web statsweb stats

Berita Terkini

1 bulan yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 bulan yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 6 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 7 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 8 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Polis Tahan 4 Lelaki, Rampas 22,000 Karton Minuman Keras

Semasa Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 05 May 2024 8:05AM

Karton minuman keras yang dirampas - gambar IPD Mukah

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

SIBU - Polis menahan empat lelaki termasuk seorang warga asing serta merampas 22,000 karton minuman keras pelbagai jenama dipercayai diseludup, dalam serbuan di Jalan Feri Lama, Mukah, kira-kira 7.30 malam kelmarin.

Ketua Polis Daerah Mukah, Deputi Superintendan Muhammad Rizal Alias dalam kenyataan berkata, suspek berusia lingkungan 43 hingga 59 tahun itu direman enam hari bermula hari ini.

Bellau berkata kesemua suspek gagal mengemukakan dokumen yang sah dari Jabatan Kastam Diraja Malaysia (KDRM) dan minuman keras berkendan disimpan dalam 10 kontena dipercayai bagi mengelak cukai.

"Turut dirampas ialah sebuah tongkang, dua lori treler, 10 kontena dan satu kren kapal dengan nilai keseluruhan rampasan dianggarkan RM11,327,200," katanya.

Beliau berkata kesemua suspek dan barangan rampasan dibawa ke IPD Mukah untuk tindakan lanjut dan kes disiasat di bawah Seksyen 135(1) (d) Akta Kastam 1967.

Rizal berkata tangkapan dan rampasan itu merupakan yang terbesar setakat tahun ini di Mukah.

Menurutnya minuman keras tersebut berasal dari negara luar dan dihantar ke Mukah untuk diedarkan di pasaran tempatan. - BERNAMA

Berita Berkaitan

1

Semasa 14 jam yang lalu

Mayat Kanak-Kanak Perempuan Hilang Ditemukan, 2 Lelaki Ditahan

2

Semasa 15 jam yang lalu

Diperdaya ‘Love Scam’ Di Telegram, Pelajar Universiti Rugi Lebih RM56,000

3

Semasa 2 hari yang lalu

PDRM mohon Notis Merah Interpol Kesan Tamim Dahri

4

Semasa 2 hari yang lalu

Polis Siasat Kes Lelaki Dipaksa Masuk Dalam Kereta 

Sorotan

1

Mayat Kanak-Kanak Perempuan Hilang Ditemukan, 2 Lelaki Ditahan

2

Dituduh Rogol Remaja Bawah Umur, Pempengaruh Media Sosial Mengaku Tidak Bersalah

3

Diperdaya ‘Love Scam’ Di Telegram, Pelajar Universiti Rugi Lebih RM56,000

4

Tarik Diri Daripada Kerajaan Negeri, DAP Melaka Beralih ke Blok Pembangkang 

5

Polis Siasat Kes Lelaki Dipaksa Masuk Dalam Kereta 

6

PRN Negeri Sembilan: Jangan Jadikan Institusi Diraja Bahan Kempen Parti Politik - PM

Disyorkan untuk anda

Singapura 10 jam yang lalu

Singapura: Ketua Hakim Negara Sundaresh Menon Bersara Feb 2017, Hakim Sushil Nair Jadi Pengganti

oleh Sophia Ahmad

Semasa 10 jam yang lalu

Campak Bayi Dari Tingkap Hotel, Gadis Rohingya Berdepan Hukuman Mati 

oleh Sophia Ahmad

Politik 1 hari yang lalu

‘Saya Tak Lari, Keputusan Bertanding Di Linggi Pilihan Sendiri’ - Aminuddin

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Jadi Tonto Ah Long, 2 Lelaki Dipenjara 18 Bulan, Denda RM20,000

oleh Sophia Ahmad