Berita Terkini

3 minggu yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 3 minggu yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut 1 bulan yang lalu: Bekas Timbalan Ketua Menteri Sabah yang juga pengasas Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS), Tan Sri Joseph Kurup meninggal dunia hari ini di IJN pada usia 79 tahun 1 bulan yang lalu: Keputusan Ujian Penilaian Kelas Al-Quran dan Fardu Ain (UPKK) 2023 diumumkan pada 18 April ini - JAKIM 1 bulan yang lalu: Umat Islam di Malaysia dan Singapura akan menyambut Aidilfitri esok.

IKUTI KAMI


Persidangan Ketua-Ketua Agama Sedunia, Majlis Ulama Asia Pada 7, 8 Mei 

Semasa Dikemaskini 1 minggu yang lalu · Diterbitkan pada 05 May 2024 8:24PM

gambar BERNAMA

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Pejabat Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) dengan kerjasama Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) bersama Liga Dunia Islam, Arab Saudi akan menganjurkan Persidangan Ketua- Ketua Agama Sedunia 2024 dan Majlis Ulama Asia 2024.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Dr Mohd Na'im Mokhtar dalam kenyataan berkata, Persidangan Ketua-Ketua Agama Sedunia akan diadakan pada 7 Mei (Selasa) ini, 8 pagi hingga 5 petang di Sunway Resort Hotel, Petaling Jaya, Selangor.

Sementara Majlis Ulama Asia 2024 pula akan diadakan pada 8 Mei (Rabu) bermula 8 pagi hingga 2 petang di Hotel Mandarin Oriental di ibu negara.

"Persidangan ini adalah berkesinambungan daripada Persidangan Ulama Asia Tenggara 2022 pada 30 Jun 2022 yang lalu. 

"Bahasa pengantar yang akan digunakan dalam persidangan ini adalah Bahasa Arab dan Bahasa Inggeris," katanya.

Beliau berkata, objektif utama penganjuran kedua-dua program itu adalah untuk membangunkan wawasan tamadun bersama bagi menyatukan nilai kesederhanaan dan perpaduan, menangani ancaman pemikiran ekstremis dan mengubah konflik kepada persefahaman, kerjasama dan perpaduan.

Bertemakan 'Kesatuan Dalam Kepelbagaian', Mohd Na'im berkata, Persidangan Ketua- Ketua Agama Sedunia dijangka dihadiri 1,500 peserta terdiri daripada para ulama, cendekiawan, pemimpin politik, ahli Parlimen, ahli akademik dan tokoh-tokoh pemimpin agama Islam dan bukan Islam tempatan serta dari lebih 50 negara luar.

"Objektif penganjuran Persidangan Ketua-Ketua Agama Sedunia adalah untuk memupuk semangat keharmonian dalam kalangan penganut pelbagai agama. 

"Memupuk asas yang kukuh berpaksikan teras MADANI agar bersesuaian dengan realiti semasa masyarakat berbilang agama, agar masyarakat berinteraksi dengan harmoni bagi mengekalkan kerukunan dan perpaduan hidup bermasyarakat," katanya.

Beliau berkata, Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim dijadual menyampaikan ucapan perasmian persidangan itu pada 12 tengah hari.

"Orang ramai boleh menonton liputan penuh siaran langsung program itu di laman Facebook JAKIM dan juga siaran langsung ucapan perdana menteri menerusi Radio Televisyen Malaysia TVI dan TV Alhijrah, katanya.

Selain itu, Mohd Na'im berkata, tema bagi persidangan Majlis Ulama Asia pula adalah 'Perpaduan' dan seramai 200 peserta dijangka mengambil bahagian dalam persidangan itu, terdiri daripada para ulama Islam dari negara-negara Asia.

"Objektif penganjuran Majlis Ulama Asia adalah untuk memupuk perpaduan dan nilai- nilai murni serta menghormati perbezaan pelbagai dimensi dari sudut berdasarkan teras MADANI, teologi dan sosiologi.

"Nilai kesederhanaan dalam berhadapan dengan pelbagai fahaman dalam mazhab dan tidak menjadikannya sebagai ketakutan, kebencian atau konflik," katanya.

Beliau berkata, Majlis Penutup Majlis Ulama Asia akan disempurnakan Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi.

"Semoga dengan penganjuran Persidangan Ketua-Ketua Agama Sedunia dan Majlis Ulama Asia ini akan mencapai matlamat yang ditetapkan serta dapat menerapkan mesej agenda Malaysia MADANI dan Transformasi al-Falah ke arah memartabatkan Islam di mata dunia," katanya. - BERNAMA

Sorotan

1

Serangan Balai Polis Ulu Tiram: Jenazah 2 Anggota Polis Dibawa Keluar Dari HSI

2

Gagal Jelaskan Hutang RM4.96 Juta, Jovian Apparel Disaman

3

Kelantan Gagal Sekat Sabah FC Bawa Pulang 3 Mata Dari Kota Bharu

4

Perbuatan 6 Bekas Penuntut UPNM Dera, Buli,  Melampau - Pendakwaan

5

Meta Diminta Beri Penjelasan Selepas Turunkan Posting 'Anwar-Hamas'

6

Bakal Jemaah Terkandas, Kerajaan Dan TH Cari Penyelesaian Terbaik

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Kawalan Balai, Kawasan Profil Tinggi Termasuk Istana Dipertingkat – KPN

Semasa 1 hari yang lalu

PM Gesa Tindakan Tegas Terhadap Pihak Lakukan Kekacauan

oleh Wartawan Getaran

Semasa 10 jam yang lalu

Sindiket Penyeludupan Manusia Tumpas, 8 PATI Bangladesh Dan ‘Transporter’ Dicekup

oleh Sophia Ahmad

Semasa 15 jam yang lalu

Serangan Balai Polis Ulu Tiram: Jenazah 2 Anggota Polis Dibawa Keluar Dari HSI