web statsweb stats

Berita Terkini

1 bulan yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 bulan yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 6 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 7 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 8 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


M’sia Negara Tunggal Suarakan Isu Gaza Kepada Trump - PM

Semasa Dikemaskini 8 bulan yang lalu · Diterbitkan pada 04 Nov 2025 6:16PM

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Malaysia ialah negara tunggal yang berani menyuarakan pendirian tegas mengenai Gaza, secara langsung di hadapan Presiden Amerika Syarikat (AS), Donald Trump.

Menegaskan perkara itu, Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, beliau ketika menyuarakan pendirian tersebut turut menggesa penyelesaian menyeluruh dibuat bagi menangani konflik yang sedang berlaku.

Katanya, pendekatan maksimum itu dilaksanakan pada lawatan ke Malaysia bagi menghadiri Sidang Kemuncak ASEAN ke-47 di Kuala Lumpur bulan lalu.

“Isu Gaza memerlukan penyelesaian yang menyeluruh. Apa lagi yang boleh kita katakan? Itu sudah yang maksimum. Negara mana yang berani bercakap terus kepada Trump? Saya berani, kerana saya mewakili Malaysia.

“Presiden Trump melawat beberapa negara, berapa banyak antara mereka yang menyatakan secara bersemuka bahawa penyelesaian menyeluruh diperlukan? Tiada. Kita melakukannya, dan kita lakukan secara terbuka,” katanya pada sesi Pertanyaan Perdana Menteri (PMQT) di Dewan Rakyat di sini hari ini.

Jelas Perdana Menteri, isu berkaitan Gaza diketengahkan secara terbuka sebanyak tiga kali sepanjang sidang kemuncak tersebut.

“Saya turut mengadakan satu perbincangan tertutup bersama Trump di dalam kenderaan presiden AS, The Beast,” katanya. 

Beliau memberitahu, gesaan langsung Malaysia bagi penyelesaian yang menyeluruh dan inklusif terhadap konflik Gaza itu mencerminkan tanggungjawab moral dan komitmen negara terhadap keadilan antarabangsa.

“Saya bukan meminta pujian, tetapi untuk dihina atas nama agama itu saya rasa menjijikkan.

“Mereka abaikan fakta dan terus menyerang walaupun Malaysia telah melakukan sedaya upaya,” katanya, merujuk kepada tindakan pembangkang yang sering mempersoalkan usaha kerajaan berkaitan Gaza.

Dalam perkembangan lain Anwar memberitahu, beberapa isu strategik turut dibincangkan bersama Trump dalam pertemuan tertutup itu, termasuk hubungan Malaysia dengan China, jemputan kepada Brazil dan Afrika Selatan untuk Sidang Kemuncak ASEAN, serta hal-hal perdagangan.

Menerusi perkongsian di Facebook pula beliau berkata, Perjanjian Perdagangan Timbal Balas (ART) antara Malaysia dan Amerika Syarikat (AS) tidak mengandungi sebarang peruntukan yang bercanggah dengan semangat dan Perlembagaan Persekutuan.

Tegasnya, Jabatan Peguam Negara (AGC) sentiasa memainkan peranan penting dalam meneliti setiap perjanjian bagi memastikan ia selaras dengan undang-undang dan kepentingan negara. - Getaran, 4 November 2025

Berita Berkaitan

1

Semasa 2 hari yang lalu

Forest  City: Usir Segera Warga Israel Jika Dakwaan Terbukti - PM

2

Politik 2 hari yang lalu

PRN Negeri Sembilan: Jangan Jadikan Institusi Diraja Bahan Kempen Parti Politik - PM

3

Politik 6 hari yang lalu

PRN Johor: Kerajaan Persekutuan Komited Pastikan Agenda Pembangunan Rakyat Diteruskan - PM

4

Politik 1 minggu yang lalu

‘Johor Akan Lebih Baik Jika Ditadbir Pemimpin Yang Berani’ - Anwar

Sorotan

1

Mayat Kanak-Kanak Perempuan Hilang Ditemukan, 2 Lelaki Ditahan

2

Dituduh Rogol Remaja Bawah Umur, Pempengaruh Media Sosial Mengaku Tidak Bersalah

3

Diperdaya ‘Love Scam’ Di Telegram, Pelajar Universiti Rugi Lebih RM56,000

4

Tarik Diri Daripada Kerajaan Negeri, DAP Melaka Beralih ke Blok Pembangkang 

5

Polis Siasat Kes Lelaki Dipaksa Masuk Dalam Kereta 

6

PRN Negeri Sembilan: Jangan Jadikan Institusi Diraja Bahan Kempen Parti Politik - PM

Disyorkan untuk anda

Semasa 14 jam yang lalu

Ambil Ubat Tertentu Untuk Jangka Masa Panjang? Hati-Hati Dengan Pendarahan Dalaman Serius 

oleh Sophia Ahmad

Semasa 14 jam yang lalu

Mayat Kanak-Kanak Perempuan Hilang Ditemukan, 2 Lelaki Ditahan

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 15 jam yang lalu

Diperdaya ‘Love Scam’ Di Telegram, Pelajar Universiti Rugi Lebih RM56,000

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Gaji Semasa: Hanya 49 peratus Pekerja Malaysia Berpuas Hati 

oleh Sophia Ahmad