web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 minggu yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Beralih Kepada EV: Langkah Kecil Individu, Impak Besar Ekosistem Tenaga Negara

EV bukan lagi sekadar teknologi masa depan. Ia semakin menjadi pilihan praktikal untuk pengguna biasa yang mahukan kos operasi lebih rendah dan kurang bergantung kepada turun naik harga bahan api

Rencana Dikemaskini 13 minit yang lalu · Diterbitkan pada 23 Jun 2026 8:36AM

Pemilik EV mempunyai satu kelebihan yang semakin ketara iaitu sumber tenaga mereka lebih stabil dan boleh dirancang - Gambar hiasan

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Bayangkan ketika anda sedang menikmati kopi pagi pada hujung minggu, dengan jari perlahan-lahan mengimbas berita semasa di telefon pintar. 

Tiba-tiba terpampang laporan mengenai konflik di Asia Barat, ketegangan geopolitik yang semakin meruncing dan kebimbangan terhadap bekalan minyak dunia.

Bagi kebanyakan kita, mungkin ia sesuatu yang berlaku jauh dari Malaysia. Namun hakikatnya, ia  mempunyai kaitan lebih dekat dengan kehidupan kita daripada yang disangka.

Apabila dunia bergolak, harga minyak biasanya antara perkara pertama terjejas. Kos pengangkutan meningkat, rantaian bekalan menjadi lebih mahal dan akhirnya pengguna juga yang merasai kesannya.   

Walaupun Malaysia masih menyediakan subsidi untuk membantu rakyat, realitinya kita tidak boleh selama-lamanya bergantung kepada sistem tenaga yang sangat dipengaruhi oleh faktor luar kawalan negara.

Sebab itulah perbincangan mengenai peralihan tenaga semakin mendapat perhatian. 

Bercakap mengenai peralihan tenaga, ramai membayangkan ladang solar yang luas terbentang atau loji tenaga moden yang canggih. Semua itu memang penting, namun ada satu aspek lebih dekat dengan kehidupan harian kita, iaitu bagaimana kita bergerak dari satu tempat ke satu tempat.

Dalam kata lain, bagaimana kita memandu. Di sinilah mobiliti hijau memainkan peranan semakin besar.

Jika beberapa tahun lalu kenderaan elektrik (EV) dianggap sebagai simbol gaya hidup mewah. Hari ini persepsinya semakin berubah. 

EV bukan lagi sekadar teknologi masa depan. Ia semakin menjadi pilihan praktikal untuk pengguna biasa yang mahukan kos operasi lebih rendah dan kurang bergantung kepada turun naik harga bahan api.

Hakikatnya mudah. Setiap kali berlaku ketidaktentuan dalam pasaran minyak dunia, pengguna kenderaan konvensional pasti tertanya-tanya apa bakal berlaku kepada harga petrol dan diesel.   

Sebaliknya, pemilik EV mempunyai satu kelebihan yang semakin ketara iaitu sumber tenaga mereka lebih stabil dan boleh dirancang.

Namun beralih kepada EV bukan sekadar soal menjimatkan wang. Ia sebenarnya sebahagian agenda yang lebih besar untuk negara.

Malaysia melalui Pelan Hala Tuju Peralihan Tenaga Negara atau NETR menetapkan sasaran jelas bagi mengurangkan kebergantungan kepada bahan api fosil dan mempercepatkan penggunaan tenaga yang lebih bersih.

Di bawah agenda mobiliti hijau, negara menyasarkan peningkatan ketara penggunaan EV termasuk kereta dan motosikal elektrik. Pada masa sama, kerajaan mahu memperkukuh industri pembuatan EV tempatan, meningkatkan penggunaan pengangkutan awam dan menggalakkan penggunaan teknologi yang lebih cekap tenaga.

Apabila disebut dasar kerajaan, ada yang mungkin beranggapan perkara itu jauh daripada kehidupan rakyat biasa. Sebenarnya tidak.

Setiap dasar digubal akhirnya bergantung kepada keputusan dibuat individu. Tidak kira sehebat mana perancangan kerajaan, sasaran tidak akan tercapai jika masyarakat tidak bersedia untuk berubah.

Sebab itu peranan rakyat dalam menjayakan NETR tidak boleh dipandang kecil.

Mungkin tidak semua orang mampu membeli EV hari ini. Itu hakikat perlu diakui. Namun mobiliti hijau bukan semata-mata soal memiliki kereta elektrik baharu. Ia juga melibatkan perubahan cara berfikir.

