web statsweb stats

Berita Terkini

1 bulan yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 bulan yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 6 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 7 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 8 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

Semasa Dikemaskini 1 bulan yang lalu · Diterbitkan pada 11 Jun 2026 11:58AM

Tuanku Muhriz Tuanku Munawir - Gambar fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Tuanku Muhriz Tuanku Munawir masih Yang di-Pertuan Besar (Yamtuan Besar) Negeri Sembilan yang sah. 

Menegaskan perkara itu, bekas Ahli Parlimen Rembau, Khairy Jamaluddin berkata, ketetapan tersebut adalah berdasarkan peruntukan Perlembagaan Negeri.

Menurut beliau, Fasal 10(2) Perlembagaan Negeri Sembilan jelas memperincikan prosedur perlu dipatuhi sekiranya seorang pemerintah yang sedang memerintah diminta untuk berhenti menjalankan tugas-tugas diraja.

Khairy Jamaluddin - Gambar fail
Khairy Jamaluddin - Gambar fail

Jelasnya, seseorang pemerintah hanya boleh berhenti melaksanakan fungsi rasmi selepas satu perisytiharan rasmi dikeluarkan dan ditandatangani oleh keempat-empat Undang serta Menteri Besar.

“Berdasarkan pemahaman saya terhadap undang-undang dan adat mengawal kedudukan Yang di-Pertuan Besar, Tuanku Muhriz masih merupakan pemerintah yang sah pada hari ini walaupun satu pengisytiharan telah dibuat,” katanya.

Khairy berkata demikian dalam episod podcast Keluar Sekejap yang dikendalikan bersama Shahril Sufian Hamdan awal minggu ini.

Beliau turut melahirkan kebimbangan terhadap usaha mempolitikkan krisis tersebut dan memberi amaran, campur tangan politik boleh menjejaskan keyakinan rakyat terhadap institusi diraja.

“Adalah lebih baik parti-parti politik tidak terlibat langsung dalam perkara ini. Isu ini sudah pun memberi kesan kepada persepsi awam dan tidak wajar bagi mana-mana pihak politik campur tangan dalam perkara yang begitu kompleks, melibatkan undang-undang perlembagaan serta adat,” katanya lagi.

Kontroversi melibatkan pemerintah Negeri Sembilan semakin hangat apabila satu istiadat pelantikan Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan ke-12 diadakan di sebuah hotel di Alor Gajah, Melaka, baru-baru ini.

Bagaimanapun, upacara berkenaan diberitakan tidak sah atau diiktiraf menurut Perlembagaan Negeri, undang-undang serta adat istiadat negeri berkenaan.

Dalam satu kenyataan, pihak istana memaklumkan, gelaran yang didakwa disandang oleh Tunku Datuk Seri Nadzaruddin Tuanku Ja’afar tidak mempunyai sebarang kedudukan dari sudut perundangan.

Pertikaian yang masih berlanjutan itu meletakkan Negeri Sembilan dalam situasi yang belum pernah berlaku sebelum ini, apabila negeri berkenaan berdepan tuntutan bertindih terhadap kepimpinan institusi diraja. - Getaran, 11 Jun 2026

Berita Berkaitan

1

Politik 1 minggu yang lalu

PRN Negeri Sembilan: Tiada Perjanjian Dimuktamadkan Antara UMNO Dan Pas - Zahid 

2

Politik 1 minggu yang lalu

PRN Negeri Sembilan: Ada Perbincangan Positif Dengan BN - PAS

3

Politik 2 minggu yang lalu

BN Pertimbang Tukar Kerusi Di NS, Tok Mat Mahu Rombakan Strategi Pilihan Raya 

4

Semasa 1 bulan yang lalu

Gurauan ‘Tok Undang’: Pegawai MB Negeri Sembilan Tampil Mohon Maaf

Sorotan

1

Sultan Terengganu Dalam Keadaan Sihat, Teruskan Rawatan Susulan Di Luar Negara 

2

‘BN, PN, Sila Hentikan Retorik Perkauman; Tumpu Politik Berasaskan Isu’ - DAP

3

Kanak-Kanak Autistik Maut Terjatuh Dari Tingkat 13

4

PM Pertahan Subsidi RON 95, Kerajaan Tanggung Kenaikan Kos Bahan Api Global 

5

187 Jenis Ubat Berisiko Tinggi, Jumlah Stok Kurang 60 Hari - MOH

6

Kebakaran Pasar Borong Selangor Dipadam Sepenuhnya, Operasi Beralih Kepada Fasa Baik Pulih

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Sultan Terengganu Dalam Keadaan Sihat, Teruskan Rawatan Susulan Di Luar Negara 

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Operasi Banteras PATI Diperhebat, 109 Warga Asing Ditahan Di Ampang

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Kanak-Kanak Autistik Maut Terjatuh Dari Tingkat 13

oleh Sophia Ahmad

Politik 1 hari yang lalu

‘BN, PN, Sila Hentikan Retorik Perkauman; Tumpu Politik Berasaskan Isu’ - DAP

oleh Sophia Ahmad