web statsweb stats

Berita Terkini

1 bulan yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 bulan yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 6 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 7 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 8 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


El Nino: Bekalan Lembu, Kambung Korban Mencukupi – Mohamad

Semasa Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 04 May 2024 6:34PM

- gambar hiasan

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

SHAH ALAM - Bekalan lembu dan kambing bagi keperluan sambutan Aildiladha adalah mencukupi biarpun negara berhadapan cuaca panas susulan fenomena El Nino yang dijangka berlarutan hingga Julai ini. 

Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan, Datuk Seri Mohamad Sabu, berkata perkara itu sentiasa dipantau oleh Jabatan Pertanian,Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (FAMA) dan Jabatan Perkhidmatan Veterinar (DVS).

"Kementerian dan agensi terlibat akan memastikan bekalan mencukupi dengan menjalankan pemantauan secara berterusan," katanya kepada pemberita di Majlis Rumah Terbuka Parlimen Kota Raja di Seksyen 32 di sini, hari ini. 

Sebelum ini, Menteri Sumber Asli dan Kelestarian Alam, Nik Nazmi Nik Ahmad dilaporkan berkata, cuaca panas susulan fenomena El Nino yang melanda negara ketika ini dijangka berterusan hingga Julai depan.

Menurutnya, situasi berkenaan menyaksikan beberapa kawasan terutama di Kelantan, Perlis dan Kedah akan mengalami cuaca lebih panas berbanding negeri lain seperti Selangor dan Kuala Lumpur.

Dalam pada itu, Mohamad mengakui keadaan El Nino ketika ini turut menjejaskan penanaman padi terutama di Kelantan. 

Beliau berkata, dengan keadaan cuaca panas dan kemarau yang berlarutan pastinya menjejaskan sumber air di sawah yang akhirnya memberi kesan kepada hasil tuaian padi di negeri itu musim ini.

Atas sebab itu, katanya, Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim meluluskan peruntukan tambahan RM20 juta bagi membeli kemudahan mengepam air dari sungai ke kawasan sawah padi.

Pada Khamis lepas, Perdana Menteri dilapor mengarahkan supaya pembelian 20 unit pam air membabitkan nilai RM20 juta untuk kegunaan di Kelantan disegerakan berikutan negeri itu kini berdepan musim kemarau berpanjangan hingga memerlukan tindakan segera. - BERNAMA

Sorotan

1

Tok Mat Tiba Di Pusat Penamaan Calon DUN Rantau, Zahid Jadi Pengiring

2

PRN Negeri Sembilan: 4 Calon PH, 3 Calon BN Tiba Di Pusat Penamaan Calon

3

Mayat Kanak-Kanak Perempuan Hilang Ditemukan, 2 Lelaki Ditahan

4

Dituduh Rogol Remaja Bawah Umur, Pempengaruh Media Sosial Mengaku Tidak Bersalah

5

Diperdaya ‘Love Scam’ Di Telegram, Pelajar Universiti Rugi Lebih RM56,000

6

Tarik Diri Daripada Kerajaan Negeri, DAP Melaka Beralih ke Blok Pembangkang 

Disyorkan untuk anda

Semasa 20 jam yang lalu

Najib Jalani Prosedur Jantung Minggu Depan 

oleh Wartawan Getaran

Politik 5 jam yang lalu

PRN Negeri Sembilan: 4 Calon PH, 3 Calon BN Tiba Di Pusat Penamaan Calon

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 1 hari yang lalu

Diperdaya ‘Love Scam’ Di Telegram, Pelajar Universiti Rugi Lebih RM56,000

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Ambil Ubat Tertentu Untuk Jangka Masa Panjang? Hati-Hati Dengan Pendarahan Dalaman Serius 

oleh Sophia Ahmad