web statsweb stats

Berita Terkini

1 bulan yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 bulan yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 6 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 7 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 8 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Jentera UMNO Wajib Kerja Keras Menangkan Calon Perpaduan Di KKB

Politik Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 04 May 2024 8:37PM

Presiden UMNO, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi ketika berucap pada Jelajah Akar Umbi Presiden UMNO bersama UMNO Bahagian Padang Terap. - gambar Rafisqhi Radhi

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

PADANG TERAP - Presiden UMNO, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi menegaskan seluruh jentera UMNO wajib bekerja keras untuk memenangkan calon Kerajaan Perpaduan dalam Pilihan Raya Kecil (PRK) Kuala Kubu Bharu pada 11 Mei nanti.

Menurut Ahmad Zahid, tidak ada salahnya untuk UMNO berbuat demikian kerana parti-parti lain yang membentuk Kerajaan Perpaduan turut pernah membantu Barisan Nasional (BN) untuk menang dalam PRK sebelum ini.

"Kita berterima kasih kerana rakan-rakan dalam komponen Perpaduan membantu hingga kita mencapai kemenangan di Tioman dan Pelangai. Cumanya kita kurang bernasib baik di Kemaman.

"Ada ubi ada batas dan kalau orang berbudi, kita berbahasa. Sekarang ini di Kuala Kubu Bharu bukan calon kita tetapi calon dari Kerajaan Perpaduan dan tak salah untuk UMNO membantu calon itu kerana mereka pernah membantu kita," katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada Jelajah Akar Umbi Presiden UMNO bersama UMNO Bahagian Padang Terap di sini, hari ini.

Apabila membicarakan perkara itu, katanya, beliau sedar akan ada pihak membangkitkan soal 'UMDAP' melibatkan hubungan UMNO dan DAP.

Bagaimanapun, beliau berkata, apa yang berlaku adalah realiti serta hakikat baharu dalam senario politik di negara ini.

"Adakah pernah sekali DAP menyebut dalam ucapan dasar mereka yang mengenepikan UMNO, Islam dan Melayu?

“Dalam Kabinet, Setiausaha Agung DAP duduk sebelah saya dan apabila Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim atau saya membawa agenda Melayu serta Islam, tak pernah sekali pun Anthony dan menteri-menteri DAP menentang agenda tersebut.

"Ertinya mereka mengakui hakikat bahawa perkara yang termaktub dalam Perlembagaan sentiasa disokong dan didokong DAP serta parti lain dalam Kerajaan Perpaduan. Maksudnya, tak benar kalau mereka dikatakan menentang Islam atau Melayu," katanya.

Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi bersama-sama pemimpin UMNO Kedah. - gambar Rafisqi Radhi
Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi bersama-sama pemimpin UMNO Kedah. - gambar Rafisqi Radhi

Pada masa sama, Ahmad Zahid yang juga Timbalan Perdana Menteri, berkata keadaan semasa yang melihat BN hanya memiliki 30 kerusi di Parlimen bukanlah disebabkan oleh kekuatan pihak lawan.

"Di Kedah ini pula, satu kerusi pun tak ada. Tetapi yakinlah bahawa keadaan ini bukan disebabkan mereka kuat tetapi kita yang lemah.

"Kenapa kita lemah? Kerana ada dalam kalangan kita terpengaruh dengan propaganda mereka termasuk dalam hal 'UMDAP' itu tadi," katanya. – Getaran, 4 Mei 2024.

Sorotan

1

Tok Mat Tiba Di Pusat Penamaan Calon DUN Rantau, Zahid Jadi Pengiring

2

PRN Negeri Sembilan: 4 Calon PH, 3 Calon BN Tiba Di Pusat Penamaan Calon

3

Mayat Kanak-Kanak Perempuan Hilang Ditemukan, 2 Lelaki Ditahan

4

Dituduh Rogol Remaja Bawah Umur, Pempengaruh Media Sosial Mengaku Tidak Bersalah

5

Diperdaya ‘Love Scam’ Di Telegram, Pelajar Universiti Rugi Lebih RM56,000

6

Tarik Diri Daripada Kerajaan Negeri, DAP Melaka Beralih ke Blok Pembangkang 

Disyorkan untuk anda

Semasa 16 jam yang lalu

Najib Jalani Prosedur Jantung Minggu Depan 

oleh Wartawan Getaran

Semasa 21 jam yang lalu

Diperdaya ‘Love Scam’ Di Telegram, Pelajar Universiti Rugi Lebih RM56,000

oleh Sophia Ahmad

Semasa 21 jam yang lalu

Dituduh Rogol Remaja Bawah Umur, Pempengaruh Media Sosial Mengaku Tidak Bersalah

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 1 hari yang lalu

Gaji Semasa: Hanya 49 peratus Pekerja Malaysia Berpuas Hati 

oleh Sophia Ahmad