web statsweb stats

Berita Terkini

1 bulan yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 bulan yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 6 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 7 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 8 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Anwar Rai Warga JPM, Petugas Barisan Hadapan Di Majlis Iftar

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 14 Apr 2023 7:12AM

Anwar beramah mesra dengan hadirin majlis iftar Perdana Menteri bersama JPM dan Petugas Barisan Hadapan di Puspanitapuri di sini semalam. - Gambar daripada FB Anwar Ibrahim

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

PUTRAJAYA - Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim semalam meraikan lebih 1,000 warga Jabatan Perdana Menteri (JPM) dan petugas barisan hadapan di majlis iftar Perdana Menteri bersama JPM dan Petugas Barisan Hadapan di Puspanitapuri di sini.

Majlis itu turut dihadiri Ketua Setiausaha Negara Tan Sri Mohd Zuki Ali, Panglima Angkatan Tentera Jeneral Tan Sri Affendi Buang, Ketua Polis Negara Tan Sri Acryl Sani Abdullah Sani dan Ketua Pengarah Keselamatan Negara Datuk Rodzi Md Saad.

Turut serta anggota badan beruniform daripada Angkatan Pertahanan Awam Malaysia, Angkatan Tentera Malaysia, Polis Diraja Malaysia, Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia, Pasukan Mencari dan Menyelamat Khas Malaysia serta Kementerian Kesihatan.

Majlis turut diserikan dengan kehadiran 40 pelajar tahfiz dari Sekolah Menengah Integrasi Sains Tahfiz Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (SMISTA-MAIWP), Cheras serta 40 anak yatim dari Rumah Pengasih Warga Prihatin, Kajang.

Pada majlis itu, Anwar menyampaikan bantuan infaq Ramadan dan sumbangan Aidilfitri kepada golongan asnaf, pelajar tahfiz serta anak yatim terbabit yang merupakan sumbangan daripada Pusat Pungutan Zakat dan MAIWP.

Perdana Menteri turut meluangkan masa beramah mesra dengan mereka sebelum menunaikan solat Maghrib secara berjemaah bersama tetamu jemputan yang diimamkan oleh Imam Masjid Tuanku Mizan Zainal Abidin iaitu Rashidi Salleh. - Bernama  

Berita Berkaitan

1

Pendidikan 23 jam yang lalu

Jangan Sembunyi Kes Buli, Tutup Kes Akan Nafi Keadilan Untuk Mangsa - PM

2

Semasa 1 hari yang lalu

PM Pertahan Subsidi RON 95, Kerajaan Tanggung Kenaikan Kos Bahan Api Global 

3

Semasa 3 hari yang lalu

Laporan Akhir RCI TH Akan Didedah, Orang Ramai Berhak Tahu - PM

4

Ekonomi 3 hari yang lalu

Belanjawan 2027 Mula Dirangka, PM Berdepan Cabaran Subsidi, Tekanan Fiskal & Kos Sara Hidup

Sorotan

1

Sultan Terengganu Dalam Keadaan Sihat, Teruskan Rawatan Susulan Di Luar Negara 

2

‘BN, PN, Sila Hentikan Retorik Perkauman; Tumpu Politik Berasaskan Isu’ - DAP

3

Kanak-Kanak Autistik Maut Terjatuh Dari Tingkat 13

4

PM Pertahan Subsidi RON 95, Kerajaan Tanggung Kenaikan Kos Bahan Api Global 

5

187 Jenis Ubat Berisiko Tinggi, Jumlah Stok Kurang 60 Hari - MOH

6

Kebakaran Pasar Borong Selangor Dipadam Sepenuhnya, Operasi Beralih Kepada Fasa Baik Pulih

Disyorkan untuk anda

Politik 1 hari yang lalu

‘BN, PN, Sila Hentikan Retorik Perkauman; Tumpu Politik Berasaskan Isu’ - DAP

oleh Sophia Ahmad

Semasa 21 jam yang lalu

2 Remaja Perempuan Maut: Mayat Ditemui Selepas Dicari Keluarga

oleh Sophia Ahmad

Politik 22 jam yang lalu

‘Sanusi, Jangan Campur Tangan Kempen Di Negeri Sembilan’ - Zahid Hamidi

oleh Sophia Ahmad

Politik 22 jam yang lalu

Sanusi Dakwa Kenyataan Diputar Belit, Bakal Buat Laporan Polis 

oleh Sophia Ahmad