web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 minggu yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Program Mobiliti Antarabangsa Accountants UMK Beri Pendedahan Menyeluruh, Kenali Realiti Dunia Akauntan

Pendidikan Dikemaskini 9 minit yang lalu · Diterbitkan pada 23 Jun 2026 10:58AM

Gambar UMK

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Program Mobiliti Antarabangsa Accountants Beyond Borders 2026 disifatkan berhasil mencapai matlamat, apabila kesemua peserta menerima pendedahan menyeluruh yang holistik dan agresif.

Pengarah Program, Muhammad Aniq Iskandar Heirman berkata, program melibatkan pelajar Ijazah Sarjana Muda Perakaunan, Universiti Malaysia Kelantan (UMK) itu melibatkan pengisian dari aspek akademik, profesional, institut kerajaan, industri, komuniti, budaya, tanggungjawab sosial dan kesukanan.

Berlangsung selama enam hari dari 8 hingga 13 Jun di Pekanbaru dan Dumai, Indonesia itu, ia melibatkan 21 pelajar Sarjana Muda Perakaunan UMK.

Muhammad Aniq berkata, program berkenaan bukan sahaja memberi peluang kepada pelajar untuk menjadi peserta, malah turut berperanan sebagai penganjur, penyelaras dan wakil universiti sepanjang program berlangsung. 

“Pengalaman seperti ini membantu membangunkan kemahiran kepimpinan, komunikasi, pengurusan program, hubungan antarabangsa dan kerja berpasukan dalam kalangan mahasiswa,” katanya.

Gambar UMK
Gambar UMK

Beliau berkata, penganjuran program tersebut merupakan sebahagian daripada usaha menyokong aspirasi Naib Canselor Universiti Malaysia Kelantan (UMK), Datuk Profesor Ir. Ts. Dr. Arham Abdullah dalam memperkukuh agenda pengantarabangsaan universiti serta melahirkan graduan yang berdaya saing, berfikiran global dan mempunyai pendedahan kepada persekitaran antarabangsa.

“Program ini memberi peluang kepada para pelajar untuk melihat sendiri bagaimana teori yang dipelajari di dalam bilik kuliah diaplikasikan dalam pelbagai sektor termasuk pendidikan, profesion perakaunan, industri, keusahawanan, sektor awam, komuniti dan pembangunan masyarakat.

“Melalui pengalaman secara langsung di lapangan, peserta dapat memahami realiti dunia pekerjaan, membina keyakinan diri serta mengembangkan perspektif antarabangsa yang amat penting dalam persekitaran global masa kini,” katanya.

Muhammad Aniq memberitahu, delegasi turut mengadakan kunjungan ke Konsulat Malaysia di Pekanbaru diketuai Konsul Malaysia, Mohammed Hosnie Shahiran Ismail. 

Sesi tersebut katanya, memberi peluang untuk pelajar memahami peranan Konsulat Malaysia dalam menjaga kebajikan dan kepentingan rakyat Malaysia di Indonesia, termasuk membantu urusan rakyat Malaysia di luar negara serta menyokong pelbagai inisiatif pendidikan dan mobiliti pelajar. 

“Sokongan diberikan oleh Konsulat Malaysia turut mencerminkan komitmen berterusan negara untuk memperkukuh pembangunan mahasiswa serta menggalakkan penglibatan pelajar dalam program pengantarabangsaan dan jaringan serantau,” katanya.

Dalam perkembangan berkaitan, beliau berkata, program tersebut membuktikan keberkesanan pendekatan pembangunan mahasiswa berasaskan kerjasama antara universiti, industri dan komuniti.

“Pembangunan pelajar pada hari ini tidak boleh digerakkan oleh universiti semata-mata. Ia memerlukan penglibatan aktif industri sebagai rakan strategik yang menyediakan pendedahan profesional dan industri, serta sokongan komuniti yang membolehkan pelajar memahami keperluan masyarakat dan melaksanakan pemindahan ilmu secara langsung.

“Melalui sinergi antara universiti, industri dan komuniti, pelajar bukan sahaja memperoleh ilmu akademik tetapi turut membangunkan kemahiran profesional, kepimpinan, komunikasi, kerja berpasukan dan jaringan antarabangsa yang diperlukan dalam dunia pekerjaan,” katanya.

Program Mobiliti Antarabangsa Accountants Beyond Borders 2026 disokong pelbagai organisasi termasuk ACCA Malaysia, Chartered Tax Institute of Malaysia (CTIM), Sunway TES, Luminous System, WA Trillion Tax Service, Foong & Associates, CLW Associates, Khairuddin Hasyudeen & Razi (KHR) Kota Bahru serta BDARLIFE.

“Dari sudut komuniti pula, program ini mendapat sokongan daripada Pulau Banding Foundation dan Masjid Al-Hidayah yang turut memainkan peranan penting dalam menjayakan pelbagai inisiatif pembangunan pelajar,” katanya.

Sepanjang program berlangsung, peserta berpeluang melawat Universitas Muhammadiyah Riau (UMRI), Universitas Riau (UNRI), Universitas Dumai (UNIDUM) dan Universitas Awal Bros. 

Mereka turut menghadiri sesi profesional bersama Ikatan Akuntan Indonesia (IAI) Wilayah Riau bagi memahami struktur profesion perakaunan di Indonesia, peranan badan profesional serta laluan pembangunan kerjaya bagi bakal akauntan. - Getaran, 23 Jun 2026

Berita Berkaitan

1

Pendidikan 5 hari yang lalu

Malaysia Sedia Bantu Pelajar Palestin, Bina Semula Kekuatan Bangsa - Zambry

2

Pendidikan 1 minggu yang lalu

Salah Laku Seksual Babitkan Pelajar: Jangan Tunggu Kes Tular Untuk Bertindak

3

Pendidikan 1 bulan yang lalu

Lebih 12,000 Guru Bersara Setiap Tahun, Jurang Usia Antara Pendidik Cetus Kebimbangan 

4

Pendidikan 1 bulan yang lalu

Mata Pelajaran Sejarah, Bahasa Melayu Kekal Syarat Wajib Ke IPTA - Zambry

Sorotan

1

DUN Melaka Berkemungkinan Dibubar Dalam Tempoh 3 Bulan

2

Masa Depan Negara Bergantung Kepada Rakyat, Bukan ‘Politikus Sandiwara’ - Vinod Sekhar 

3

Dakwaan Kebocoran Dana RM53 Juta: SPRM Siasat Pemindahan DAK Ke Jepun 

4

Hamzah Kembali Dilantik Ketua Pembangkang

5

‘Ahli Parlimen, Jangan Ponteng Sidang Dewan Rakyat’ - Speaker

6

Parti Wawasan Negara Barisan Kepimpinan Penuh, Gabung Tokoh Politik, Profesional

Disyorkan untuk anda

Semasa 22 jam yang lalu

Dakwaan Kebocoran Dana RM53 Juta: SPRM Siasat Pemindahan DAK Ke Jepun 

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Agong, Permaisuri Zahir Ucapan Hari Bapa

oleh Sophia Ahmad

Semasa 15 jam yang lalu

4 Individu Didakwa Cederakan Pembantu Rumah Warga Indonesia

oleh Amirah Abu Bakar

Politik 1 hari yang lalu

Parti Wawasan Negara Barisan Kepimpinan Penuh, Gabung Tokoh Politik, Profesional

oleh Sophia Ahmad