web statsweb stats

Berita Terkini

1 bulan yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 bulan yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 6 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 7 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 8 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Hadiri Perkampungan Sunnah: PM Berjiwa Besar - Penyelidik

Semasa Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 05 May 2024 4:29PM

Perdana Menteri (tengah), Datuk Seri Anwar Ibrahim ketika menghadiri program Perkampungan Sunnah Siri Ke-9, di Masjid Alwi di Kangar, Perlis,baru-baru ini. - gambar BERNAMA

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Kesudian Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menghadiri Perkampungan Sunnah Siri Ke-9 di Masjid Alwi Kangar, Perlis atas jemputan Mufti Perlis, Datuk Dr Mohd Asri Zainul Abidin, dilihat sebagai berjiwa besar dan wajar diteladani.

Felo Penyelidik Utama di Institut Islam Hadhari, Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Profesor Dr Zaid Ahmad berkata, kesudian Anwar hadir ke program yang dikaitkan secara langsung dengan Mohd Asri yang amat kritis ketika menyuarakan pandangan, termasuk terhadap kepimpinan Anwar sendiri juga adalah bukti sikap keterbukaan Perdana Menteri dalam soal perbezaan pendapat.

"Namun, di sebalik pandangan berbeza, kritikan dan sanggahan, Anwar dilihat tidak menyimpan apa-apa perasaan negatif kepada Mohd Asri, sebaliknya menerima pelawaan beliau menghadiri program Perkampungan Sunnah Siri Ke-9, baru-baru ini.

"Ini jiwa besar, sifat negarawan dan sikap keterangkuman luar biasa yang ditunjukkan oleh beliau sebagai pemimpin nombor satu negara," katanya kepada BERNAMA.

Zaid berkata, Anwar juga mencatatkan sejarah sebagai Perdana Menteri pertama yang bukan sahaja menghadiri, malah menyampaikan ucaptama di hadapan ulamak, pemikir, pemimpin dan ribuan rakyat tempatan dalam program tersebut.

Katanya, ketika menyingkap kisah kewarakan Khalifah Umar Abdul Aziz dan keagungan Sultan Salahuddin Al-Ayyubi dalam aspek peperangan sehingga menawan Baitulmuqaddis, Anwar juga mengingatkan hadirin supaya meneladani ketegasan kedua-dua tokoh itu dalam soal tatakelola dan kebencian mereka kepada rasuah.

"Perdana Menteri Anwar meminta diterbitkan terjemahan kitab Prof Dr Taha Jabir Al-Alwani bertajuk Etika Berbeza Pendapat dalam Islam supaya mentaliti figh yang pantas menghukum dapat dijauhkan dan wacana segar dan berakhlak dapat disuburkan," katanya.

Selain itu, Zaid berkata, Anwar juga menyatakan kekecewaan beliau di dalam ucaptamanya mengenai kelesuan suara pimpinan negara Islam untuk menuntut kezaliman rejim Zionis Israel terhadap warga Palestin dihentikan.

"Beliau (Anwar), yang baru pulang dari menghadiri Mesyuarat Khas Forum Ekonomi Sedunia (WEF) di Riyadh, memperkatakan mengenai jihad beliau bersuara di hadapan kuasa besar, termasuk Presiden AS (Amerika Syarikat), Joe Biden dan Canselor Jerman Olaf Scholz mewakili dunia Islam," katanya.

Sementara itu, Zaid berkata, dengan kehebatan pidato, kekuatan ilmu dipamer, artikulasi dan kemantapan hujah dan keluasan bidang yang disentuh, ucaptama Anwar itu cukup memberi kesan dan memuaskan hati para hadirin.

Malah, kata Zaid, ucaptama yang berkesan itu mendorong Mohd Asri memberi komentar dengan berkata: "Ucapan Anwar sangat luar biasa. Saya tidak fikir mana-mana pemimpin negara sebelum ini yang boleh bercakap seperti itu. Kami sangat berterima kasih kepada kehadiran dan keterbukaan beliau,". - BERNAMA

Berita Berkaitan

1

Semasa 2 hari yang lalu

Forest  City: Usir Segera Warga Israel Jika Dakwaan Terbukti - PM

2

Politik 2 hari yang lalu

PRN Negeri Sembilan: Jangan Jadikan Institusi Diraja Bahan Kempen Parti Politik - PM

3

Politik 6 hari yang lalu

PRN Johor: Kerajaan Persekutuan Komited Pastikan Agenda Pembangunan Rakyat Diteruskan - PM

4

Politik 1 minggu yang lalu

‘Johor Akan Lebih Baik Jika Ditadbir Pemimpin Yang Berani’ - Anwar

Sorotan

1

Mayat Kanak-Kanak Perempuan Hilang Ditemukan, 2 Lelaki Ditahan

2

Dituduh Rogol Remaja Bawah Umur, Pempengaruh Media Sosial Mengaku Tidak Bersalah

3

Diperdaya ‘Love Scam’ Di Telegram, Pelajar Universiti Rugi Lebih RM56,000

4

Tarik Diri Daripada Kerajaan Negeri, DAP Melaka Beralih ke Blok Pembangkang 

5

Polis Siasat Kes Lelaki Dipaksa Masuk Dalam Kereta 

6

PRN Negeri Sembilan: Jangan Jadikan Institusi Diraja Bahan Kempen Parti Politik - PM

Disyorkan untuk anda

Semasa 10 jam yang lalu

Najib Jalani Prosedur Jantung Minggu Depan 

oleh Wartawan Getaran

Semasa 10 jam yang lalu

Campak Bayi Dari Tingkap Hotel, Gadis Rohingya Berdepan Hukuman Mati 

oleh Sophia Ahmad

Politik 1 hari yang lalu

‘Saya Tak Lari, Keputusan Bertanding Di Linggi Pilihan Sendiri’ - Aminuddin

oleh Sophia Ahmad

Singapura 10 jam yang lalu

Singapura: Ketua Hakim Negara Sundaresh Menon Bersara Feb 2017, Hakim Sushil Nair Jadi Pengganti

oleh Sophia Ahmad