web statsweb stats

Berita Terkini

1 bulan yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 bulan yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 6 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 7 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 8 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Lelaki Maut Ditikam Di Perak Tengah, Polis Buru Suspek

Semasa Dikemaskini 1 bulan yang lalu · Diterbitkan pada 10 Jun 2026 7:56PM

Gambar IPD Perak Tengah

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

IPOH - Seorang lelaki maut selepas dipercayai ditikam dalam satu pergaduhan di Kilometer 12, Jalan Trans Perak, di Perak Tengah awal pagi tadi.

Ketua Polis Daerah Perak Tengah Supt Hafezul Helmi Hamzah berkata pihaknya menerima maklumat berhubung kejadian itu pada 5.49 pagi.

"Siasatan awal mendapati mangsa seorang lelaki warga tempatan berusia 29 tahun, mengalami kecederaan akibat ditikam semasa pergaduhan dengan seorang lelaki berusia 30 tahun yang telah dikenal pasti.

"Mangsa kemudiannya dibawa ke sebuah klinik tempatan sebelum disahkan meninggal dunia oleh pegawai perubatan," katanya dalam kenyataan hari ini.

Beliau berkata siasatan lanjut mendapati suspek telah melarikan diri selepas kejadian itu dengan menggunakan sebuah kereta jenis Proton Wira sedan berwarna hitam.

Beliau berkata polis sedang giat mengesan suspek yang alamat terakhir adalah di Kampung Guntur Tengkek, 72200 Batu Kikir, Negeri Sembilan dan menjalankan siasatan lanjut mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh.

"Sehubungan itu, orang ramai yang mempunyai maklumat berkaitan kejadian atau keberadaan suspek diminta tampil membantu siasatan dengan menghubungi Pegawai Penyiasat ASP S Murugan di talian 012-6992784 atau Insp Muhammad Aminuddin Haiqal Mohamed Masnani di talian 019-6751267 atau mana-mana balai polis berhampiran," katanya. - BERNAMA

Berita Berkaitan

1

Semasa 4 jam yang lalu

2 Remaja Perempuan Maut: Mayat Ditemui Selepas Dicari Keluarga

2

Semasa 2 hari yang lalu

11 Ditahan Dalam Ops Rapido, Geng Vinod Tumpas 

3

Semasa 2 hari yang lalu

Kanak-Kanak Perempuan Maut Digilis Lori Dipandu Datuk 

4

Video & Galeri 3 hari yang lalu

Polis Buru 2 Suspek Samun, Tendang Wanita Warga Emas 

Sorotan

1

Sultan Terengganu Dalam Keadaan Sihat, Teruskan Rawatan Susulan Di Luar Negara 

2

‘BN, PN, Sila Hentikan Retorik Perkauman; Tumpu Politik Berasaskan Isu’ - DAP

3

Kanak-Kanak Autistik Maut Terjatuh Dari Tingkat 13

4

PM Pertahan Subsidi RON 95, Kerajaan Tanggung Kenaikan Kos Bahan Api Global 

5

187 Jenis Ubat Berisiko Tinggi, Jumlah Stok Kurang 60 Hari - MOH

6

Kebakaran Pasar Borong Selangor Dipadam Sepenuhnya, Operasi Beralih Kepada Fasa Baik Pulih

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

187 Jenis Ubat Berisiko Tinggi, Jumlah Stok Kurang 60 Hari - MOH

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

MCMC, PDRM Diarah Siasat Kandungan Hina Rasulullah SAW

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Kebakaran Pasar Borong Selangor Dipadam Sepenuhnya, Operasi Beralih Kepada Fasa Baik Pulih

oleh Amirah Abu Bakar

Politik 9 jam yang lalu

‘BN, PN, Sila Hentikan Retorik Perkauman; Tumpu Politik Berasaskan Isu’ - DAP

oleh Sophia Ahmad