web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Wai Ching Mahu Terus Pahat Nama Dalam Guiness World Records

Sukan Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 01 Mar 2023 8:12PM

Soh Wai Ching bergambar di hadapan Space Needle, Seattle, Amerika Syarikat - Gambar Instagram Soh Wai Ching

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Setelah memahat nama dalam Guinness World Records (GWR) tiga tahun lalu, pelari menara nombor satu negara Soh Wai Ching mahu terus mencipta sensasi melakukan rekod pendakian tertinggi bagi cabaran pendakian mesin tangga simulasi dalam tempoh sejam.

Menurut Wai Ching, berbeza dengan pencapaian GWR diraihnya melibatkan jarak 1.295 kilometer (km) dalam tempoh sejam pada 2020, beliau dikehendaki melakukan perkara sama membabitkan jarak 1.61km pada 7 April ini bersempena Hari Kesihatan Sedunia 2023.

"Sebab mengapa saya ingin membuat GWR ini adalah untuk menguji sejauh mana had keupayaan manusia, jadi ini azam saya untuk tahun ini.

"Untuk disahkan sebagai pemegang GWR itu, saya perlu mendaki lebih 7,000 anak tangga menggunakan mesin tangga simulasi," katanya kepada Bernama, di sini, hari ini.

Beliau berkata biarpun telah mengharumkan nama negara dengan memenangi 19 daripada 20 perlumbaan yang disertainya tahun lepas, cabaran pendakian tangga simulasi lebih menuntut kekuatan mental dan fizikal.

"Bagi saya pendakian tangga biasa memberikan peluang buat peserta untuk mengatur langkah yang lebih jauh serta ruang berehat, tapi tidak bagi pendakian tangga simulasi kerana peserta akan mendaki secara setempat tanpa berhenti," katanya.

Pemegang rekod GWR itu sebelum ini berjaya mengatasi rekod dunia semasa cabaran pendakian tangga menegak dipegang David Robles Tapia dari Sepanyol iaitu 1.227km dalam tempoh sejam pada 2019. - Bernama

Berita Berkaitan

1

Sukan 4 hari yang lalu

MPL MY: Team Vamos Mara Ke Grand Final, Tempah Tiket Ke MSC

2

Sukan 1 minggu yang lalu

'Pocket Rocketman' Azizulhasni Atlet Ketiga Terima Darjah Bakti Daripada Agong

3

Sukan 1 bulan yang lalu

Selangor Bakal Miliki Kompleks Polo Bertaraf Antarabangsa, Babit Kos Puluhan Juta

4

Sukan 1 bulan yang lalu

Malaysia Peroleh Hak Siaran Piala Dunia FIFA, Akses Tv Di India Dan China Masih Belum Pasti

Sorotan

1

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

2

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

3

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

4

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

5

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

6

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Lelaki Maut Ditikam Di Perak Tengah, Polis Buru Suspek

Semasa 13 jam yang lalu

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

Semasa 14 jam yang lalu

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Tragedi Simpang Renggam: Suspek Dibebaskan Dengan Jaminan Polis

oleh Sophia Ahmad