web statsweb stats

Berita Terkini

1 bulan yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 bulan yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 6 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 7 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 8 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

Semasa Dikemaskini 1 bulan yang lalu · Diterbitkan pada 10 Jun 2026 12:22PM

Gambar IPD Kuala Krai

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KOTA BHARU - Lapan warga Myanmar termasuk dua wanita ditahan dalam Ops Bersepadu Khazanah yang dijalankan Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kuala Krai bersama Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (Perhilitan) di sebuah ladang durian seluas kira-kira 60 ekar di Kampung Mia, Kuala Krai.

Ketua Polis Daerah Kuala Krai Superintenden Mazlan Mamat berkata operasi hasil maklumat orang awam itu bermula pada 12 tengah malam semalam dan berakhir pada 6 pagi tadi, turut menemukan seorang bayi lelaki dan seorang bayi perempuan bersama kumpulan berkenaan.

Beliau berkata pihak berkuasa turut merampas selaras senapang angin dan dua lembing yang dipercayai digunakan bagi tujuan pemburuan haram.

"Hasil pemeriksaan turut menemukan enam unit disyaki kuku hidupan liar, 12 unit disyaki taring hidupan liar, tujuh unit disyaki tulang hidupan liar, enam unit disyaki bahagian hidupan liar serta sebuah tong berisi daging yang dipercayai daripada hidupan liar," katanya dalam kenyataan hari ini.

Mazlan berkata kes disiasat mengikut Seksyen 6(1) (c) Akta Imigresen 1959/63, Seksyen 8 (a) Akta Senjata 1960, Seksyen 7(1) Akta Larangan Mengenai Lambang dan Sebutan (AKLSB) 1958 serta Akta Pemuliharaan Hidupan Liar 2010 (Akta 716).

Beliau berkata kejayaan operasi itu membuktikan keberkesanan kerjasama strategik antara polis dan Perhilitan selain hasil maklumat yang disalurkan orang awam dalam usaha membanteras aktiviti pemburuan haram dan pemilikan bahagian hidupan liar secara menyalahi undang-undang.

Menurut Mazlan, tindakan tegas akan terus diambil terhadap mana-mana individu yang terlibat dalam kesalahan berkaitan hidupan liar dan menggesa orang ramai terus menyalurkan maklumat kepada pihak berkuasa bagi memastikan khazanah hidupan liar negara terus terpelihara. - BERNAMA

Berita Berkaitan

1

Semasa 4 hari yang lalu

Terima Rasuah RM500, Ketua Balai Digantung Tugas 

2

Semasa 4 hari yang lalu

3 Maut Lori Bawa Ayam Rempuh Treler Parkir Di Bahu Jalan

3

Semasa 4 hari yang lalu

Rogol, Samun Remaja 15 Tahun, Mekanik Dipenjara 20 Tahun, 7 Sebatan

4

Semasa 2 minggu yang lalu

Lelaki Rohingya Suspek Kes Rogol Ditahan Di Bachok

Sorotan

1

187 Jenis Ubat Berisiko Tinggi, Jumlah Stok Kurang 60 Hari - MOH

2

11 Lelaki Didakwa Jadi Ahli ‘Geng Vinod’, Berdepan Penjara Hingga 20 Tahun

3

Pelajar, Bapa Dipukul Di Luar Sekolah, Beberapa Individu Ditahan

4

Kebakaran Pasar Borong Selangor Dipadam Sepenuhnya, Operasi Beralih Kepada Fasa Baik Pulih

5

Laporan Akhir RCI TH Akan Didedah, Orang Ramai Berhak Tahu - PM

6

3 Wanita Didakwa Lakukan Aksi ‘Superman’ Di Jalan Pintasan Kuantan

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 jam yang lalu

PM Pertahan Subsidi RON 95, Kerajaan Tanggung Kenaikan Kos Bahan Api Global 

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Laporan Akhir RCI TH Akan Didedah, Orang Ramai Berhak Tahu - PM

oleh Sophia Ahmad

Semasa 20 jam yang lalu

Operasi Banteras PATI Diperhebat, 109 Warga Asing Ditahan Di Ampang

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Kanak-Kanak Perempuan Maut Digilis Lori Dipandu Datuk 

oleh Amirah Abu Bakar