web statsweb stats

Berita Terkini

1 bulan yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 bulan yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 6 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 7 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 8 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

Semasa Dikemaskini 1 bulan yang lalu · Diterbitkan pada 11 Jun 2026 12:25PM

Mohd Isa Abdul Samad - Gambar fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim memperkenankan penarikan balik kurniaan Darjah Panglima Setia Mahkota (P.S.M.) yang membawa gelaran Tan Sri ke atas mantan Pengerusi FELDA, Datuk Mohd Isa Abdul Samad.

Menurut kenyataan Jabatan Perdana Menteri (JPM) penarikan balik itu berkuat kuasa 8 Jun lalu.

Jelas kenyataan tesebut, tindakan berkenaan selaras dengan situasi semasa Mohd Isa yang disabitkan kesalahan dan sedang menjalani hukuman di Penjara Sungai Buloh.

"Penarikan balik kurniaan ini adalah selaras dengan Statut Darjah Yang Mulia Setia Mahkota Malaysia perenggan XXV dan XXVIA yang menyatakan darjah kebesaran boleh ditarik balik jika disabitkan dengan sesuatu kesalahan," katanya.

Tindakan tersebut juga jelas JPM, selaras dengan titah Yang di-Pertuan Agong berhubung penarikan balik darjah kebesaran sempena Istiadat Menghadap dan Pengurniaan Darjah Kebesaran, Bintang dan Pingat Persekutuan pada 7 September 2024 di Istana Negara.

Mohd Isa yang juga bekas Menteri Besar Negeri Sembilan pada 10 Februari lalu diperintahkan menjalani hukuman penjara enam tahun selepas Mahkamah Persekutuan mengembalikan sabitan dan hukuman atas pertuduhan rasuah berjumlah RM3.09 juga terhadapnya. 

Terdahulu pada 3 Februari 2021, Mahkamah Tinggi menjatuhkan hukuman penjara enam tahun serta denda RM15.45 juta atau dua tahun penjara sekiranya gagal membayar denda berkenaan

Mohd Isa didakwa menerima suapan berjumlah RM3.09 juta daripada Ahli Lembaga Pengarah Gegasan Abadi Properties Sdn Bhd (GAPSB) ketika itu, Ikhwan Zaidel melalui bekas pegawai khasnya Muhammad Zahid Md Arip. - Getaran, 11 Jun 2026

Berita Berkaitan

1

Semasa 2 tahun yang lalu

Jemaah Menteri Putuskan MITRA Dikembalikan Semula Ke JPM - Fahmi

2

Semasa 2 tahun yang lalu

PM Arah KSU, Ketua Jabatan Kemuka Laporan Bulanan Kemajuan Projek Kerajaan

3

Semasa 2 tahun yang lalu

FELDA Kekal Di Bawah JPM Hingga Semua Masalah Pokok Selesai - PM

4

Semasa 3 tahun yang lalu

Anwar Rai Warga JPM, Petugas Barisan Hadapan Di Majlis Iftar

Sorotan

1

Sultan Terengganu Dalam Keadaan Sihat, Teruskan Rawatan Susulan Di Luar Negara 

2

‘BN, PN, Sila Hentikan Retorik Perkauman; Tumpu Politik Berasaskan Isu’ - DAP

3

Kanak-Kanak Autistik Maut Terjatuh Dari Tingkat 13

4

PM Pertahan Subsidi RON 95, Kerajaan Tanggung Kenaikan Kos Bahan Api Global 

5

187 Jenis Ubat Berisiko Tinggi, Jumlah Stok Kurang 60 Hari - MOH

6

Kebakaran Pasar Borong Selangor Dipadam Sepenuhnya, Operasi Beralih Kepada Fasa Baik Pulih

Disyorkan untuk anda

Politik 1 hari yang lalu

‘BN, PN, Sila Hentikan Retorik Perkauman; Tumpu Politik Berasaskan Isu’ - DAP

oleh Sophia Ahmad

Semasa 21 jam yang lalu

2 Remaja Perempuan Maut: Mayat Ditemui Selepas Dicari Keluarga

oleh Sophia Ahmad

Politik 21 jam yang lalu

‘Sanusi, Jangan Campur Tangan Kempen Di Negeri Sembilan’ - Zahid Hamidi

oleh Sophia Ahmad

Pendidikan 22 jam yang lalu

Jangan Sembunyi Kes Buli, Tutup Kes Akan Nafi Keadilan Untuk Mangsa - PM

oleh Sophia Ahmad