web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 minggu yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Amang Seksual Fizikal Bekas Murid, Guru Hadap 2 Pertuduhan

Semasa Dikemaskini 19 saat yang lalu · Diterbitkan pada 24 Jun 2026 4:51PM

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Seorang guru lelaki dihadapkan ke Mahkamah Sesyen Kuala Terengganu hari ini atas dua pertuduhan melakukan amang seksual fizikal terhadap bekas murid lelakinya yang berusia 13 tahun awal bulan ini.

Tertuduh, Muhammad Izzudin Mohmad Asari, 31, mengaku tidak bersalah selepas kedua-dua pertuduhan dibacakan di hadapan Hakim Mohd. Zul Zakiqudin Zulkifli.

Mengikut pertuduhan, tertuduh didakwa melakukan amang seksual fizikal terhadap mangsa yang berusia 13 tahun satu bulan di sebuah hotel di Jalan Sultan Zainal Abidin di sini kira-kira pukul 8 pagi pada 4 Jun lalu.

Pendakwaan dibuat mengikut Seksyen 14(a) dan Seksyen 14(d) Akta Kesalahan-Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-Kanak 2017 yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga 20 tahun serta sebatan jika sabit kesalahan.

Kes tersebut susulan laporan media pada 15 Jun lalu mengenai penahanan seorang guru lelaki, bagi membantu siasatan berhubung dakwaan amang seksual melibatkan seorang pelajar Tingkatan Satu di sebuah sekolah menengah di Kuala Terengganu.

Ketua Polis Daerah Kuala Terengganu, Asisten Komisioner Azli Mohd. Noor sebelum ini dilaporkan berkata, siasatan awal mendapati tertuduh pernah menjadi guru kepada mangsa ketika kanak-kanak itu masih berada di sekolah rendah.

Mahkamah menetapkan tarikh lain bagi sebutan semula kes sementara menunggu proses perundangan selanjutnya. - Getaran, 24 Jun 2026

Berita Berkaitan

1

Semasa 36 minit yang lalu

Pengawal Keselamatan Dipenjara 8 Bulan, Denda RM50,000 Hina Agong 

2

Semasa 21 jam yang lalu

Perdagang Remaja Untuk Eksploitasi Seksual: Wanita Indonesia Dipenjara 6 Tahun 

3

Semasa 1 hari yang lalu

Prosiding Kes Bapa Rogol Anak Ditangguh, Tunggu Laporan Perubatan

4

Semasa 1 hari yang lalu

4 Individu Didakwa Cederakan Pembantu Rumah Warga Indonesia

Sorotan

1

Prosiding Kes Bapa Rogol Anak Ditangguh, Tunggu Laporan Perubatan

2

Nahas 6 Kenderaan Cetus Kebakaran, Jumlah Mangsa Belum Diketahui

3

Program Mobiliti Antarabangsa Accountants UMK Beri Pendedahan Menyeluruh, Kenali Realiti Dunia Akauntan

4

PRN Johor: Mantan Menteri, Exco, Ahli Parlimen Antara 56 Calon PH

5

Beralih Kepada EV: Langkah Kecil Individu, Impak Besar Ekosistem Tenaga Negara

6

DUN Melaka Berkemungkinan Dibubar Dalam Tempoh 3 Bulan

Disyorkan untuk anda

Semasa 20 jam yang lalu

PDRM Buka Siasatan Tatatertib Terhadap Anggota Didakwa Hina Penduduk Tempatan di China

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 1 jam yang lalu

Pertikaian Peribadi, Hubungan Cinta Jadi Punca Pembunuhan Pelajar IPTS

oleh Sophia Ahmad

Politik 1 hari yang lalu

DUN Melaka Berkemungkinan Dibubar Dalam Tempoh 3 Bulan

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 1 hari yang lalu

Prosiding Kes Bapa Rogol Anak Ditangguh, Tunggu Laporan Perubatan

oleh Amirah Abu Bakar