Memilih pengangkutan awam apabila sesuai, berkongsi kenderaan, mengurangkan perjalanan yang tidak perlu, menggunakan motosikal elektrik atau memilih kenderaan lebih cekap bahan api juga sebahagian daripada usaha sama.

Peralihan tenaga bukan perlumbaan siapa paling cepat membeli teknologi baharu. Ia sebaliknya proses membina budaya penggunaan tenaga yang lebih bijak dan bertanggungjawab.

Dalam masa sama, ramai terlupa bahawa EV sebenarnya satu bahagian daripada gambaran yang lebih besar.

NETR menetapkan sasaran untuk meningkatkan kapasiti tenaga boleh baharu negara secara berperingkat sehingga mencapai 70 peratus menjelang 2050. Ini bermakna tenaga elektrik yang digunakan untuk mengecas EV pada masa hadapan akan datang daripada sumber yang semakin bersih seperti solar, hidro dan sumber boleh baharu lain.

Pendek kata, kita bukan sekadar menukar kereta. Kita sedang mengubah keseluruhan ekosistem tenaga negara.

Sudah tentu perjalanan ini bukan mudah. Infrastruktur pengecasan perlu terus dipertingkatkan. Teknologi perlu menjadi lebih mampu milik. Kesedaran masyarakat juga perlu terus dipupuk.

Namun semua perubahan besar dalam sejarah sentiasa bermula dengan langkah kecil yang dilakukan secara konsisten.

Dahulu ramai skeptikal terhadap penggunaan telefon pintar. Hari ini hampir mustahil untuk membayangkan kehidupan tanpa peranti berkenaan. Perubahan dalam sektor mobiliti mungkin akan melalui proses sama.

Apa yang penting ialah kesediaan kita untuk melihat ke hadapan.

Ketika dunia berdepan ketidaktentuan geopolitik, perubahan iklim dan cabaran keselamatan tenaga yang semakin kompleks, Malaysia tidak mempunyai banyak pilihan selain mempercepatkan proses peralihan tenaga.

Kerajaan khususnya melalui Kementerian Peralihan Tenaga Dan Transformasi Air (PETRA) diterajui Menterinya, Datuk Seri Fadillah Yusof, boleh menyediakan dasar, insentif dan pelbagai kemudahan.   

Industri juga boleh membangunkan teknologi dan pelaburan, namun kejayaan sebenar tetap bergantung kepada satu faktor paling penting iaitu kesediaan rakyat untuk bersama-sama bergerak ke arah perubahan.

Mungkin suatu hari nanti, generasi akan datang melihat stesen minyak seperti mana kita melihat pondok telefon awam hari ini. Masih ada nilainya dalam sejarah, tetapi bukan lagi pilihan utama.

Dan apabila hari itu tiba, kita boleh berkata bahawa peralihan tenaga negara bukan hanya digerakkan oleh dasar dan pelan tindakan, tetapi juga oleh jutaan keputusan kecil yang dibuat oleh rakyat biasa setiap hari.

Sudah tentu ini juga termasuklah keputusan tentang bagaimana kita memilih untuk bergerak dari satu destinasi ke destinasi yang lain. - Getaran, 23 Jun 2026

Berita Berkaitan

1

Rencana 2 hari yang lalu

Krisis Pemakanan Ancam Masa Depan Modal Insan Negara

2

Rencana 4 hari yang lalu

Memacu Masa Depan Lestari: Transformasi Tenaga Dan Aspirasi Sifar Bersih Malayssia

3

Rencana 1 minggu yang lalu

Tragedi Zaid Ibrahim; Ahli Politik Yang Berhutang Penjelasan

4

Rencana 2 minggu yang lalu

Monarki Dan Kekacauan Di Negeri Sembilan

Sorotan

1

DUN Melaka Berkemungkinan Dibubar Dalam Tempoh 3 Bulan

2

Masa Depan Negara Bergantung Kepada Rakyat, Bukan ‘Politikus Sandiwara’ - Vinod Sekhar 

3

Dakwaan Kebocoran Dana RM53 Juta: SPRM Siasat Pemindahan DAK Ke Jepun 

4

Hamzah Kembali Dilantik Ketua Pembangkang

5

‘Ahli Parlimen, Jangan Ponteng Sidang Dewan Rakyat’ - Speaker

6

Parti Wawasan Negara Barisan Kepimpinan Penuh, Gabung Tokoh Politik, Profesional