web statsweb stats

Berita Terkini

1 bulan yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 bulan yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 6 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 7 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 8 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Peserta Gaza Freedom Flotilla Dari Malaysia Tiba Di Istanbul

Semasa Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 19 Apr 2024 8:44AM

Sebahagian peserta misi 'Break the Seige of Gaza Freedom Flotilla' bergambar bersama di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur sebelum berlepas ke Turkiye. gambar FB MyCARE

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

ISTANBUL - Kesemua 19 peserta dari Malaysia yang menyertai misi 'Break the Seige of Gaza Freedom Flotilla' tiba di Istanbul, Turkiye pada jam 2.47 petang tadi (waktu tempatan).

Kesemua mereka dijadual berada di Istanbul selama dua hari bagi menyertai latihan tanpa kekerasan yang dikendalikan Freedom Flotilla Coalition (FFC) sebagai syarat utama sebelum menyertai misi menghantar bantuan ke Gaza.

Pengerusi Humanitarian Care Malaysia (MyCARE), Datuk Seri Dr Kamal Nasharuddin Mustapha berkata, peserta akan menjalani latihan itu selama dua hari bermula esok.

"Alhamdulillah, rombongan FFC dari Malaysia telah selamat tiba di lapangan terbang Istanbul setelah melalui perjalanan selama 11 jam. Kami semua sihat ceria dan bersemangat, insya-Allah akan menjalani latihan tanpa kekerasan itu pada Jumaat dan Sabtu.

"Doakan agar misi ini berjaya menyampaikan bantuan kepada saudara kita di Gaza dan misi ini selamat," katanya kepada BERNAMA hari ini.

Selain Kamal Nasharuddin, turut serta dalam misi itu termasuk Ketua Pegawai Eksekutif MyCARE, Kamarul Zaman Shaharul Anwar serta dua Ahli Lembaga Pemegang Amanah MyCARE iaitu Dr Fauziah Mohd Hasan dan Norsham Abu Bakar.

Pada masa sama dua organisasi media dari Malaysia turut menyertai misi tersebut melibatkan masing-masing dua petugas dari Pertubuhan Berita Nasional Malaysia (BERNAMA) dan Astro AWANI Network Sdn Bhd.

BERNAMA diwakili Muhammad Hafizuddin Mohd Yusof dan Mohammad Nulhakim Jailan, manakala Astro AWANI diwakili Syafik Shukri Abdul Jalil dan Ab Uzza Ab Latiff.

Selasa lalu, MyCARE mendedahkan tiga kapal akan belayar pada April ini terdiri daripada satu kapal kargo 5000 tan dan dua kapal penumpang yang boleh memuatkan lebih 1,000 orang.

Kapal-kapal ini akan membawa bantuan kemanusiaan yang mendesak seperti ubat-ubatan, pek makanan, pakaian, khemah perlindungan dan beberapa kenderaan termasuk lapan ambulans.

Antara pertubuhan bukan kerajaan (NGO) antarabangsa yang terlibat adalah MyCARE, Insani Yardim Vakfı (IHH), Ship to Gaza Norway, Rumbo A Gaza, US Ship to Gaza, Sweeden ship to Gaza, Canadian boat to Gaza, Freedom Flotilla Italia, Kia Ora to Gaza, Palestine Solidarity Alliance, Mavi Marmara Freedom and Solidarity Association, Miles of Smiles dan Free Gaza Australia. - BERNAMA

Berita Berkaitan

1

Semasa 6 bulan yang lalu

Malaysia Kekal Teguh Bersama Gaza, Keberanian Sukarelawan Simbol Solidariti - PM

2

Semasa 8 bulan yang lalu

M’sia Negara Tunggal Suarakan Isu Gaza Kepada Trump - PM

3

Semasa 9 bulan yang lalu

FFCxTMTGM Hampiri Zon Kuning, Conscience Perlahankan Pergerakan

4

Semasa 9 bulan yang lalu

SNCC Jawab Kritikan Netizen, ‘Misi Ke Gaza Akan Tetap Diteruskan’

Sorotan

1

Mayat Kanak-Kanak Perempuan Hilang Ditemukan, 2 Lelaki Ditahan

2

Dituduh Rogol Remaja Bawah Umur, Pempengaruh Media Sosial Mengaku Tidak Bersalah

3

Diperdaya ‘Love Scam’ Di Telegram, Pelajar Universiti Rugi Lebih RM56,000

4

Tarik Diri Daripada Kerajaan Negeri, DAP Melaka Beralih ke Blok Pembangkang 

5

Polis Siasat Kes Lelaki Dipaksa Masuk Dalam Kereta 

6

PRN Negeri Sembilan: Jangan Jadikan Institusi Diraja Bahan Kempen Parti Politik - PM

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Gaji Semasa: Hanya 49 peratus Pekerja Malaysia Berpuas Hati 

oleh Sophia Ahmad

Singapura 12 jam yang lalu

Singapura: Ketua Hakim Negara Sundaresh Menon Bersara Feb 2017, Hakim Sushil Nair Jadi Pengganti

oleh Sophia Ahmad

Semasa 17 jam yang lalu

Dituduh Rogol Remaja Bawah Umur, Pempengaruh Media Sosial Mengaku Tidak Bersalah

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 12 jam yang lalu

Najib Jalani Prosedur Jantung Minggu Depan 

oleh Wartawan Getaran