web statsweb stats

Berita Terkini

2 minggu yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 2 minggu yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 6 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Kerajaan Bincang Dakwaan Jho Low Mohon Pengampunan Daripada Trump Minggu Depan - Fahmi

Semasa Dikemaskini 1 bulan yang lalu · Diterbitkan pada 13 May 2026 7:54PM

Gambar BERNAMA

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Kabinet dijangka membincangkan laporan berkaitan dakwaan permohonan ahli perniagaan dalam buruan Low Taek Jho, atau lebih dikenali sebagai Jho Low, untuk mendapatkan pengampunan daripada pihak berkuasa Amerika Syarikat (AS) pada mesyuarat minggu depan.

Menteri Komunikasi Datuk Fahmi Fadzil berkata isu berkenaan hanya dibangkitkan ketika mesyuarat Kabinet berlangsung hari ini dan justeru itu, ia tidak dibincangkan secara rasmi.

“... tetapi sudah pasti akan dibawa ke perhatian Jemaah Menteri pada minggu hadapan," katanya dalam sidang media mingguan di Angkasapuri di sini.

Fahmi, yang juga jurucakap Kerajaan MADANI, berkata demikian ketika menjawab soalan berhubung laporan mendakwa Jho Low telah memohon pengampunan daripada Presiden Donald Trump, dan sama ada kerajaan bercadang mengemukakan bantahan rasmi terhadap langkah tersebut kepada pihak berkuasa AS.

Ditanya sama ada Kerajaan Malaysia telah menerima sebarang makluman rasmi daripada pihak berkuasa AS berhubung permohonan itu, beliau berkata perkara tersebut tidak dibincangkan pada mesyuarat Kabinet hari ini.

"Saya ingin meminta pihak media supaya merujuk perkara ini kepada Menteri Dalam Negeri atau Menteri Luar," katanya.

Media antarabangsa melaporkan bahawa Jho Low, yang dituduh oleh AS sebagai dalang antara penipuan kewangan terbesar dalam sejarah, didakwa telah memfailkan permohonan bagi mendapatkan pengampunan daripada Trump beberapa minggu lepas.

Menurut laporan itu, sekiranya permohonan tersebut diluluskan, ia akan menggugurkan pertuduhan jenayah AS terhadap Jho Low.

Laporan itu turut menyebut laman sesawang Jabatan Kehakiman AS menyenaraikan status permohonan yang dibuat atas nama Taek Jho Low dan difailkan tahun ini sebagai pending (belum selesai) bagi Pardon after Completion of Sentence (pengampunan selepas selesai menjalani hukuman).

Ahli perniagaan itu sebelum ini berdepan pertuduhan menyeleweng kira-kira AS$4.5 bilion (RM17.7 bilion) dana 1Malaysia Development Berhad (IMDB) pada 2018 namun sehingga kini, beliau masih bebas dan menjadi buruan pihak berkuasa. - BERNAMA

Berita Berkaitan

1

Semasa 3 hari yang lalu

Kerajaan Bentuk Jawatankuasa Kabinet Pekerja Asing Minggu Depan

2

Politik 1 bulan yang lalu

Konvensyen PH 2026 Medan Terbaik Rangka Formula Jamin Masa Depan Malaysia - Fahmi

3

Sukan 1 bulan yang lalu

Penantian Berakhir, Siaran Penuh Piala Dunia Menanti Di Saluran RTM Dan Unifi TV 

4

Semasa 1 bulan yang lalu

Gagal Kekang Akaun Palsu: Kerajaan Teliti Tindakan Terhadap Meta - Fahmi

Sorotan

1

PRN Johor: Sokongan Senyap BN-PAS Mungkin Petanda Strategi Baharu Undi Melayu 

2

Mayat Wanita Dalam Bagasi: Polis Siasat Sebagai Kes Bunuh

3

Rayuan Akhir Pendakwaan: Peguam Yakin Keputusan Memihak Kepada Syed Saddiq 

4

Polis Buru Pemandu Perodua Kembara Punca Kemalangan di Lebuhraya Persekutuan

5

PRN Johor: Zahid, Hishammuddin Iringi Onn Hafiz Serah Borang Pencalonan

6

2 Rentung, BMW Terbabas Rempuh Pembahagi Jalan

Disyorkan untuk anda

Semasa 9 jam yang lalu

Mayat Wanita Dalam Bagasi: Polis Siasat Sebagai Kes Bunuh

oleh Sophia Ahmad

Politik 1 hari yang lalu

Puad Zarkashi Tempelak Akmal Saleh, Dakwa Salah Faham Konsep ‘Parti Keluarga’ 

oleh Sophia Ahmad

Luar Negara 1 hari yang lalu

68,900 Masih Hilang, Krisis Venezuela Semakin Parah

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 9 jam yang lalu

Rayuan Akhir Pendakwaan: Peguam Yakin Keputusan Memihak Kepada Syed Saddiq 

oleh Wartawan Getaran