web statsweb stats

Berita Terkini

3 minggu yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 3 minggu yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 6 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 7 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 8 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


M'sia - Vietnam Setuju Tingkat Kerjasama Tangani Penangkapan Ikan Secara Haram

Semasa Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 17 Nov 2023 7:58AM

Perdana Menteri ketika mengadakan pertemuan dengan Vo Van Thuong di luar Mesyuarat Pemimpin Ekonomi APEC - gambar BERNAMA

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

SAN FRANCISCO - Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Presiden Vietnam Vo Van Thuong bersetuju meningkatkan kerjasama bagi menangani aktiviti penangkapan ikan secara haram di perairan Malaysia.

“(Malaysia) mendapatkan kerjasama dan komitmen yang berterusan dari Vietnam dalam usaha memerangi aktiviti penangkapan ikan secara haram di perairan Malaysia,” kata Anwar.

 Kedua-dua pemimpin turut membincangkan isu Laut China Selatan dan bersetuju mematuhi sepenuhnya Deklarasi Tatalaku Pihak Berkepentingan di Laut China Selatan serta menggesa diwujudkan Kod Tatalaku di Laut China Selatan.

Perdana Menteri memaklumkan perkara itu selepas mengadakan pertemuan dua hala dengan Vo di luar Mesyuarat Pemimpin Ekonomi APEC di sini, semalam.

Turut hadir Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri Tengku Datuk Seri Zafrul Abdul Aziz, Menteri Luar Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir, Duta Besar Malaysia ke Amerika Syarikat Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz serta Ahli Parlimen Sim Tze Tzin.

Beliau turut mengulangi jemputan kepada Presiden Vietnam untuk mengadakan Lawatan Negara ke Malaysia pada 2024.

Anwar berkata mereka turut membincangkan kaedah untuk meningkatkan perdagangan dan kerjasama antara Malaysia dan Vietnam.

Hanoi adalah rakan dagangan ke-12 terbesar Malaysia di peringkat dunia serta yang keempat negara dalam blok ASEAN selepas Singapura, Indonesia dan Thailand.

Pada 2022, nilai dagangan dua hala terus meningkat sebanyak 16.4 peratus kepada US$19.44 bilion berbanding US$16.7 bilion pada 2021 dan dari segi pelaburan, Malaysia adalah pelabur ke-10 terbesar Vietnam selepas Singapura dan Thailand.

Vietnam juga meminta Malaysia memudahkan kemasukan produk halal dari negara itu dan menjalin kerjasama dalam pensijilan halal.  

Anwar berkata Hanoi turut mengucapkan terima kasih kepada negara kerana telah melatih para pegawainya di bawah Program Kerjasama Teknikal Malaysia.

“Vietnam menyarankan agar diadakan kerjasama bandar berkembar antara negara itu dengan Malaysia,” katanya. 

Kedua-dua pemimpin mengesahkan kesatuan dalam ASEAN dan mengulangi sokongan terhadap Laos sebagai Pengerusi ASEAN pada 2024. -- BERNAMA

Berita Berkaitan

1

Semasa 1 bulan yang lalu

Malaysia Kekalkan Prinsip, Selesaikan Semua Konflik Dengan Diplomasi - PM

2

Semasa 3 bulan yang lalu

Anwar Ucap Tahniah Kepada Anutin, Sasar Perkukuh Hubungan Malaysia-Thailand

3

Luar Negara 4 bulan yang lalu

Suspek Kes Pornografi Kanak-Kanak Diekstradisi Ke AS

4

Rencana 5 bulan yang lalu

Detik Malaysia Mendunia Telah Tiba, Kita Mampu Lakukan!

Sorotan

1

Video Buaya Baham Anjing Cetus Kebimbangan Pengunjung Port Dickson

2

PRN Johor: Lebih 300,000 Pengundi Luar Dijangka Pulang Mengundi

3

Masa Depan Nelayan Dan Ekonomi Pesisir Jadi Keutamaan, Faizul Tekad Ubah Masa Depan Tanjung Surat

4

Bakal Berdepan Nama Besar, Calon ‘Underdog’ DUN Pasir Raja Tenang Hadapi Saingan

5

PRN Johor: 3,500 Polis Johor Bertugas Untuk Undi Awal Esok 

6

PRN Johor: Kempen Masuki Fasa Penentuan, Calon Ganda Usaha Raih Sokongan 

Disyorkan untuk anda

Politik 1 hari yang lalu

‘Bising’ MUDA Guna Gambar Syed Saddiq Untuk Kempen, PH & BN Takut Bayang-Bayang Sendiri?

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Pelajar Ditikam Di sekolah Cedera Paru-Paru, 16 Kesan Tikaman

oleh Amirah Abu Bakar

Politik 1 hari yang lalu

Pilihan Raya Bukan Saluran Bebaskan Mana-Mana Individu - Azalina

oleh Sophia Ahmad

Politik 9 jam yang lalu

PRN Johor: Pengundi Muda Jadi Penentu, Ubah Dinamik Keputusan

oleh Sophia Ahmad