web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 minggu yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Gagal Kekang Akaun Palsu: Kerajaan Teliti Tindakan Terhadap Meta - Fahmi

Semasa Dikemaskini 1 bulan yang lalu · Diterbitkan pada 09 May 2026 8:59PM

Gambar BERNAMA

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

MELAKA - Kerajaan, menerusi Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC), akan meneliti langkah yang akan diambil termasuk dari segi perundangan terhadap syarikat gergasi media sosial milik Meta sekiranya mereka terus gagal mengekang kewujudan akaun palsu, terutamanya melibatkan institusi Raja-Raja Melayu.

Menteri Komunikasi Datuk Fahmi Fadzil berkata terdapat beberapa langkah yang akan diteliti dan berharap pihak Meta menyahut seruan untuk bekerjasama dengan MCMC bagi memastikan platform itu lebih selamat untuk pengguna di negara ini.

"Kita telah panggil pihak Meta kerana banyak daripada akaun palsu ini berlaku dalam platform Facebook... tetapi dalam platform lain seperti TikTok, Instagram pun wujud. Namun paling banyak, majoritinya di platform Facebook.

"Saya telah memberikan teguran kepada pihak Meta, tetapi mereka seolah-olah tidak menghormati institusi Raja-Raja Melayu dan saya sejujurnya sangat kesal dengan kegagalan pihak Meta, khususnya pasukan yang mengurus Facebook untuk memahami bahawa institusi Raja-Raja di Malaysia ialah satu institusi yang sangat penting.

"la ada dalam perlembagaan dan wajib dihormati termasuk oleh platform antarabangsa seperti Facebook. Untuk mengambil tindakan perundangan itu, saya anggap sebagai pilihan terakhir, tetapi kita sudah hampir ke pilihan akhir," katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas hadir ke Majlis Sumbangan Prasarana Sekolah dan Anugerah Pelajar Cemerlang Hang Tuah Jaya di Ayer Keroh di sini, hari ini.

Majlis itu dirasmikan oleh Timbalan Menteri Pendidikan Tinggi merangkap Ahli Parlimen Hang Tuah Jaya Adam Adli Abd Halim dan turut dihadiri Timbalan Ketua Setiausaha (Komunikasi Strategik dan Industri Kreatif) Kementerian Komunikasi Nik Kamaruzaman Nik Husin serta ketua-ketua jabatan Persekutuan dan negeri.

Mengulas lanjut, Fahmi berkata kerajaan sedang meneliti beberapa langkah termasuk tindakan perundangan menerusi Akta Keselamatan Dalam Talian ONSA yang dijangka diwartakan dalam masa terdekat sekiranya platform terbabit terus gagal mengekang kewujudan akaun palsu dan kandungan scam atau penipuan yang menggunakan nama Raja-Raja Melayu.

"Di bawah akta ini, peruntukan termasuk denda hingga RMI juta dan denda harian RM100,000, selain penalti yang boleh mencecah RM10 juta. Jadi, kita mahu platform seperti Facebook memberikan kerjasama yang lebih baik untuk memastikan ia selamat digunakan rakyat Malaysia," katanya.

Fahmi berkata berdasarkan pemantauan MCMC serta aduan awam, bagi tempoh Januari hingga Mei tahun ini sahaja lebih 15,000 akaun palsu dikesan menggunakan nama 26 kerabat diraja dan jumlah itu disifatkan sangat besar.

Dalam pada itu, beliau berkata jumlah keseluruhan kandungan yang telah diminta diturunkan daripada pelbagai platform media sosial pula melebihi 230,000 dengan lebih 90 peratus daripadanya melibatkan judi dalam talian dan scam. - BERNAMA

Berita Berkaitan

1

Politik 1 bulan yang lalu

Konvensyen PH 2026 Medan Terbaik Rangka Formula Jamin Masa Depan Malaysia - Fahmi

2

Semasa 1 bulan yang lalu

Kerajaan Bincang Dakwaan Jho Low Mohon Pengampunan Daripada Trump Minggu Depan - Fahmi

3

Sukan 1 bulan yang lalu

Penantian Berakhir, Siaran Penuh Piala Dunia Menanti Di Saluran RTM Dan Unifi TV 

4

Politik 1 bulan yang lalu

PH Kekal Sokong Aminuddin, Tolak Pengkhianatan UMNO-BN - Fahmi

Sorotan

1

Venezuela Isytihar Darurat Selepas 2 Gempa Bumi Kuat Landa Negara

2

5 Remaja Ditahan Bantu Siasat Kes Gangguan Seksual Terhadap Kanak-Kanak

3

Onn Hafiz Nafi Dakwaan Puad, Umno Johor Buat Laporan Polis

4

Mohd Puad Zarkashi Umum Keluar UMNO Serta-Merta, Dakwa UMNO Johor Hilang Autonomi

5

Pengawal Keselamatan Dipenjara 8 Bulan, Denda RM50,000 Hina Agong 

6

Pertikaian Peribadi, Hubungan Cinta Jadi Punca Pembunuhan Pelajar IPTS

Disyorkan untuk anda

Luar Negara 20 jam yang lalu

Venezuela Isytihar Darurat Selepas 2 Gempa Bumi Kuat Landa Negara

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 15 jam yang lalu

Rogol Anak Kandung Hingga Hamil, Bapa Syaitan Dipenjara 39 Tahun, 10 Sebatan

oleh Sophia Ahmad

Politik 1 hari yang lalu

PRN Johor: BN Buat Kejutan, Dr Adham Baba Kembali Bertanding

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Remaja Punca Nahas Ragut 3 Nyawa Dihantar Ke Sekolah Henry Gurney

oleh Amirah Abu Bakar