web statsweb stats

Berita Terkini

2 minggu yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 2 minggu yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 6 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 8 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Konvensyen PH 2026 Medan Terbaik Rangka Formula Jamin Masa Depan Malaysia - Fahmi

Politik Dikemaskini 1 bulan yang lalu · Diterbitkan pada 17 May 2026 12:55PM

Gambar BERNAMA

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

JOHOR BAHRU - Konvensyen Pakatan Harapan (PH) 2026 yang berlangsung hari ini merupakan platform terbaik bagi anggota parti gabungan itu merangka formula dan rekayasa baharu bagi menjamin masa depan negara yang lebih gemilang.

Pengarah Konvensyen PH 2026 Datuk Fahmi Fadzil berkata penganjuran semula himpunan itu selepas empat tahun memberi ruang kepada perwakilan untuk mengumpulkan idea serta tenaga demi kepentingan rakyat Malaysia.

Beliau yang juga Menteri Komunikasi berkata konvensyen tersebut turut menjadi medan penting untuk menilai pencapaian Kerajaan MADANI yang kini semakin membuahkan hasil positif dan tidak boleh disangkal oleh mana-mana pihak.

"Konvensyen ini adalah peluang yang terbaik untuk kita mengumpulkan tenaga, mengumpulkan idea, mempersembahkan cadangan, formula dan rekayasa yang perlu kita usahakan bagi menjamin masa depan yang lebih baik untuk Malaysia," katanya.

Beliau berkata demikian ketıka menyampaikan ucapan alu-aluan pada Konvensyen PH 2026 di Pusat Konvensyen Antarabangsa Persada Johor, di sini, hari ini.

Fahmi turut menekankan tumpuan konvensyen kali ini merangkumi persediaan menghadapi Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka dan Johor yang bakal berlangsung dalam masa terdekat.

"Kita sama-sama akan mendengar mesej, inti pati, semangat yang ingin Pengerusi PH (Datuk Seri Anwar Ibrahim) berikan dan titipkan kepada kita.

"Bukan sahaja untuk pilihan raya umum, (tetapi juga) pilihan raya negeri yang mungkin bakal berlangsung tidak lama lagi, sama ada kita berhasrat untuk bertanding berapa banyak kerusi, semua atau sebahagian," katanya.

Selain itu, beliau menyeru semua perwakilan untuk memperkukuh iltizam dalam mendirikan sebuah negara yang adil selain membawa pulang semangat baharu ke peringkat akar umbi selepas tamat konvensyen.

Bertemakan "Tekad MADANI, Harapan Rakyat", Konvensyen PH 2026 menghimpunkan kira-kira 5,000 perwakilan dan pimpinan seluruh negara.

Perdana Menteri yang juga Pengerusi Pakatan Harapan Datuk Seri Anwar Ibrahim dijadual menyampaikan amanat utama dan merasmikan kemuncak konvensyen itu pada sebelah petang.

Antara pemimpin yang akan turut memberi ucapan ialah Setiausaha Agung DAP Anthony Loke dan Presiden Amanah Datuk Seri Mohamad Sabu serta Ketua Setiausaha Agung PH Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail. - BERNAMA

Berita Berkaitan

1

Semasa 10 jam yang lalu

Pengecualian Caj RM1 Di ATM: 84 Peratus Mesin Terlibat Seluruh Negara - Fahmi 

2

Politik 1 hari yang lalu

PRN Johor: Perpecahan Dalaman PN Mampu Beri Kelebihan Kepada BN - Penganalisis 

3

Politik 3 hari yang lalu

‘Rundingan Senyap UMNO-PAS Punca BN ‘Over Confident’ - Puad Zarkashi

4

Politik 3 hari yang lalu

PRN Johor: Sokongan Senyap BN-PAS Mungkin Petanda Strategi Baharu Undi Melayu 

Sorotan

1

 ‘Double Standard’ Norway Dikecam, Batal Penghantaran Peluru Berpandu Selepas Malaysia Bayar 95 Peratus Kontrak

2

Gara-Gara Memotong Barisan, 2 Lelaki Akhirnya Bertumbuk

3

Pengecualian Caj RM1 Di ATM: 84 Peratus Mesin Terlibat Seluruh Negara - Fahmi 

4

Wajib Isytihar Aset, Perkukuh Agenda Integriti - Abd Halim

5

PRN Johor: Perpecahan Dalaman PN Mampu Beri Kelebihan Kepada BN - Penganalisis 

6

Malaysia Yang Mana Mahu Kita Wariskan Untuk Anak Cucu?

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Kanak-Kanak Autistik Ditemukan Maut Dalam Longkang, Meninggal Dunia Akibat Lemas

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 1 hari yang lalu

PM Terima Penghargaan Sultan Selangor, ‘LRT3 Shah Alam Bukan Projek Untuk Bermegah’ 

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Kastam Tumpas 5 Sindiket Dadah Antarabangsa, Rampas Narkotik RM300.72 Juta

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 1 hari yang lalu

Mahu Berjaga Untuk Perjalanan Jauh, Ramai Pemandu Lori Mengaku Ambil Dadah - Polis

oleh Sophia Ahmad