web statsweb stats

Berita Terkini

1 bulan yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 bulan yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 6 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 7 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 8 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Misi Pelayaran Ke Gaza Ditangguhkan Berikutan Tekanan Rejim Zionis - FFC

Luar Negara Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 26 Apr 2024 3:29PM

gambar FB MyCARE

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

ISTANBUL - Misi pelayaran 'Break The Siege: Mission To Gaza 2024' yang dirancang untuk berlepas pada Jumaat (26 April) akan ditangguhkan lagi, berikutan tekanan dari rejim Zionis supaya lesen pendaftaran sebuah kapal utama dalam misi itu, Akdeniz ditarik balik, dakwa Freedom Flotilla Coalition (FFC).

"Freedom Flotilla sedia untuk belayar. Kesemua dokumen diperlukan telah dihantar kepada lembaga pelabuhan dan kargo telah dimuatkan dan sedia untuk pelayaran ke Gaza," kata FFC dalam satu kenyataan pada Khamis.

Bagaimanapun, FFC berkata, ia dimaklumkan bahawa terdapat sekatan pentadbiran yang dimulakan Israel untuk menghalangnya daripada berlepas.

Israel sedang memberi tekanan kepada Republik Guinea Bissau supaya menarik balik pendaftaran atau lesen daripada kapal utama kami - Akdeniz (Mediterranean). Ini mencetuskan satu permintaan untuk pemeriksaan tambahan, ini dari negara kapal itu didaftarkan, yang menangguhkan pelayaran pada 26 April seperti yang dirancang," katanya.

FFC berkata, ini adalah satu lagi contoh Israel menghalang penghantaran bantuan untuk menyelamatkan nyawa kepada penduduk Gaza yang menghadapi kebuluran terancang.

"Berapa ramai lagi kanak-kanak akan mati kerana mulnutrisi dan penyahhidratan disebabkan penangguhan ini dan kepungan berterusan yang perlu dipecahkan?," soal FFC.

FFC berkata, ini bukan kali pertama Israel menggunakan taktik sebegini untuk menghalang kapal-kapal ini daripada belayar.

"Kami pernah mengatasi taktik mereka sebelum ini dan bekerja keras untuk menyelesaikan percubaan terbaharu mereka. 

"Kapal kami sudah memenuhi pemeriksaan yang diperlukan dan kami yakin Akdeniz akan lulus pemeriksaan ini jika tiada campur tangan politik.

"Kami menjangkakan ini akan mengambil masa beberapa hari. Israel tidak akan mematahkan semangat kami untuk menyampaikan bantuan kepada penduduk Gaza," kata FFC.

Terkini, 18 warga Malaysia ketika ini menyertai masyarakat awam antarabangsa untuk menyampaikan bantuan kemanusiaan ke Semenanjung Gaza melalui jalan laut dengan menaiki flotila berikutan situasi kemanusiaan yang teruk di rantau itu.

Mereka terdiri daripada doktor, aktivis kemanusiaan dan pengamal media.

Antara pengamal media Malaysia yang menyertai flotila itu adalah penulis yang juga wartawan penyiaran daripada Pertubuhan Berita Nasional Malaysia (BERNAMA), Muhammad Hafizuddin Mohd Yusof dan jurukamera BERNAMA TV, Mohammad Nulhakim Jailan.

Aktivis dari 30 negara termasuk Malaysia itu kini berkumpul di Istanbul sejak 18 April untuk persiapan akhir sempena misi 'Break the Siege: Freedom Flotilla Mission to Gaza 2024' itu.

Tarikh pelayaran asal pada 21 April. la kemudian ditunda dua kali kepada 24 April dan 26 April. - BERNAMA

Berita Berkaitan

1

Luar Negara 2 tahun yang lalu

Misi Gaza Freedom Flotilla Ditangguhkan, Peserta Dinasihat Pulang - Ann Wright

2

Luar Negara 2 tahun yang lalu

Misi Hantar Bantuan Kemanusiaan Ke Gaza Dengan Kapal Tetap Diteruskan - Ann Wright

3

Semasa 2 tahun yang lalu

Peserta Gaza Freedom Flotilla Dari Malaysia Tiba Di Istanbul

4

Semasa 2 tahun yang lalu

MyCARE Salur RM3.6 Juta Kepada Penduduk Palestin Di Gaza

Sorotan

1

Tok Mat Tiba Di Pusat Penamaan Calon DUN Rantau, Zahid Jadi Pengiring

2

PRN Negeri Sembilan: 4 Calon PH, 3 Calon BN Tiba Di Pusat Penamaan Calon

3

Mayat Kanak-Kanak Perempuan Hilang Ditemukan, 2 Lelaki Ditahan

4

Dituduh Rogol Remaja Bawah Umur, Pempengaruh Media Sosial Mengaku Tidak Bersalah

5

Diperdaya ‘Love Scam’ Di Telegram, Pelajar Universiti Rugi Lebih RM56,000

6

Tarik Diri Daripada Kerajaan Negeri, DAP Melaka Beralih ke Blok Pembangkang 

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Jadi Tonto Ah Long, 2 Lelaki Dipenjara 18 Bulan, Denda RM20,000

oleh Sophia Ahmad

Politik 1 jam yang lalu

PRN Negeri Sembilan: 4 Calon PH, 3 Calon BN Tiba Di Pusat Penamaan Calon

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 21 jam yang lalu

Dituduh Rogol Remaja Bawah Umur, Pempengaruh Media Sosial Mengaku Tidak Bersalah

oleh Amirah Abu Bakar

Politik 1 jam yang lalu

Tok Mat Tiba Di Pusat Penamaan Calon DUN Rantau, Zahid Jadi Pengiring

oleh Amirah Abu Bakar