web statsweb stats

Berita Terkini

2 minggu yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 2 minggu yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 6 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Mata Pelajaran Sejarah, Bahasa Melayu Kekal Syarat Wajib Ke IPTA - Zambry

Pendidikan Dikemaskini 1 bulan yang lalu · Diterbitkan pada 15 May 2026 2:58PM

Gambar BERNAMA

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

PUTRAJAYA - Mata pelajaran Bahasa Melayu dan sejarah dalam Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) kekal menjadi syarat wajib bagi kemasukan ke institusi pengajian tinggi awam (IPTA) termasuk untuk pelajar lepasan luar sistem pendidikan kebangsaan.

Menteri Pendidikan Tinggi Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir berkata ia turut terpakai kepada keputusan mesyuarat Jemaah Menteri semalam, yang mempersetujui beberapa ketetapan berkaitan laluan kemasukan pelajar daripada aliran sekolah atau institusi tahfiz, sekolah swasta dan Sekolah Menengah Persendirian Cina (SMPC) untuk mengikuti program pengajian di IPTA.

"SPM tetap wajib walaupun dia (pelajar) belajar aliran itu. Sebab penilaian UPU (sistem UPUOnline) kita ialah berdasarkan kepada keputusan SPM.

"Maknanya dia menduduki dua peperiksaan termasuk lulus mata pelajaran Sejarah dan Bahasa Melayu yang diiktiraf oleh Lembaga Peperiksaan Malaysia," katanya kepada pemberita selepas menghadiri Majlis Anugerah Perkhidmatan Cemerlang 2025 Jabatan Pendidikan Politeknik dan Kolej Komuniti di sini hari ini.

Terdahulu, Zambry semasa berucap menegaskan syarat kemasukan ke IPTA tetap perlu berdasarkan sistem SPM walaupun kerajaan membuka ruang laluan tertentu kepada pelajar daripada sistem pendidikan lain.

"Asasnya mesti sama. Sebagai contoh, dari aliran mana sekalipun untuk masuk ke IPTA mesti berdasarkan sistem SPM kita," katanya.

Zambry berkata keputusan kerajaan itu bagaimanapun dimanipulasi sesetengah pihak seolah-olah kerajaan mengorbankan sistem pendidikan negara.

Semalam, kerajaan mempersetujui beberapa ketetapan berkaitan laluan kemasukan pelajar daripada aliran sekolah atau institusi tahfiz, sekolah swasta dan SMPC ke IPTA.

Calon daripada aliran itu yang turut memiliki SPM penuh boleh memohon mana-mana program pengajian ditawarkan melalui sistem UPUOnline.

Dalam perkembangan lain, Zambry berkata kerajaan sedang berusaha meletakkan institusi politeknik dan kolej komuniti ke suatu tahap baharu selaras dengan perubahan semasa serta keperluan pembangunan negara.

"Kita tidak boleh lagi melihat politeknik hanya sebagai institusi sokongan atau second feeders institution. Dunia berubah dan kita tahu akan ketinggalan jika kita tidak berubah," katanya. - BERNAMA

Berita Berkaitan

1

Pendidikan 1 minggu yang lalu

Program Mobiliti Antarabangsa Accountants UMK Beri Pendedahan Menyeluruh, Kenali Realiti Dunia Akauntan

2

Pendidikan 1 minggu yang lalu

Malaysia Sedia Bantu Pelajar Palestin, Bina Semula Kekuatan Bangsa - Zambry

3

Pendidikan 2 minggu yang lalu

Salah Laku Seksual Babitkan Pelajar: Jangan Tunggu Kes Tular Untuk Bertindak

4

Pendidikan 1 bulan yang lalu

Lebih 12,000 Guru Bersara Setiap Tahun, Jurang Usia Antara Pendidik Cetus Kebimbangan 

Sorotan

1

‘Saya Hormat Keputusan Mahkamah, Sabar Tunggu 13 Julai’ - Syed Saddiq

2

Pasport Baharu Dilancar, Malaysia Kekalkan Kedudukan Pasport Ketiga Terkuat Dunia

3

Warga Australia Didakwa Bunuh Remaja Thailand, Mayat Ditemui Dalam Bagasi 

4

Lebih 4,500 Kes Kanak-Kanak Hilang Direkod Antara 2021 - 2025

5

Keputusan Rayuan Akhir Kes Syed Saddiq 13 Julai

6

Rayuan Akhir Pendakwaan: Peguam Yakin Keputusan Memihak Kepada Syed Saddiq 

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Rayuan Akhir Pendakwaan: Peguam Yakin Keputusan Memihak Kepada Syed Saddiq 

oleh Wartawan Getaran

Semasa 19 jam yang lalu

Keputusan Rayuan Akhir Kes Syed Saddiq 13 Julai

oleh Sophia Ahmad

Semasa 12 jam yang lalu

Mayat Dalam Bagasi: Mangsa Mati Akibat Tetakan Di Kepala

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 17 jam yang lalu

Pasport Baharu Dilancar, Malaysia Kekalkan Kedudukan Pasport Ketiga Terkuat Dunia

oleh Sophia Ahmad