web statsweb stats

Berita Terkini

1 bulan yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 bulan yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 6 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 7 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 8 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


MCMC, PDRM Diarah Siasat Kandungan Hina Rasulullah SAW

Semasa Dikemaskini 55 saat yang lalu · Diterbitkan pada 24 Jul 2026 8:33PM

Fahmi Fadzil

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) serta Polis Diraja Malaysia (PDRM) telah diarah menyiasat dakwaan membabitkan sebuah akaun media sosial palsu yang dipercayai memuat naik kandungan menghina Nabi Muhammad SAW.

Menteri Komunikasi, Datuk Seri Fahmi Fadzil berkata, beliau masih belum menerima maklumat yang mencukupi untuk mengesahkan sama ada dakwaan tersebut adalah benar.

“Saya akan mendapatkan maklumat daripada pihak PDRM dan MCMC berhubung status kes ini. Lazimnya, apabila sesuatu aduan diterima, individu yang dipercayai terbabit akan dipanggil bagi membantu siasatan untuk tujuan pengesahan.

“MCMC bertindak sebagai agensi teknikal dengan mendapatkan maklumat daripada platform media sosial berkaitan serta menjalankan analisis forensik sebelum dapat mengesahkan sama ada sesuatu peranti digunakan untuk memuat naik kandungan tersebut pada tarikh yang didakwa.

“Saya juga telah meminta MCMC mengeluarkan kenyataan berhubung isu ini,” katanya pada sidang media selepas menghadiri majlis penyerahan Sekolah Kebangsaan Bukit Pantai di Kuala Lumpur hari ini.

Beliau berkata demikian susulan tular dakwaan di platform Threads yang mendakwa sebuah akaun media sosial telah menyiarkan kandungan menghina Nabi Muhammad SAW sehingga mencetuskan kemarahan orang ramai.

Bagaimanapun, seorang pengguna Facebook yang identitinya didakwa dikaitkan dengan akaun berkenaan menafikan bahawa akaun itu adalah miliknya. 

Sebaliknya, beliau mendakwa terdapat individu lain yang menggunakan nama serta gambarnya untuk mewujudkan akaun tersebut dan memuat naik hantaran berunsur penghinaan.

Individu berkenaan kemudiannya membuat laporan polis, manakala kes itu telah dirujuk kepada MCMC untuk siasatan lanjut. - Getaran, 24 Julai 2026

Berita Berkaitan

1

Semasa 3 minggu yang lalu

Pengecualian Caj RM1 Di ATM: 84 Peratus Mesin Terlibat Seluruh Negara - Fahmi 

2

Semasa 4 minggu yang lalu

Kerajaan Bentuk Jawatankuasa Kabinet Pekerja Asing Minggu Depan

3

Politik 2 bulan yang lalu

Konvensyen PH 2026 Medan Terbaik Rangka Formula Jamin Masa Depan Malaysia - Fahmi

4

Semasa 2 bulan yang lalu

Kerajaan Bincang Dakwaan Jho Low Mohon Pengampunan Daripada Trump Minggu Depan - Fahmi

Sorotan

1

11 Lelaki Didakwa Jadi Ahli ‘Geng Vinod’, Berdepan Penjara Hingga 20 Tahun

2

Pelajar, Bapa Dipukul Di Luar Sekolah, Beberapa Individu Ditahan

3

Kebakaran Pasar Borong Selangor Dipadam Sepenuhnya, Operasi Beralih Kepada Fasa Baik Pulih

4

Laporan Akhir RCI TH Akan Didedah, Orang Ramai Berhak Tahu - PM

5

3 Wanita Didakwa Lakukan Aksi ‘Superman’ Di Jalan Pintasan Kuantan

6

Kanak-Kanak Perempuan Maut Digilis Lori Dipandu Datuk 

Disyorkan untuk anda

Semasa 2 jam yang lalu

Idris Jala Hidap Kanser Paru-Paru Tahap 3, Lepaskan Peranan Hos Podcast 

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Berbeza Parti & Ideologi; Anwar, Zahid Tetap Tonjol Semangat Perpaduan

oleh Sophia Ahmad

Politik 1 hari yang lalu

UMNO Tolak Cadangan ‘PBN’ Hamzah, Kerjasama BN-PN Bukan Pembentukan Gabungan Baharu

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Laporan Akhir RCI TH Akan Didedah, Orang Ramai Berhak Tahu - PM

oleh Sophia Ahmad