web statsweb stats

Berita Terkini

2 minggu yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 2 minggu yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 6 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 8 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Lebih 12,000 Guru Bersara Setiap Tahun, Jurang Usia Antara Pendidik Cetus Kebimbangan 

Pendidikan Dikemaskini 1 bulan yang lalu · Diterbitkan pada 17 May 2026 9:46AM

Gambar hiasan

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Kehilangan lebih 12,000 guru setiap tahun menerusi persaraan pilihan dan persaraan wajib sepanjang tiga tahun kebelakangan ini menimbulkan kebimbangan terhadap kelestarian jangka panjang tenaga kerja pendidikan negara.

Senario tersebut sedikit sebanyak turut mencetuskan ketidakseimbangan yang semakin ketara antara guru senior dan guru muda.

Berdasarkan data dikeluarkan Kementerian Pendidikan (KPM), purata 5,249 guru setahun memilih untuk bersara awal dengan kelulusan Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) antara 2023 hingga 2025.

Jumlah tersebut bersamaan 1.20 peratus daripada keseluruhan 437,484 tenaga pengajar kementerian.

Menurut kementerian, kehilangan minat terhadap profesion perguruan dikesan sebagai faktor utama dan ia mencatatkan 61.98 peratus daripada keseluruhan kes.

Faktor lain termasuk isu kekeluargaan sebanyak 19.57 peratus, masalah kesihatan (8.57 peratus), tekanan beban kerja (7.61 peratus) dan masalah peribadi (2.27 peratus).

Dalam tempoh sama, purata 7,280 guru setahun pula mencapai umur persaraan wajib, bersamaan 1.63 peratus daripada keseluruhan tenaga pengajar negara.

Perkembangan itu turut mencetuskan kebimbangan terhadap peningkatan populasi guru berusia dalam sistem pendidikan negara, apabila rekod tenaga kerja kementerian menunjukkan golongan pendidik berumur 40-an dan 50-an kini membentuk kumpulan terbesar guru di seluruh negara.

Data Sistem Maklumat Pengurusan Sumber Manusia setakat 29 Mac yang dipetik The Star menunjukkan, guru berumur antara 41 hingga 45 tahun merupakan kumpulan terbesar dengan 90,431 orang.

Ia diikuti kumpulan berusia 46 hingga 50 tahun seramai 76,071 orang serta guru berumur 51 hingga 55 tahun seramai 67,954 orang.

Sebaliknya, guru muda berumur antara 21 hingga 25 tahun hanya berjumlah 13,968 orang di seluruh negara, sekali gus menggambarkan jurang usia yang semakin melebar dalam profesion perguruan.

Bagaimanapun, KPM menegaskan, pihaknya akan terus memantau keperluan guru secara berterusan bagi memastikan proses pengajaran dan pembelajaran di sekolah seluruh negara tidak terjejas.

“Berdasarkan data setakat 31 Mac, kementerian terus memantau dan mengurus keperluan guru secara berterusan bagi memastikan pelaksanaan pengajaran dan pembelajaran di sekolah seluruh negara berjalan lancar,” katanya.

KPM memberi jaminan, bekalan guru bagi bidang sains, teknologi, kejuruteraan dan matematik (STEM) secara keseluruhannya masih mencukupi dan mampu memenuhi keperluan semasa.

Menurut KPM, sebarang kekurangan kecil bagi subjek tertentu merupakan sebahagian daripada proses penyesuaian berterusan dalam pengurusan penempatan guru, untuk memastikan keperluan sekolah sentiasa dioptimumkan.

Namun begitu, kementerian mengakui subjek Matematik masih berdepan kekurangan tenaga pengajar pada skala kecil di seluruh negara.

“Kementerian sedang mengambil langkah proaktif melalui penempatan semula guru, pengisian kekosongan secara berperingkat serta usaha memperkukuh bekalan guru opsyen Matematik,” katanya.

KPM menegaskan, strategi penempatan guru akan terus memberi keutamaan kepada pengagihan secara adil termasuk di kawasan luar bandar dan sekolah yang kurang mendapat kemudahan.

“Ini bagi memastikan semua pelajar memperoleh akses sama rata kepada pendidikan berkualiti,” katanya. - Getaran, 17 Mei 2026

Berita Berkaitan

1

Pendidikan 1 minggu yang lalu

Program Mobiliti Antarabangsa Accountants UMK Beri Pendedahan Menyeluruh, Kenali Realiti Dunia Akauntan

2

Pendidikan 2 minggu yang lalu

Malaysia Sedia Bantu Pelajar Palestin, Bina Semula Kekuatan Bangsa - Zambry

3

Pendidikan 2 minggu yang lalu

Salah Laku Seksual Babitkan Pelajar: Jangan Tunggu Kes Tular Untuk Bertindak

4

Pendidikan 1 bulan yang lalu

Mata Pelajaran Sejarah, Bahasa Melayu Kekal Syarat Wajib Ke IPTA - Zambry

Sorotan

1

 ‘Double Standard’ Norway Dikecam, Batal Penghantaran Peluru Berpandu Selepas Malaysia Bayar 95 Peratus Kontrak

2

Gara-Gara Memotong Barisan, 2 Lelaki Akhirnya Bertumbuk

3

Pengecualian Caj RM1 Di ATM: 84 Peratus Mesin Terlibat Seluruh Negara - Fahmi 

4

Wajib Isytihar Aset, Perkukuh Agenda Integriti - Abd Halim

5

PRN Johor: Perpecahan Dalaman PN Mampu Beri Kelebihan Kepada BN - Penganalisis 

6

Malaysia Yang Mana Mahu Kita Wariskan Untuk Anak Cucu?

Disyorkan untuk anda

Semasa 6 jam yang lalu

Gara-Gara Memotong Barisan, 2 Lelaki Akhirnya Bertumbuk

oleh Sophia Ahmad

Semasa 7 jam yang lalu

Rogol, Amang Seksual Adik Perempuan, Pekerja Kedai ‘Hardware’ Mengaku Tak Bersalah

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Kanak-Kanak Autistik Ditemukan Maut Dalam Longkang, Meninggal Dunia Akibat Lemas

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 1 hari yang lalu

PM Terima Penghargaan Sultan Selangor, ‘LRT3 Shah Alam Bukan Projek Untuk Bermegah’ 

oleh Sophia Ahmad