web statsweb stats

Berita Terkini

3 minggu yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 3 minggu yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 6 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 8 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Suspek Kes Pornografi Kanak-Kanak Diekstradisi Ke AS

Luar Negara Dikemaskini 3 bulan yang lalu · Diterbitkan pada 06 Mar 2026 4:27PM

Gambar FBI

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Seorang pemuda Bangladesh telah diserahkan kepada kerajaan Amerika Syarikat (AS) hari ini, atas dakwaan menghasilkan dan memiliki pornografi kanak-kanak.

Biro Siasatan Persekutuan (FBI) berkata, lelaki itu telah diekstradisi dari Malaysia ke Alaska, untuk didakwa di mahkamah persekutuan, sekali gus menamatkan kes ini yang telah menarik perhatian antarabangsa.

Pengarah FBI, Kash Patel menerusi kenyataan di X berkata, suspek, yang dikehendaki sejak 2022 ditangkap kerana mengendalikan rangkaian eksploitasi seksual kanak-kanak antarabangsa.

“Setakat malam tadi, dia telah dipindahkan oleh FBI Anchorage dari Malaysia kembali ke Alaska di AS dan akan menghadapi pertuduhan di mahkamah hari ini. Butiran lanjut akan menyusul,” katanya.

Patel memberitahu, FBI turut berterima kasih kepada kerajaan Malaysia, terutamanya Atase Undang-Undang Kuala Lumpur atas bantuan mereka dalam siasatan dan penahanan suspek.

“Terima kasih kepada LEGAT Kuala Lumpur, Kerajaan Malaysia, dan rakan kongsi tempatan kami di seluruh negara yang membantu dalam siasatan dan penangkapan ini. 

“Terima kasih juga kepada FBI Anchorage atas khidmat cemerlang dalam kes ini,” tambahnya.

Suspek, bekas pelajar perubatan di sebuah universiti swasta di Kuala Lumpur terdahulu didakwa pada 2022 di Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur atas kesalahan menghasilkan dan memiliki pornografi kanak-kanak.

Dia menghadapi lapan pertuduhan berkaitan mengarah atau menghasilkan imej dan video lucah kanak-kanak menggunakan aplikasi Snapchat di bawah Seksyen 5 Akta Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-kanak 2017, yang membawa hukuman penjara maksimum 30 tahun dan minimum enam sebatan rotan jika sabit kesalahan.

Menurut kenyataan daripada Pejabat Peguam Negara AS untuk Alaska, suspek hadir di hadapan Hakim Majistret A.S. Kyle F. Reardon di Alaska pada penampilan pertamanya di mahkamah, selepas didakwa pada 2022 kerana mengendalikan rangkaian eksploitasi seksual kanak-kanak antarabangsa.

Jika sabit kesalahan, dia berdepan hukuman penjara antara 20 tahun dan penjara seumur hidup.

Kes ini merupakan sebahagian daripada Project Safe Childhood, satu inisiatif seluruh negara yang dilancarkan oleh Jabatan Kehakiman AS pada Mei 2006 untuk memerangi peningkatan eksploitasi seksual kanak-kanak.

Dokumen mahkamah dari Julai 2022 mendedahkan, suspek didakwa mendera dan mengeksploitasi ratusan mangsa bawah umur di Alaska dan lokasi lain di AS serta di luar negara. 

Dia dipercayai menggunakan platform media sosial seperti Instagram dan Snapchat untuk mengenal pasti dan memaksa mangsa menghasilkan kandungan seksual yang eksplisit dan sadis.

FBI dan Jabatan Kehakiman AS telah bekerjasama dengan pihak berkuasa Malaysia sejak September 2022, susulan pertuduhan di Malaysia berkaitan pemilikan dan penghasilan pornografi kanak-kanak.

Sebelum diekstradisi, suspek dilaporkan menetap dan menuntut dalam jurusan perubatan di Malaysia. 

Dia secara rasmi dipindahkan ke Alaska oleh FBI pada 4 Mac lalu.

Peguam Negara AS Pamela Bondi berkata, penderaan dan eksploitasi dilakukan suspek telah meluas kepada ratusan mangsa di seluruh dunia.

“Pemindahan seorang warga Bangladesh dari Malaysia adalah satu lagi contoh kejayaan usaha pentadbiran ini dalam mengesan penjenayah yang bersembunyi di luar negara,” katanya.

Michael J Heyman, Peguam Negara A.S. untuk Alaska, menyifatkan kes itu sebagai kes eksploitasi seksual kanak-kanak dalam talian terbesar yang pernah didakwa di Amerika Syarikat, dengan implikasi antarabangsa yang ketara. - Getaran, 6 Mac 2026

Berita Berkaitan

1

Semasa 1 bulan yang lalu

Malaysia Kekalkan Prinsip, Selesaikan Semua Konflik Dengan Diplomasi - PM

2

Semasa 3 bulan yang lalu

Anwar Ucap Tahniah Kepada Anutin, Sasar Perkukuh Hubungan Malaysia-Thailand

3

Rencana 5 bulan yang lalu

Detik Malaysia Mendunia Telah Tiba, Kita Mampu Lakukan!

4

Politik 6 bulan yang lalu

Rombakan Kabinet: 2 Menteri Gugur, Hannah Yeoh Dan Steven Sim Tukar Portfolio

Sorotan

1

Hos Jualan Siaran Langsung Dakwa Jadi Mangsa Buli Siber, Rugi RM70,000

2

Pokok Gergasi Lebih 150 Tahun Tumbang, Warga Emas Nyaris Maut 

3

Keadilan Tidak Wajar Tunduk kepada Kuasa: Karim Khan, ICC Dan Dunia Hari Ini

4

 ‘Double Standard’ Norway Dikecam, Batal Penghantaran Peluru Berpandu Selepas Malaysia Bayar 95 Peratus Kontrak

5

Gara-Gara Memotong Barisan, 2 Lelaki Akhirnya Bertumbuk

6

Pengecualian Caj RM1 Di ATM: 84 Peratus Mesin Terlibat Seluruh Negara - Fahmi 

Disyorkan untuk anda

Semasa 23 jam yang lalu

Hos Jualan Siaran Langsung Dakwa Jadi Mangsa Buli Siber, Rugi RM70,000

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 1 hari yang lalu

 ‘Double Standard’ Norway Dikecam, Batal Penghantaran Peluru Berpandu Selepas Malaysia Bayar 95 Peratus Kontrak

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 16 jam yang lalu

Khianat Bahan Kempen: Polis Johor Buka 8 Kertas Siasatan 

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Isu Palestin, Hak Asasi Manusia Dan Kedaulatan Negara: Malaysia Tidak Akan Ambil Pendirian Berkecuali - PM

oleh Sophia Ahmad