web statsweb stats

Berita Terkini

2 minggu yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 2 minggu yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 6 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 8 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Pesta Songkran: ‘Dulu Haram, Sekarang Halal Pulak?’ - Netizen

Semasa Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 21 Apr 2024 5:27PM

Ustaz Nurul Amin Hamid (kanan) pada sambutan Pesta Songkran di Kuala Nerang, Kedah semalam - gambar Facebook

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Selepas bersungguh ‘menentang’ pembabitan umat Islam dalam sambutan perayaan agama lain, PAS semalam tampil dengan pendirian berbeza.

Di Kuala Nerang, Kedah semalam, barisan pemimpin PAS negeri itu secara terbuka dilihat menghadiri sambutan Pesta Songkran, yang merupakan perayaan agama Buddha dan lazim disambut komuniti Siam tempatan. 

Antara yang dilihat hadir ialah Ahli Parlimen Padang Terap, Ustaz Nurul Amin Hamid serta Exco Pelancongan, Kebudayaan dan Keusahawanan Kedah, Datuk Mohd Salleh Saidin.

Antara laporan berita mengenai bantahan PAS terhadap penganjuran Pesta Songkran satu ketika dahulu - gambar Facebook
Antara laporan berita mengenai bantahan PAS terhadap penganjuran Pesta Songkran satu ketika dahulu - gambar Facebook

Nurul Amin menerusi perkongsian di Facebook memberitahu, beliau dan tetamu kenamaan lain turut ‘dibasahkan’, iaitu antara ritual Pesta Songkran.

"Semua orang wajib di basahkan termasuk tetamu tanpa mengira darjat, itulah keistimewaan Pesta Songkran.

"Kepelbagai adat dan budaya yang dikongsi bersama ini dapat mengeratkan hubungan harmoni sesama kaum di Padang Terap," katanya.

Susulan itu, ia mencetuskan bualan dalam kalangan netizen memandangkan parti sama sebelum ini bersungguh mengharamkan pembabitan umat Islam dalam sebarang perayaan keagamaan kaum lain.

Akaun @KroniRakyat di X misalnya berkata, PAS pernah menyatakan bahawa umat Islam dilarang dan haram menyambut Pesta Songkran memandangkan ia adalah sambutan khusus untuk penganut agama Buddha.

“Songkran ni haram. Dulu PAS bantah. Kini PAS anjur. Boekkk (baik),” katanya.

Kenyataan PAS satu ketika dahulu mengenai pembabitan umat Islam dalam Pesta Songkran - gambar X
Kenyataan PAS satu ketika dahulu mengenai pembabitan umat Islam dalam Pesta Songkran - gambar X

Menerusi ciapan berkenaan, pengendali akaun terbabit turut memuat naik petikan kenyataan parti itu yang menggunakan firman Allah SWT dalam surah al-Kafirun untuk menyokong pengharaman tersebut.

Pendapat senada disuarakan Chris Quek, yang berkata, PAS bersungguh menentang pengharaman festival Bon Odori walaupun Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah mengeluarkan titah untuk tidak menyekat penganjuran perayaan tersebut.

“Bon Odori : Haram tetap haram, sampai berani lawan Sultan Selangor.

“Songkran : Boleh pulak meriah macam ni,” katanya, sinis.

Ikan bilis mata biru di akaun @ashcrow01 pula mempersoalkan tindakan PAS membazirkan air sedangkan ramai rakyat negeri itu amat memerlukan bekalan air bersih.

“PAS buat pesta bazir air kat Kedah, sdg (sedang) rakyat Kedah ramai yg (yang) tak dpt (dapat) bekalan air. PAS nk (nak) jaga hati siapa sebenarnya,” katanya.

Amira yang menggunakan akaun @whoismiramen pula berkata, parti itu jelas bersikap munafik apabila bertindak sedemikian.

“Ni kalau kt negeri PH (Pakatan Harapan), habis semua kitab dan segala fitnah kuar..tang negeri dia, diam pulak..munafik,” katanya, keras. - Getaran, 21 April 2024

Berita Berkaitan

1

Semasa 5 hari yang lalu

Bayi Perempuan 11 Bulan Maut: Pengasuh Direman Bantu Siasatan

2

Semasa 6 hari yang lalu

Masuk Universiti Guna ‘Pintu Belakang’, ADUN Jitra Didakwa Di Mahkamah

3

Semasa 2 minggu yang lalu

2 Anggota Tentera Maut Ketika Latihan: Polis Lancar Siasatan 

4

Jelajah 3 minggu yang lalu

Pasar Bisik Kuala Muda, Tradisi Dagangan Yang Masih 'Berbisik' Di Tengah Arus Moden

Sorotan

1

Buli: 4 Pelajar MRSM Dibuang Maktab, 2 Digantung Sekolah - Asyraf Wajdi

2

PRN Johor: Perpecahan Dalaman PN Mampu Beri Kelebihan Kepada BN - Penganalisis 

3

Malaysia Yang Mana Mahu Kita Wariskan Untuk Anak Cucu?

4

‘Saya Hormat Keputusan Mahkamah, Sabar Tunggu 13 Julai’ - Syed Saddiq

5

Warga Australia Didakwa Bunuh Remaja Thailand, Mayat Ditemui Dalam Bagasi 

6

Lebih 4,500 Kes Kanak-Kanak Hilang Direkod Antara 2021 - 2025

Disyorkan untuk anda

Politik 1 hari yang lalu

Dewan Rakyat Kecoh, Statistik Jenayah Seksual Babit Kanak-Kanak Di Kelantan Cetus Pertikaian

oleh Sophia Ahmad

Pendidikan 5 jam yang lalu

Buli: 4 Pelajar MRSM Dibuang Maktab, 2 Digantung Sekolah - Asyraf Wajdi

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Keputusan Rayuan Akhir Kes Syed Saddiq 13 Julai

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Mayat Dalam Bagasi: Mangsa Mati Akibat Tetakan Di Kepala

oleh Amirah Abu Bakar