fahaman politik tidak lagi menjadi keutamaan ketika berdepan kesakitan dan harapan.

Yang Dipertua Majlis Agama Islam dan Adat Melayu Perak, Tan Sri Mohd Annuar Zaini berkata, dalam suasana wad hospital yang penuh keinsafan, rakyat menunjukkan sifat kemanusiaan yang lebih tulus tanpa mengira latar belakang.

Beliau berkata demikian ketika muncul dalam podcast Jangan Pajak Otak yang dikendalikan aktivis Liyana Marzuki.

“Di hospital, kita tidak pernah bertanya sama ada darah yang diterima datang daripada penyokong parti politik tertentu atau tidak, 

“Kita juga tidak mempersoalkan pegangan politik doktor yang merawat kita,

“Dalam saat penderitaan, perkara itu sudah tidak penting,” katanya.

Menurutnya, hospital merupakan tempat di mana doa dipanjatkan dengan penuh keikhlasan, khususnya oleh pesakit dan ahli keluarga yang berada dalam keadaan terdesak serta mengharapkan kesembuhan.

Annuar turut berkongsi pengalaman apabila seorang pesakit berketurunan India meninggal dunia, dan pesakit lain daripada pelbagai kaum tampil bersama-sama menghulurkan bantuan kewangan serta sokongan emosi kepada keluarga si mati.

“Dalam saat itu, tiada perbezaan. Yang ada hanyalah kemanusiaan,” katanya.

Beliau turut menegaskan bahawa identiti kaum dan latar belakang bukan pilihan individu, sebaliknya ditentukan oleh Tuhan, dan semua komuniti yang telah lama menetap di negara ini berhak dianggap sebagai sebahagian daripada Malaysia.

Sehubungan itu, beliau menggesa rakyat supaya tidak terpengaruh dengan naratif politik yang boleh menimbulkan perpecahan dan rasa curiga antara satu sama lain.

“Kita perlu melihat antara satu sama lain sebagai rakyat Malaysia dan sebagai insan yang diciptakan dalam kepelbagaian kaum, bahasa dan budaya,” katanya.

Untuk rekod, Annuar memulakan kerjaya dalam perkhidmatan awam pada 1977 sebagai Pegawai Tadbir dan Diplomatik sebelum bersara awal pada 1999. 

Beliau kemudian memegang pelbagai jawatan kepimpinan dalam sektor korporat dan media, termasuk sebagai Pengarah Eksekutif di Berjaya Corporation Berhad serta Pengerusi Pertubuhan Berita Nasional Malaysia (BERNAMA).

Kini, beliau turut menganggotai lembaga Pertubuhan Keselamatan Sosial (PERKESO). - Getaran, 4 April 2026

Berita Berkaitan

1

Semasa 9 bulan yang lalu

Langgar Syarat Berpakaian, Wanita Tak Puas Hati Dihalang Masuk Hospital

2

Semasa 2 tahun yang lalu

Beban Tugas: KKM Pusat, Negeri Telah Diarah Lihat Semula Sumber Tenaga - Menteri

3

Semasa 2 tahun yang lalu

Kesihatan Raja Harald V Semakin Baik - Istana Norway

4

Semasa 2 tahun yang lalu

Raghad Nafi Bawa Keluar Abdul Taib Tanpa Kebenaran

Sorotan

1

Tok Mat Tiba Di Pusat Penamaan Calon DUN Rantau, Zahid Jadi Pengiring

2

PRN Negeri Sembilan: 4 Calon PH, 3 Calon BN Tiba Di Pusat Penamaan Calon

3

Mayat Kanak-Kanak Perempuan Hilang Ditemukan, 2 Lelaki Ditahan

4

Dituduh Rogol Remaja Bawah Umur, Pempengaruh Media Sosial Mengaku Tidak Bersalah

5

Diperdaya ‘Love Scam’ Di Telegram, Pelajar Universiti Rugi Lebih RM56,000

6

Tarik Diri Daripada Kerajaan Negeri, DAP Melaka Beralih ke Blok Pembangkang 

Disyorkan untuk anda

Politik 1 hari yang lalu

‘Saya Tak Lari, Keputusan Bertanding Di Linggi Pilihan Sendiri’ - Aminuddin

oleh Sophia Ahmad

Semasa 6 jam yang lalu

Network School Forest City: Kerajan Johor Arah Tutup 1 Premis Langgar Peraturan

oleh Sophia Ahmad

Politik 5 jam yang lalu

PRN Negeri Sembilan: 4 Calon PH, 3 Calon BN Tiba Di Pusat Penamaan Calon

oleh Amirah Abu Bakar

Politik 7 jam yang lalu

Pimpinan PH Melaka Undur Diri Daripada Kerajaan Negeri - Adly

oleh Sophia Ahmad