web statsweb stats

Berita Terkini

1 bulan yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 bulan yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 7 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 7 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 8 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Salah Laku Seksual Babitkan Pelajar: Jangan Tunggu Kes Tular Untuk Bertindak

Pendidikan Dikemaskini 1 bulan yang lalu · Diterbitkan pada 13 Jun 2026 5:42PM

Fadhlina Sidek - Gambar fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Tindakan serta-merta perlu diambil terhadap sebarang aduan melibatkan salah laku seksual di institusi pendidikan.

Menteri Pendidikan, Fadhlina Sidek berkata, semua pihak perlu lebih cakna dan bertindak pantas dalam kes seumpama itu.

Menurut beliau, institusi di bawah kementerian perlu menjadi ruang selamat untuk semua pihak, khususnya pelajar yang memerlukan perlindungan.

"Tindakan tidak seharusnya hanya diambil selepas sesuatu kes mendapat perhatian meluas, sebaliknya setiap aduan perlu diberi perhatian sebaik sahaja diterima.

“Saya rasa tidak tepat untuk mengatakan tindakan hanya diambil selepas kes menjadi tular. Hakikatnya, sebaik sahaja kes dilaporkan, tindakan akan diambil,” katanya. 

Jelas Fadhlina, ibu bapa dan guru perlu bertindak apabila seorang kanak-kanak mengadu menjadi mangsa gangguan seksual. 

"Perkara itu mesti dilaporkan kepada pihak berkuasa dan disiasat secara menyeluruh,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika mengulas isu tular membabitkan seorang guru, yang dikaitkan dengan dakwaan salah laku seksual terhadap seorang pelajar perempuan berusia 16 tahun di sebuah sekolah di Sarawak. - Getaran, 13 Jun 2026

Berita Berkaitan

1

Pendidikan 8 jam yang lalu

Tingkatan 6 Kekal Bawah KPM, Ambil Kira Pelbagai Aspek - PM

2

Pendidikan 3 hari yang lalu

Jangan Sembunyi Kes Buli, Tutup Kes Akan Nafi Keadilan Untuk Mangsa - PM

3

Pendidikan 1 bulan yang lalu

Program Mobiliti Antarabangsa Accountants UMK Beri Pendedahan Menyeluruh, Kenali Realiti Dunia Akauntan

4

Pendidikan 1 bulan yang lalu

Malaysia Sedia Bantu Pelajar Palestin, Bina Semula Kekuatan Bangsa - Zambry

Sorotan

1

Kempen PRN Negeri Sembilan: Polis Rakam Keterangan MB Kedah, Pemimpin UMNO

2

Bayi 18 Bulan Maut: Kematian Diklasifikasi Semula Kes Bunuh, Bapa Kandung Suspek Utama

3

OCPD Selamatkan Pelajar Perempuan Daripada Cubaan Bunuh Diri

4

Bayi Perempuan Baru Lahir Ditemukan Dibuang Di Pekarangan Masjid

5

Tingkatan 6 Kekal Bawah KPM, Ambil Kira Pelbagai Aspek - PM

6

Undi Awal PRN Negeri Sembilan Bermula, Libatkan 22,339 Pengundi Keselamatan

Disyorkan untuk anda

Semasa 26 minit yang lalu

Rogol Anak Kandung: Bapa Dipenjara 21 Tahun, Sebat 20 Kali

oleh Sophia Ahmad

Politik 9 jam yang lalu

Undi Awal PRN Negeri Sembilan Bermula, Libatkan 22,339 Pengundi Keselamatan

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 33 minit yang lalu

113 Pelarian Dipindah Ke Penempatan Sementara, Lokasi Tidak Didedahkan 

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

RCI TH: ‘Jika Mereka Tak Bersalah, Pertahankan; Jika Bersalah, Sila Dakwa’ - PM

oleh Sophia Ahmad