web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 minggu yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Masa Depan Negara Bergantung Kepada Rakyat, Bukan ‘Politikus Sandiwara’ - Vinod Sekhar 

Politik Dikemaskini 13 saat yang lalu · Diterbitkan pada 22 Jun 2026 2:28PM

Gambar janaan AI

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Masa depan negara yang terletak di tangan rakyat, berisiko untuk terjejas sekiranya masyarakat terus terpedaya dengan agenda ‘politikus sandiwara’ dan dalang di sebalik mereka.

Pengerusi Petra Group dan Institut Sekhar, Datuk Vinod Sekhar menegaskan, individu sebegini hanya akan terus memainkan ‘aksi sarkas’ bagi meraih sokongan ramai demi mengekalkan kedudukan masing-masing.

Menurutnya, majoriti rakyat yang bersifat moderat dan patriotik seharusnya tidak terpengaruh dengan retorik atau sentimen yang dimainkan pihak tersebut, tanpa mengira latar belakang mahupun cara mereka menyampaikan mesej.

“Mereka ini hanya mementingkan kuasa dan kekayaan peribadi. Mereka sanggup menggunakan sentimen kaum atau budaya apabila perlu, namun akan bercakap tentang perpaduan apabila ia memberi kelebihan kepada mereka. 

“Mereka sering menjanjikan apa yang rakyat ingin dengar, namun gagal memberikan hasil apabila diberi peluang,” katanya dalam satu hantaran di laman Facebook, hari ini.

Vinod turut melahirkan kebimbangan mengenai taktik sesetengah pihak yang mengekalkan jurang pendidikan dan taraf hidup rakyat bagi memastikan kuasa mereka terus terpelihara.

Tambahnya, sudah tiba masa untuk rakyat menyedari kedudukan sebenar bahawa mereka adalah ‘tuan’ kepada negara, manakala ahli politik hanyalah ‘pekerja’ yang diamanahkan untuk berkhidmat.

“Jika mereka gagal melaksanakan tanggungjawab atau berubah seperti yang dituntut, mereka boleh digantikan dengan pihak lain yang lebih berkualiti,” tegas beliau.

Bagaimanapun, Vinod mengakui, masih terdapat ramai negarawan yang berwibawa dalam landskap politik negara. 

Namun, beliau menyifatkan, masyarakat sering kali tersilap menilai dengan lebih mengutamakan pihak yang pandai bermain kata-kata, berbanding peneraju sebenar pembangunan negara.

Tegasnya, rakyat perlu lebih realistik dan berani menerima hakikat pahit demi kelangsungan masa depan negara.

“Kita perlu mendengar, memahami, dan bertindak. Kita harus berani mengambil ‘ubat’ yang pahit demi mengubati penyakit yang boleh merosakkan negara jika dibiarkan tanpa rawatan. 

“Kini adalah masanya untuk rakyat menunjukkan kekuatan dan suara sebenar mereka,” katanya. – Getaran  22 Jun 2026

Berita Berkaitan

1

Politik 1 jam yang lalu

Hamzah Kembali Dilantik Ketua Pembangkang

2

Politik 1 hari yang lalu

Parti Wawasan Negara Barisan Kepimpinan Penuh, Gabung Tokoh Politik, Profesional

3

Politik 1 hari yang lalu

PH Belum Putuskan Nama Menteri Besar Johor, Fokus Menang Pilihan Raya

4

Politik 3 hari yang lalu

PRN Johor: Rekod Pentadbiran BN Jadi Sandaran Utama - Onn Hafiz

Sorotan

1

Parti Wawasan Negara Barisan Kepimpinan Penuh, Gabung Tokoh Politik, Profesional

2

Agong, Permaisuri Zahir Ucapan Hari Bapa

3

Polis Siasat Dakwaan Penculikan Selepas Wanita Ditemui Selamat Di Johor Bahru

4

Gempa Bumi 3.3 Landa Batu Pahat

5

2 Kemalangan Dalam Tempoh Sejam Ragut 4  Nyawa di Pahang, Bakal Pengantin Antara Yang Maut

6

Krisis Pemakanan Ancam Masa Depan Modal Insan Negara

Disyorkan untuk anda

Semasa 18 jam yang lalu

Subsidi Diesel Diseragam Guna MyKad, Harga Turun RM2.10 Seliter Mulai Julai - MOF 

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 jam yang lalu

Dakwaan Kebocoran Dana RM53 Juta: SPRM Siasat Pemindahan DAK Ke Jepun 

oleh Sophia Ahmad

Semasa 18 jam yang lalu

Diabetes, Obesiti, Kurang Aktiviti Fizikal Punca Utama Krisis Penyakit Tidak Berjangkit Di Malaysia

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Polis Siasat Dakwaan Penculikan Selepas Wanita Ditemui Selamat Di Johor Bahru

oleh Sophia Ahmad