web statsweb stats

Berita Terkini

1 bulan yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 bulan yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 6 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 7 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 8 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Wai Ching Muncul Juara Kejohanan Larian Menara Dunia Di Taipei 101

Sukan Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 05 May 2024 4:26PM

gambar BERNAMA

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Pelari menara Malaysia, Soh Wai Ching muncul juara Kejohanan Larian Menara Dunia di puncak Taipei 101 di Taiwan, hari ini.

Atlet berusia 30 tahun itu, yang sebelum ini menamatkan perlumbaan pada tempat ketiga pada edisi 2018, merangkul kejuaraan itu dengan masa keseluruhan 18 minit dan 36.62 saat pada kejohanan itu yang menarik 6,000 penyertaan.

Wai Ching melengkapkan 91 tingkat pada pusingan pertama (ketinggian 390 meter (m) dalam 11:35.61s dan melakukan 7:1.01s (ketinggian 256m) pada pusingan kedua.

Atlet Jepun, Ryoji Watanabe merekodkan 18:40.04s dan Mark Bourne dari Australia (9:33.12) masing-masing memperoleh tempat kedua dan ketiga, menurut laman web rasmi kejohanan.

Presiden Persatuan Larian Menara Malaysia, Ravinder Singh dalam kenyataan berkata, Malaysia telah meraih pencapaian signifikan dalam sukan itu selepas Wai Ching dinobatkan sebagai Juara Dunia yang baharu.

"Perjalanan ke puncak menjadi bukti kepada dedikasi dan sikap konsistennya, dalam kemuncak kerjayanya sejak 2020. Selepas empat tahun mengekalkan prestasi cemerlangnya, beliau telah merangkul kejayaan tertinggi sukan ini," katanya.

Sementara itu, Presiden Persatuan Larian Menara Dunia, Daniel Cecetka berkata, beliau tertarik dengan idea untuk Malaysia menganjurkan Kejohanan Dunia seterusnya pada 2026.

"Kuala Lumpur, dengan pemandangan bangunan tinggi yang indah dan berada pada ranking ketujuh dengan bangunan berketinggian lebih 300 m paling banyak, merupakan lokasi ideal untuk menganjurkan acara larian menara yang lebih besar.

"Prospek ini menjanjikan kemajuan dan populariti berterusan sukan itu di Malaysia," katanya dalam kenyataan sama.

Keputusan melibatkan atlet Malaysia lain:

Lelaki:

11. Muhammad Hazim Zuhairi bin Azahari - 21:43.78s
16. Saddam Pittli - 23:32.33s
43. Ravinder Singh - 50:08.02s

Wanita:
7. Tan Bee Kiang - 26:35.07
10. Nurul Juliana Shakira Abdul Halim - 27:38.40s
21. Valerie Sarah Ong - 32:26.25z
26. Chan Yee Chin - 37:25.75s - BERNAMA

Berita Berkaitan

1

Sukan 2 tahun yang lalu

Wai Ching Mulakan 2024 Dengan Bergaya, Pecah Rekod Di China

2

Sukan 3 tahun yang lalu

Wai Ching Tawan Menara Spinnaker Di Portsmouth, UK

3

Sukan 3 tahun yang lalu

Wai Ching Mahu Terus Pahat Nama Dalam Guiness World Records

4

Sukan 3 tahun yang lalu

Wai Ching Cemerlang 'Tawan' Menara Zagreb

Sorotan

1

Mayat Kanak-Kanak Perempuan Hilang Ditemukan, 2 Lelaki Ditahan

2

Dituduh Rogol Remaja Bawah Umur, Pempengaruh Media Sosial Mengaku Tidak Bersalah

3

Diperdaya ‘Love Scam’ Di Telegram, Pelajar Universiti Rugi Lebih RM56,000

4

Tarik Diri Daripada Kerajaan Negeri, DAP Melaka Beralih ke Blok Pembangkang 

5

Polis Siasat Kes Lelaki Dipaksa Masuk Dalam Kereta 

6

PRN Negeri Sembilan: Jangan Jadikan Institusi Diraja Bahan Kempen Parti Politik - PM

Disyorkan untuk anda

Semasa 16 jam yang lalu

Mayat Kanak-Kanak Perempuan Hilang Ditemukan, 2 Lelaki Ditahan

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 17 jam yang lalu

Dituduh Rogol Remaja Bawah Umur, Pempengaruh Media Sosial Mengaku Tidak Bersalah

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 17 jam yang lalu

Diperdaya ‘Love Scam’ Di Telegram, Pelajar Universiti Rugi Lebih RM56,000

oleh Sophia Ahmad

Semasa 12 jam yang lalu

Campak Bayi Dari Tingkap Hotel, Gadis Rohingya Berdepan Hukuman Mati 

oleh Sophia Ahmad